Wednesday, October 7, 2015

Ikhlas

catatan asal bertarikh : 05. 10. 2015/ monday


Aku bangun subuh jam 6 suku. Bangun – bangun ketuk kepala. Kesal sebab tak bangun solat malam. Padahal dah set alarm.

Sepanjang perjalanan ke tandas (macam jauh), kepala otak aku aktif berfikir. Lately aku jarang buat solat malam. 

Ermm, salah niat ke?

Ambil wudhu, dosa banyak ke?

Ambil telekung, allah, allah marah ke?


Bentang sejadah, berdiri, apa salah aku sampai dah lama sangat Allah tak jagakan aku bangun solat malam.

Solat. Senyap. Yang kedengaran suara aku bisikan .
Tetiba aku sebak. Sebak ya amat.

Cool qah, jangan nangis dulu.

Sampai sujud terakhir...

lama.....


Aku tak ikhlas dalam solat, aku tak letak hati bila beribadah, aku buat untuk cukup syarat.
Orang bilang muslimah sejati bangun malam, solat, mengaji, berzikir selalu, muhasabah selalu.
Aku buat. Lengkap.
Tapi sayang qah, kau buat tapi hati tak de. Hati kau hilang, tak ikut sama. Jiwa kau kosong, entah mana isinya.
Kau buat untuk cukup syarat.
Eh aku dah buat. Leganya.

Aku dah buat, so im good muslimah. Bangga diri pula.

Nauzubillah.

Qah, balik pada asal. Niat asal. Apa tujuan kau beribadah.

Qah pulang pada isi asal. Ada sebab Allah tangguhkan banyak perkara kat kau.

Ikhlas, buat sebab ALLAH. Hati bawa sama bila beribadah. Jiwa isi sekali bila sujud pada yang esa.
Jangan doa saja-saja, tap hati entah mana..


Qah lepas ni muhasabah balik.


Kenapa sekarang kau jarang buat solat malam.




Dari atiqah.



Ammah....

Tengah key in data dalam spss,
Spss macam makanan ruji budak buat thesis,
Macam karbohidrat,
Kalau di ambil banyak boleh jadi penyakit..
Spss pun begitu,
Makin kau cuba hadam, makin kau cuba mamah
Makin otak kau sakit,
Makin jiwa kau kusut,
Dan makin kau lama sujud bila menghadapNYA

Dengan harapan


Sem akhir ni diberkati dan di permudahkan.


Ermm. Amin. 

Niat

Aku pernah niat nak terbit buku.

Buku puisi.
Buku tentang pengalaman aku sepanjang hidup 2 angka ni.
buku yang macam ‘’ eh, kite sama la.. tak sangka’’.
buku yang lebih kepada ciri-ciri bahagia kita kongsi sama, kalau sedih.. pergilah nangis, nak tahan buat apa. Jangan ego.
buku yang bukan bekisar ‘’pasal jodoh ku sebelah rumah’’ sahaja.
buku yang sama sekali tak mahu sentuh sangat pasal ‘’eh, nampak tulang rusuk aku dak??’’

aku nak terbit buku macam mato, macam luthfi, macam tulis saja saja satu malaysia rasa.

Gituu...

Eh tapi niat mati sat.

Thesis bab 4 pun kemana

Ada hati nak terbit buku.

Pffft.





6.10 pm. 4.10.15. Sunday. Jerebu. Perak. Tanjung malim.