Tuesday, May 29, 2012

si gangsa angsa

assalammualaikum....

tadi bermesej dengan adik aku nur fatihah a.k.a fatin.

gadis ini mula risau tentang duit yuran biler dia naik cuti sem nanti. dia mula risau

'' mana aku nak dapat duit nie??"
ya. aku paham. adik aku adalah seorang yang sangat bajet sedang memikul tanggungjawab yang besar sedangkan bende tuh tidak seberapa. si gadis ini meminta kebenaran pada si bonda untuk bekerja sempena dengan cuti sem ni. malangnya si bonda tidak membenarkan sama sekali. sekali lagi aku nak mention kan.

'' adik aku si ikan emas keluarga''
ya. aku tiada hal dengan pangkat nya si ikan emas keluarga walaupun aku terasa seperti si gangsa angsa. aku juga tidak terkilan kiranya seberangkatan aku pulang setelah sekian lama tiada apa untuk aku bila sampai nya aku di halaman rumah sedangkan si ikan emas ada. dulik apa aku. janji aku dapat tatap wajah bonda tersayang. walaupun kadang kala si ikan emas di lebihkan. 

ya. dan sekali lagi. aku sangat sayang si ikan emas dan bonda tercinta. dan ya aku pun berkata pada si ikan emas:

'' duit ptptn aku dapat bulan cuti nie, nanti aku bagi kaw, tidak perlu risau pasal duit. biar aku pikir''
ya. aku memang selalu begitu. ada duit aku tidak melokek-lokek. ada duit aku hulur kepada siapa yang meminta (dalam family). setiap kemahuan yang mereka pinta kepada ku, akan aku cuba tunaikan sebaik mungkin. dulu, time kerja, ada gaji aku sure akan cakap dengan si ikan emas bersama bonda tercinta :

'' ada apa-apa nak beli tak? ada apa-apa barang keperluan dekat rumah yang perlu di top up tak bu? kaw nak makan apa? baju-baju kaw ok? ibu cukup tak duit adik beri? duit minyak ada?..and bla? bla? bla?" 
ya. aku bukan hendak tunjuk aku baik. tidak sama sekali. aku nak highlight kan dekat sini. aku tidak kisah walaupun aku si gangsa angsa, mereka-mereka keluarga aku, nyawa aku. terjadi dekat mereka, mati aku. mati kerana nyawa aku pada mereka, mati juga kerana nafas aku adalah mereka. 

ya. aku tidak kisah, dalam setahun aku pakai baju yang sama, kasut yang sama, beg yang sama. asalkan  si ikan emas dapat yang terbaek. aku juga tidak kisah, jika bonda mengharapkan aku apabila ada kesulitan kewangan, walaupun ketika itu diri sendiri kesusahan. dulik apa aku. janji bonda kau dapat apa yang dia nak. 

ya. kadang-kadang si gangsa angsa terasa. mengapa tiap kali si gangsa angsa terpinggir. dulik apa aku. janji itu si ikan emas aku dan itu bonda aku. 

ya. dan sekarang aku sedang menangis kerinduan. merindui mereka yang jauh di mata. Tetapi dekat di hati, hampir dengan nyawaku.

( aku memang tak suka tulis benda cenggini)

Bila aku melihat mereka dan ayah meraka berpeluk : =(
bila aku lihat mereka gembira ketawa bersama keluarga : =(

~ aku malas nak taip lagi, asyik nagis jer, kejadah ~

No comments: