Wednesday, April 28, 2010

sahabat2 ku!


Ada sowang kawan laki aku nieh…dalam banyak-banyak kawan laki aku nieh..die lah yang aku anggap best fwen sepenuh masa aku…nama die haris fakhrul.kite orang kawan dari aku masuk sem 1 sampai sekarang aku sem 4..tak la lame maner baru nak dekat dua tahun..tak kire jam berapa aku mesej sure die layan. Although dia dah ader awekz dia tak pernah pinggirkan aku.terima kasih pada beliau…~ngeee~..so far banyak bende aku dah share kat die..prob family,kawan-kawan,duit,pakwe,…korang citer je..die sure leh setelkan…kot laaa…. Ader sekali tuh aku cakap ngan die tolang carikan aku lelaki yang available lagi…dengan confirm die berkata..”ok2..i try carikan untuk you..tak de hal la..”.aku tergelak jer time tuh…ape die ingat nak cari laki tuh macam nak pilih ikan kembung ker!!last2 die cakap…”maafla bunn…kawan I sumer dah berpunyer la”.. (kan aku dah cakap,die pilih ikan kembung kat pasar malam tuh”!)..aku cakap kat die its ok la…aku bukan desperate sangat pun…juz mengidam je…~Ngeee~ader yang separuh memori aku burn pasal die cerita waktu die kecik-kecik dulu..tak ingat sangat.malap2.die jatuh basikal time ader satu lori tuh dekat sangat ngan beliau,die masuk longkang kot...n die jugak kerap kali bercerita macam life its suck without money..yah…die adela seorang yang pokai..dalam bab2 macam nie…tak tau maner duit die pergi…die gak suker buat perkara pelik-pelik..minum kopi yang di tambah dengan lemon kot…ke di selangi dengan lemon…ape rase ntah…tak paham aku dengan beliau..die ade lah seorang lelaki yang boleh cerita aper2 tetapi bukan masalah dia.. agak kusut,tak bersemangat,mater kuyu,suke tunjuk jari yang tuh…n suker ekspresikan feeling dengan berkata wtf..yaaa….walau aper pun…die ader la seorang kawan yang baik…
Ader 2 owang kawan gurl2 aku nieh…susah senang kami bersama..korek idung share samer2,kutuk owang sama-sama,gaduh2 baik baik balik , magi ader satu bungkus share same2,summer sama2,senang citer la..diorang madu aku dowang gak la selalu sengat aku…~ngeee~..first farhana sakinah, roommate aku ..so far die ader la si giler full shif…ikut kepala aku,and sering kutuk aku tak matang! Childish ! terima kasih kerana bagi aku kata semangat..n yang kedua,nur syahida,bekas pesakit mental hospital tampoi,dulu aku sebilik ngan die kat hospital tuh,dari situ kite orang kenal2.(abaikan barisan nieh)…beliau sama kelas dengan aku,nak cari aku senang je,ader budak 2 orang nie ader la aku…attendant pulak,tak mungkin kalau nur syhida punyer di tandatangani,aku punyer tak!budak 2 owang nie mempunyai ciri-ciri yang sama,susah nak kejut daripada tidur…aku paling malas la….!ader sekali tuh,I thought syida dah siap mandi and dah boleh gerak pergi kelas,,,ale2…terbongkang lagi atas katil…terima kasih kepada beliau jugak kerana buat macam tuh…n lastly…tak kire aper perangai korang walaupun ader yang buat aku kecik aty…aku akn cuber besarkan hati aku..fwen 4 ever babieessss!!salam..

ntah....bacela dulu


Aku bukan nak cerite aper la kan…tapi aku memang suker ngan sesetengah blog di mana bahasa dieowang sempoi-sempoi bahasa n kelakar giler.terutamanya blog lelaki2..n ader satu blog kawan gurl2 aku.farhana sakinah.memang sempoi la.citer bender temeh-temeh,like something that can make someone laugh immediately la orang putih kata.aku bukan salah seorang yang di ketegori blog macam tuh…coz blog aku nie pun kawan-kawan aku cakap aku macam bebudak…”dei!!umur aku dah 20 tahun la,berat aku naik 47.7 kg tau lepas makan.sebelum makan 46.8!!n cite-cite aku nak tambah berat badan la!”(maaf,aku tetiber emo).aku bukan pemilik blog yang suker upload gambar dari kamera sebabnya aku sendiri bukan ader phone kemere.ini kan pulak kamera Olympus or camera sony yang harganya mencecah 500 ke atas!di sebabkan tahap kesedaran aku nie,aku sekadar menumpang pic2 dari member2 or dari internet.aku gak berasa agak terkilan coz biler kunjungi blog owang lain followers die owang ader yang sampai sibu lebih…aduh!!hati aku remuk!aku balik semula ke blog aku n pure-pure tak nampak followers aku..memang setiap kali sign in kalau boleh followers tuh di invisible kan..aku akan cuber..walaupun terpaksa isi borang keluar masuk!aku sanggup buat untuk invi kan bender tuh!aku sanggup!!(sambil menepuk dada).walaupun aku tahu memang la followers tuh boleh di delete,tapi cacat la ader blog tapi tak der followers..alah…biler di fikir balik..ok lah tu atas daripada 1..kan..1 daripada 4 tuh!aku bangga!aku bangga and sangat arrogant la ader 4 followers!!~ngeeeeeee~.blog aku nieh bukan citer pasal komik2 jer but pasal aku sekali.aku memang kaki komik,walaupun modal yang diberi ptptn mencukupi namun ia tidak dapat menampung aku dan komik-komik ku untuk 1 sem..but lately,aku kurang beli komik.tak tau naper..mungkin dah tue kot…hobi aku satu time lapaw aku suker tengok gambar makanan…aku rindu asam pedas duri with bendie atok aku,keharuman sambal goreng beliau and bebelan beliau..aku sayang cangat sama kamu atok.beliau adalah seorang atok yang berkerjaya.tetiber teringat bubur lambuk yang di masak oleh ibu aku,”pekh!!”..walauwei!!!aku sanggup pergi kedai beli barang-barang yang di suruh bonda aku nieh…!’.aku sudah membujang hampir 19 tahun lebih,so far hidup aku masih lagi stabil and masih belum pikir lagi untuk berpunyer(wei!!jap2..masalahnyer sekarang ader ke owang nak kat ko!) .maaf, no coment pasal bende nie…coz I said the truth,its much better if we see the smile on ibu punyer wajah, daripada ke hulu ke hilir bersama owang lain…agak sedikit melalut bender nieh.so..aku suker cipta sajak…tentang cinta…pada keluarga ALLAH…and pesuruhnya rasulullah…aku akan cuber terbitkan dan bukukan sajak-sajak tersebut apabila ptptn desak aku bayar hutang diowang.moga hidup ku with family di rahmati…asslammualaikum.

Friday, April 23, 2010

aku Tengah lapaw!!!


Tempura (天ぷら tenpura?) adalah makanan Jepun berupa makanan laut, sayur-sayuran, atau ulam yang dicelup ke dalam adunan berupa tepung gandum dan kuning telur yang dicairkan dengan air bersuhu dingin lalu digoreng dengan minyak goreng yang banyak hingga berwarna kuning muda.
Tempura juga bermaksud cara menggoreng yang berbeza dengan furai (istilah bahasa Jepun untuk goreng celup). Bahan makanan yang digoreng secara tempura dicelup ke dalam adunan tempura, sedangkan bahan makanan yang digoreng secara celup dibungkus secara berurutan dengan tepung gandum, pukulan telur, dan tepung jagung.
Minyak goreng yang digunakan untuk menggoreng tempura sebaiknya minyak goreng yang bersih dan belum digunakan untuk menggoreng bahan makanan lain. Di restoran kelas atasan yang menyediakan menu tempura, campuran minyak wijen yang harganya mahal dan minyak biji kapas sering dipakai untuk menggoreng tempura. Minyak bunga Camellia yang digunakan pemain Sumo sebagai minyak rambut juga digunakan di beberapa restoran mahal untuk menggoreng tempura.
Minyak goreng yang dipakai untuk menggoreng tempura sering disebut minyak tempura (天ぷら油 tempura abura?) yang merupakan sebutan untuk berbagai jenis minyak goreng seperti minyak canola, minyak selada, dan minyak bunga matahari.

