Monday, April 30, 2012

tak mahu celita apa pun..

assalammualaikum...

semoga Dipermudahkan dalam segala urusan kepada sesiapa yang jawab salam..=)

Baru sekejap tadi, selepas solat maghrib buka What The Facebook. bukak-buka dah terpampang status beliau...
''happy nye hari ini....=)..''
ok. aku pun tumpang gembira. kasi like la kan.

lepas tuh aku kebawah kan sikit mouse...sekali lagi Beliau mengupdate status.
''oh. apa la dugaan hari nie..''..
owh..ok. tidak mengapa la begitu. mungkin beliau mahu meluahkan perasaan. kasi like. tanda

''eh!! budak nie asyik like aku la!!baeknyee!!like la status die balik!!"   ==''

dah like. aku kebawah lagi. selang status dari yang atas tadi, post beliau sekali lagi terpampang.
"teringin nak makan ais krim coklat..^^''
urmm.. harap-harap dia dah makan la ais krim coklat tuh. ( seriously..aku nak die dapat makan ais krim tuh, agar selepas nie aku tak jumpa lagi status beliau di HOME aku)..mari kasi like!! bagi semangat pada beliau.

aku move on ke bawah lagi..yaaaa...
 ''wuaaa...tak dapat makan ais krim coklat. nak ais krim coklat..=(''

aku log out terus from the WHAT THE FACE BOOK.

~..member FB ada 4 ratus. yang keluar post. status beliau. cekodok basi tol la! yang lain dah remove aku ke hape!!~


Thursday, April 26, 2012

ego giler apak nye besar aku nieh!!

assalammualaikum...

lai!lai!lai ci kang! lai ci kang jawab le salam!!
'aku ego dengan perasaan aku sendiri..'

a. aku ego nak cakap kat kawan aku yang tudung die time tuh chantek terletak. sebab aku nye tudung senget benget.
b. aku ego cakap sayang, rindu kat ibu aku sedang kan, bile ibu aku call, air mata ku berlinang dan lepas tamat call aku nangis teresak-esak. =(.
c. aku ego nak cakap kat atok aku yang beliau masak asam pedas ikan duri sedap giler kebabom, sedangkan aku melantak 2, 3 pinggan tanpa tahu atok aku tesenyum puas tengok aku makan. wuaaaa =(
d. dan aku ego menafikan yang sampai sekarang aku masih suka justin keding, pesan dalam hati 'member jer ok!!'...tapi perasaan tara serupa bikin jugak.
tetiba???

aku juga ego untuk mengatakan dekat orang sekeliling aku yang tanpa mereka semua aku tak sampai di sini, tanpa mereka semua...aku terkapai-kapai seorang diri.

tapi aku tak pernah ego untuk ucap syukur alhamdulillah dekat allah yang aku sayang sangat-sangat sebab melahirkan dan menciptakan mereka-mereka di sekeliling aku untuk melindungi diri ini..
TERIMA KASIH.....

p/s : biarlah cinta ku yang bertaut pada justin keding ialah cinta yang di turunkan oleh allah.. 

Sunday, April 22, 2012

meraban+merapu = kejadah

assalammualaikum...

macam nie la jadinya kalau What The Facebook aku malas nak bukak. Sampai 3 entry sehari. cilakaki!
bukak note book.
muka ketat,
compident kepala otak ada bahan untuk post.
tersenyum-senyum jap.
hahaha,,
secara tiba-tiba tergelak.
focus balik
garu-garu kepala..
pergi buang air liur
bajet lepas buang dapat idea
masuk bilik.
bukak tingkap.
pandang bulan
....spoil, tak der bulan...
focus pada skrin note book balik..
nak dapat dah..
hampir...
ya!!ya!!
eh dah jam 12.
anak dara tak baek tido malam..
nanti kulit tak chantek.
assalammualaikum..
p/s : memang aku hilang ingatan time nieh. munguk. ==''

Saturday, April 21, 2012

saudala saudali cikebum cikebum!!

assalammualaikum..... (mali-mali si ikan milay, jawabla salam nie ye)
Maaf. 
aku menyampah gilak perasaan nieh. perasaan yang macam.
'macha!! sini kejap!!..aku menyampah tengok muka ko!! meh sini aku nak hentak sikit!"
 lepas nieh aku malas nak buat benda kejadah nie. meluat aku.
 burn topik.
tadi ibu call, tanya khabar. perbualan nya macam nie..
ibu : assalammualaikum sayanggggg......what are you doing??
aku : waalaikumsalam..errr..apakah??
ibu : i'm asking you. what are you doing now honey??
aku : ...................ibu?..................
agak kejutan tahap tiang elektrik tumbang hempap kepala aku time nie. rupa-rupanya, ibu aku nak belajar bahasa owang phutih!!
ok. sebagai anaknda yang molek-molek bistari. kene sokong!! "go ibu!go!go!go!"
kesimpulannya, perbualan antara ibu aku berbahasa owang phutih tak berpanjangan sampai kepetang rupanya berhenti sekerat jalan apabila ibu aku mengutarakan topik..
" dah jumpa jodoh??"
aku : (mata kasi kechik..mulut kasi muncung sampai 2, 3 baris baju boleh di hengger.)....err..bu, adik ada keje sikit nie, nanti ibu top pap kan adik. adik call ibu balik.
p/s : tetiba teringat time aku usha budak junior aku form 1, aku form 3..ngan tudung senget benget, sebelah tudung lipat sebelah tak, di tambah dengan muka berminyak, kalau kumpul dah boleh buat goreng telur sambil cakap ayat usha hensem : "nama saya atiqah. depan kelas awak. agak-agak boleh tak kita kawan?"..jawapan budak tuh : 'akak jadi akak angkat saya nak?..'...

= =''........."WHAT THE AKAK ANGKAT! AKU NAK USHA KO JADI PAKWE AKU BUKAN ANGKAT-ANGKAT BAGAI.."
Bila di imbau semula kenangan dulu....kalau di beri pilihan, dan poket doremon betul-betul wujud, aku nak kembali ke zaman itu. zaman di mana bila time kelas add maths aku ponteng lepak tandas. cikgu kejar satu banggunan. zaman di mana, aku kenyit-kenyit mata dekat budak junior tadi, zaman dimana, bila tamat form 5, aku toleh kebelakang sebelum keluar dari sekolah, 'inilah sekolah yang menjadikan aku manusia yang hot! fantastik! bombastik!" ~ooohhhhh...indaaahhhnyaaaaa~



 * tidak ada motif. just aku tak suka post aku tidak ada gambar.


for someone justin keding.


to all my fwen friecesss muahamuahihihi..

ok la. makin di biarkan makin mengebang, meraban, merepek pula nanti. assalammualaikum.
 

 






 


 
 
 

Drastik punya perubahan!!

assalammualaikum...

Dua entry aku buat pasal jatuh chinta. tetiba naik genyah aku tengok. ==''
 ok. marilah kita bertakafur sekejap, muhasabah diri pagi-pagi yang best sokmo nie.

...............................
ok. settle.
pagi-pagi aku on9. bukak what the facebook. aku tengok wall aku. serious. simptom tu datang balik. aku menchik bila bende tuh datang balik. ingat senang ke nak sembuhkan simptom tuh!!
and then suddenly aku hang sekejap.
ya allah. baru lah aku perasan. taksubnya aku terhadap 'jatuh chinta' punya pasal sampai aku lupa bahawa yang memberi chinta tuh allah. yang melahirkan chinta tuh allah. dan memadam kan chinta tuh jugak allah.


aku pejam mata. tarik nafas.
Finally, simptom jatuh chinta itu hilang. yeah baby!yeeahhh!!

p/s : =)

 

Friday, April 20, 2012

as long Allah dengan aku..i'll be fine..=)

assalammualaikum.....
senyum la seindah suria, yang membawa cahya..senyum la dari hati, dunia mu kan berseri...=)
dalam minggu ni allah bagi aku sedikit ujian yang pada mulanya aku agak canggung untuk menyetelkan nya. dalam minggu ni jugak, entah berapa kali aku menitis kan air mata. "tapi bukan macam drama-drama petang menangis teresak-esak macam baru mati laki. bukan"
but. ada perkara yang buat kembali tersenyum
dalam dunia kampus ni, sokongan and semangat dari member-member sangat di perlukan. jadi di sebabkan semangat diowang kat aku..aku tersengih semula. apa ujian yang allah bagi dekat kita ada hikmahnya, ada maksudnya...mcam ada sowang kawan tenet aku cakap..
'allah tengah plan sesuatu yang power untuk kita!!"
aku percaya tuh. as long allah dengan aku. aku bahagia. dan aku pasti akan ok.=)
Lega, aku dah luahkan perasaan.
actually bukan melamar!! tetapi aku just beritahu dia.
wei, serious! aku suka ko wei!!
reaksi dia, mula-mula macam blur..terkejut agaknya. but jangan salah anggap. aku tak pernah letakkan harapan. i'm just wanna he know..YANG AKU SUKA DIA...itu sahaja meiii....
reaksi dia, agak kelaka. and buat aku selesa...
'memang aku nak hempok die!!..memaen bila aku cakap. sampai aku rase.' eh budak nie, aku jumpa, hentak betul-betul baru tau!!"
dia adalah buddy aku...just buddy. and always be.
serious aku lega bile dah luahkan perasaan. =)......
aku suka lagu nie...tidak ada kene mengene dengan diatas. 
=)
p/s : time aku luah perasaan, kalau boleh aku nak buat pembedahan plastik time tuh jugak.siyes gileee =='' 

Thursday, April 19, 2012

Perubahan dan fall in love its hurt..=(

assalammualaikum.... takkan aku nak buat soalan objektif untuk jawab salam aku baru korang nak jawab
adakah anda akan jawab salam atiqah?
a. mungkin
b. ya. of course!!
c. kejadah!! bukan ko tau aku jawab salam ko ke tak!! kalau aku cakap da jawab bukan ko nampak!!
lupakan
hari ni 19.04.2012, aku di beri pengajaran yang buat aku layan diri duk tepi tingkap, sambil menguis rambut ketepi telinga, air mata berlinangan, yang cuaca pada ketika itu hujan. bagai mengerti perasaan aku yang berkecamuk ketika itu.
jam 12 tengah hari aku pergi buat asigment dekat rumah akak sekelas aku, masuk bilik die je..aku cakap kat beliau
'akak, nak tengok almari boleh?'
bukak je almari beliau..aku terkesima!! jujur!!
chantek
meletop
kemas gila!!
aku termenung jap....dalam kepala otak aku macam ada berjuta-juta cable rosak. like kejutan budaya.
balik rumah aku jer, aku keluarkan baju dalam almari aku, aku try lipat. macam akak tadi buat. menggigil jugak lah badan. berpeluh-peluh aku nak lipat. tak kemas aku bukak, lipat balik. bukak, aku lipat balik...sampai habis...dan akhirnya!!
AKU BERJAYA MELIPAT KAIN, WALAUPUN SENGET BENGET!! TAHNIAH ATIQAH!!
Fall In Love
jujurnya..aku jatuh cinta. tapi aku menafikannya. aku cakap kat hati aku.
member je dow! member!!
bile berbual dengan dia. aku layan macam member. panggil kau, aku. member kan. tapi dalam sudut hati aku, aku berdoa..
'ya, allah...jangan benarkan aku jatuh chinta pada dia ya allah...'
memang. aku suka dia. cara dia. kongsi cerita. aku senang dengan dia.
tetapi aku menafikan cinta tersebut
dan akhirnya.....
hujan renyai-renyai membasahi bumi kolej za'ba UPSI. begitu jugalah di dalam hati aku.
bagaikan melukut di tepi gantang, begitulah aku...di dalam hidup mu.. dei!dei! dei!!..........sudah la dei!!...jiwang siol!!
chinta tidak semestinya memiliki

Monday, April 16, 2012

Tolong jangan gelak time aku tak buat lawak

Asslammualaikum....
‘jawabla!! Tak nak pahala ker?!”
Ceritanye
aku : aku bengang betul!
Adik : apahal??
Aku : cilakak. masyallah! aku duduk kat kerusi surau tadi, tengah duduk-duduk. Tangan aku rasa belendir je..siol la!
Adik : apakah?
Aku : tahi idung yang aku agak-agak dia baru korek. Belendir derrr!!kalau tahi idung yang kering aku boley tahan!!nie berlendir! (bengang abis!!memang!)
Adik : hahahahaha.....
Aku :....................
Adik : hahaha.....
Aku : (hempuk kepala dia!) jangan gelak time aku tak buat lawak!!
p/s : jangan cari pasal dengan owang yang terkene macam aku nieh..’seyesslyyy’..==’’

Friday, April 13, 2012

cuti mid sem

assalammualaikum...(lai, lai...sayang sama saya)
kawan aku tanya kalau jodoh kau dengan orang gemok, tak encem ko nak buat aper?
aku : kalau jodoh tuh dah tertulis untuk aku. reda la.takkan ko nak aku cabut tulang rusuk aku, kasi pulang kat die balik?
'boleh ker? ==''
uh! di kesempatan tumpang line wifi di rumah orang nie, aku kene taip cepat-cepat sebelum bapak dia balik.
ok2.mari start celita sikalang..
cuti-cuti ini banyak pengalaman menarik aku dapat dan cuti kali ni memang bermakna bagi aku. antara pengalaman yang aku dapat ialah :
a. tangkap lipas guna tangan
b. masak ikan goreng masuk dengan jari-jari sekali ke dalam minyak panas
c. bertengkar dengan abang aku tentang 'isu kepak ayam'.
d. pergi kedai runcit confident tegur member. padahal bukan.
e. aku suka jacob.
aku bajet sebelum cuti aku nak pergi berkelah bersama family...tetapi yang terjadi ialah ini :
ibu : angah duk umah belender cili ye. balik keje ibu nak masak.
along : dik. sapu sampah depan umah.
ngan asigment pending semuanya.... ==''.
seriously percutian ini sangat menarik.
nie jacob.hahahaha.
~psiko~
p/s : bapak kawan aku dah balik. jadi nie jela citernye.

Monday, April 2, 2012

( 4remind myself) ==''



video dari blogger kupukupu kechil.

hayati video nie elok-elok. best and banyak pengajaran and tips for you allsssszeezz yang suka "membazir ke jalan yang tidak besh!!"==''

Sunday, April 1, 2012

costumer always right! kejadah la!!

asslammualaikum. sukati nak jawab tak nak. aku tak der mood nieh. jangan cari pasal ngan aku.==''.
aku dapat inspirasi tulis tentang nie dari blogger terkenal yang aku suker dengan ayat beliau iaitu HANAMARUKU. beliau memperjuangkan apa yang aku nak perjuangkan sejak sekian lama suatu ketika dulu aku jadik part time fast food.
aku paling menyampah bila bos besar aku cakap ' costumer always right'. pengalaman aku sendiri as a service memang macam kejadah!
boleh bayangkan tak. ko dah oder lambat lepas tuh nak gebang lebih. tak sampai 5 minit ko oder dah tunjuk muker mintak kene penyepak ko kat akuh.
costumer always berlagak ! g lantak says: hei you. ( tangan melambai-lambai, aku dapat tangan tuh kasi ketuk baru tahu)
aku : yes sir. anything that you want to complaint sir. (strait to the ponit aku cakap) sambil tersenyum.
costumer mintak penyepak : where is my meal! i have been waiting almost 15 minit! (muker beliau bengang. eh ringan tangan aku lah)
aku : sorry sir. sir baru oder set tadi. belum sampai 5 minit. (aku senyum sabar)
costumer cover malu: nonsense!! i want my meal now!
boleh letak tempat korang kat tempat aku?? time tuh, aku still senyum der. aku cakap kat die. tunggu sekejap. aku pergi dapur. aku menangis. depan owang ramai dia malukan kan aku. budak-budak kitchen pujuk aku. lagi-lagi nepal. dowang baik. " orang itu macam kasi makanan tara sedap ada bagus!!".
yo! pergi lantak la dengan costumer always right!. kalau dah macam nie punyer perangai yang macam mintak kene hentak. buat aku benci je, kejadah!
for remind kat yang pernah jadi costumer or whatever.. budak service, budak cashier, pembantu kedai, dan siapa-siapa yang serve korang tuh, manusia gak wei!! agak-agak la layan dowang. dowang nak cari rezeki. bukan cari hal. budi bahasa budaya kita. korang layan diowang tak baik. dapat maki. sendiri pikir. tepuk sebelah tangan takkan berbunyik.
p/s : kata satu malaysia, berbudi bahasa. budaya kita maaa...==''

INI AKU. SI PEMALAS ==''

tulung perhati tajuk aku kat atas tuh dengan gambar atas nie. sejujurnya, nampak je lemah lembut, macam wanita melayu tempat terakhir.. tetapi ya rabbi... jangan tertipu dengan gambar diatas. malahan ia adalah sebaliknya.
aku bukan pemalas sebenarnya derr. cuma kurang cekap. ibu aku puas membebel ngan aku. tak tahu nak berubah. dah umur 22 tahun still tak tahu nak mengemas. adik aku yang last lagi expert dari aku. lemah lembut, sopan santun, pandai mengemas, memang ciri-ciri wanita melayu pertama la. kalau pergi mana mesti orang akan cakap..
makcik rewang kenduri kawen : nie mesti akak kan. (pisau potong bawang ditangan beliau, ditujukan ke arah adik aku )
aku gelak. haha. padan muke si tue. aku gak nampak muder. hahaha.
adik aku : tersenyum. saya adik makcik. akak saya nie gamai cakap die adik kepada saya sebab die nie tak tahu buat kerja. cuber makcik tengok. kopek bawang pun berlama-lama. dia ingat esok baru nak masak. ( sidir habis)
ketawa aku terhenti. pisau bawang aku letak tepi. perlahan-lahan aku mengesot ke hujung dapur. berhampiran celah-celah almari. sendirian.
sob3, hinakah aku ya allah. hinakah aku pada pandangan mereka ya allah. aku insan tidak berdaya ya allah. lahir dalam seribu kekurangan dalam satu kelebihan. sob3... (over acting)
terima kasih adik ku nur fatyhah anak angkat mamak kedai atas. ( seriously biler adik aku pergi kedai mamak atas. mamak tuh akan cakap. "siti. siti. mari-mari. uncle bagi gula. mahu)
p/s : janji aku nampak muda. ko ader. hahaha. dulik haper aku!

kasi bakar la!!

assalammualaikum.
lantak korang nak jawab ke tak. dah penat aku nak asyik tulis 'kalau jawab dapat pahala, tak jawab dapat dosa). dulik la.
aku balik dari hari terbuka, bukak pintu akan strait nampak meje belajar aku. aku pandang meja aku lama- lama. SAKIT KEPALA AKU SIOL!!. kaki ku melangkah perlahan-lahan kearah meje belajar akuh. kening aku berkerut sejuta. atas meje aku penuh ngan baju yang tidak dilipat. buku belajar aku pula tersembunyik di celahan baju-baju tersebut. cilakak! pemalas gaban aku neih!! aku angkat baju aku tuh letak atas katil. kasi nampak sikit buku atas meja. walaupun atas meje tuh yang lebih banyak ialah buku komik. dulik haper! yang penting aku kusut dengan diri aku sendiri. settle kemas meja. pandangan aku beralih ke atas katil.
BALA. BALA. BALA.
kusut balik kepala aku. kejadah baju pulak banyak atas katil aku nieh!! aku tolak tepi baju-baju tersebut. tangan ku mula menari untuk melipat . (penipu lebih!! ko tahu gulung baju ko kasi sumbat!) dalam masa tak sampai 5 minit bender tuh setel. senang je 'lipat' baju. ceh.
aku tersenyum sendiri. ala-ala orang yang dalam drama rasuk tuh kene rasuk. sinis giler. dah setel sumer bende. katil dah chantek untuk beradu, aku berlalu ke almari pakaian nak gantung tudung (anyway aku tak pernah gantung tudung, tapi campak tudung.==''). alamari di buka. aku terpinga sebentar.
Kasi bakar jela almari nieh! menyusahkan hidup aku!! ader aku campak almari nie ikut tingkap bilik gak kang!!
aku hempas pintu almari. baran derrr.... aku baling badan atas katil. dulik aper aku ngan ko almari. nak kecik aty ker aper lantak!! kejadah ko kusutkan kepala aku yang memang dah semak ngan baju berlambak!! slah ko gak! siol!!

sopan sikit derrrr

assalammualaikum..
tak jawab dosa.. kalau jawab..(sukati korang la nak suker kat aku ker aper)
post kali ini adalah 'for remind myself to behave!!'
sejujurnya aku nur atyqah mengaku kadang-kadang ciri kewatinaan aku hilang. masakan tidak. gelak bukak mulut besar-besar kuat-kuat (macam saja nak huha kat orang awam aku sedang gembira sebenarnya). kalau makan pulak, mata meliar macam cari harta karun tersembunyik. makan agak gelojoh (niat aku sebenarnya nak cepat..takut pergi kelas lambat.==''). jalan pula, macam ketua gengster. memang gamai cakap aku macam gengster. (aku perempuan wei. agak-agak la. aku ader perasaan gak. sob3. =='').
ok. mula semula. seorang wanita islam atau melayu harulah menjaga adab, tingkah laku, cara percakapan, cara mengayakan kehidupan sendirian. semua itu penting bagi kaum-kaum hawa sekalian ya. jangan jadikkan aku sebgai cuntuh. aku sering di tomah oleh orang awam sekeliling yang mengatakan bahawa.
ko nie perempuan ker haper?
sedey wei..sebak dada aku....
over acting
untuk menjalankan misi 'wanita yang lemah lembut'. aku telah membeli baju muslimah. aku mula jalan gaya ala-ala model. aku mula makan macam sedang makan beradab di atas meja pengantin. aku mula berlatih gelak olok-olok..(ceh). aku mula bercakap dengan nada yang lembut sehingga kan orang yang bercakap dengan aku rase macam nak naik tangan dan kaki beliau. (kerana meluat). ya. aku mula berubah.
satu jer tak berubah. dan takkan.
*lepas basuh baju. aku gulung-gulung baju masuk dalam beg. almari aku. kosong. berhabuk. seriously 'aku tak tahu lipat baju'.
p/s : aku masih lagi anak dara tulen yang sejati dan lemah lembut...cume. tuh la. ermm..tuh la kan..aku tak tahu lipat baju. chet!!'