THE MOST DAMN COMIC I WANT TO READ EVERYDAY!!


cOnAn : mengisahkan tentang seorang detektif kecil yang terkenal.yang sebenarnya merupakan seorang ditektif sekolah menengah yang famous bernama shinichi kudo.suatu hari shinichi OTW nak date ngan aweks die ran mouri.Tetiber terserempak ngan satu kejadian memeras ugut orang lain..ntah aper nama kumpulan tuh si shinichi nie tak tau…and bagi mengelakkan aktiviti dowang nie terbongkar dowang racun si shinichi nie dengan ubat yang baru di cipta…akibatnya badan shinichi jadi kecil…senang citer la kan…korang pun tahu asal usul jalan citer komik nie…tak yah la citer lebih-lebih…KOMIK NIE BUKAN UNDER AKU!!komik conan nie di perkenalkan oleh roommate aku FARHANA SAKINAH..korang leh layari blog die gak…beliau adalah penagih tegar komik nie..and 1 day die suntik aku sekali…and start from that time..aku mule ketagih dengan komik nie…WALAU!!full episode edisi khas die ader..and aku lak akan baca komik tuh berulang-ulang…korang cakap episode aper..aku mesti boleh ceritakan balik punyerlah!!!dalam citer nie aku suker watak conan coz die comel and ofcourse la ma….shinichi tuh hensem!!watak yang kelakar lak..si kogoro…aku pun tak paham apsal die leh jadi penyiasat terkenal,,,,,and THE WINNER OF THE YEAR “THE MOST DAMN COMIC I WANT TO READ EVERYDAY” GOES TO…DETECTIVE CONAN!!!....

Dr.Slump.


First time aku baca komik nie..”comella!!’,first word tu jugaklah yang keluar dari mulut aku.Walaupun Dr.Slump nie komik lama and masa aku baca komik nie buat pertama kali umur aku baru setahun jagung..ingat-ingat aku darjah 3 rasanya.lame kan….~ngeee~.Dr.slump nie di perkenalkan oleh my bro.Die minat dragon ball waktu tu…and one day aku merungut..”Asyik beli komik laki je…beli la komik perempuan pulak…”.memangla tak di nafikan time tu aku minat gak ngan komik dragon ball tuh…tapi…yela..ingikan kelainan.Tetibe hari esoknya pulak.”Nah!hambik ko punyer komik perempuan ko!!”.mata aku bersinar-sinar time tuh!!tajuk muke depan”Dr.slump”..cover die budak perempuan mata bulat pakai spack besar…!excited giler time tu!Tetapi masa tuh abang aku punyer tak ikhlas nya die beli episode akhir!tak ke keji!chit!meleleh jela air liur aku baca yang terakhir tu tanpa tau jalan cerita sebenar…Masa berlalu…and sekarang umur aku mencecah angka 2.Hari minggu budak-budak mude lepak-lepak ngan kawan…aku pulak chill ngan roommate aku kat jaya jusco baru buka at melaka.round-round la satu jj coz nak cari kedai komik baru…and then kite orang terlekat pulak kat satu kedai!Macam-macam komik ada but 80 % mostly komik dalam bahasa cina..20 % lagi komik bahasa melayu iaitu dik cerdas,bleach,conan,detective Q,penyiasat remaja,and suddenly mata ku terpana pada rak buku bawah sekali..OH MY GUCCI!!..FULL EPISODE DR.SLUMP 1- 18…HAMBIK KO!!!.Aku mencangkung menikmati keindahan komik tersebut….yai!!duit aku pulak tak cukup!!Adush!!aku sedih…harapan aku hancur!serta merta visi 2010 aku berubah..anjakan paradigma telah ku cipta.
SEBELUM..: Belajar elok-elok..dapatkan pointer 3 keatas
SELEPAS.....: kumpul duit!!baru 4.30 sen je buku tuh...ko leh buat punyer!!
Target cuti aku turut berubah..ingat nak beli phone baru dengan duit kerja tuh nanti..sekarang...”aku mesti cari duit beli satu set komik Dr.Slump!!Alah biler di kire-kire balik baru 100.00 kebawah jer dari episode satu hingga 18..no worry la...amoi!!so!!go!go!fighting!!

Thursday, April 15, 2010

antaranyaa....keluaran gempak starz..


komik yang aku minat giler mamak!!!



aku peminat komik-komik malaysia amat berbangga hati dan berbesar hati coz dapat beri ucapan dalam blog sendiri...aku minat sangat ngan keith!!beliau adalah pembikin kepada lawak kampus yang sekarang ini telah masuk siri yang ke 6!!!aku hampir menangis apabila...aku ternampak "team work" kat popular!!excited!!malangnya time tu duit aku tak cukup...and nasib baik ader sowang hamba ALLAh INI.."pinjamlah duit aku dulu">..aku pun epy!!...mekasih pada farhana haji mahfodz...anyway aku berbangga la....malaysia pun ader karya sendiri tau!!