Wednesday, December 26, 2012

:: aku pelajar ::

Assalammualaikum...


Aku pelajar.

Kerana aku seorang pelajar!

Aku nekad!

Biarlah apa orang nak berkata!

Biarlah mereka berbicara!!

Biarlah bibir mereka menguntum senyuman sinis!

Biarkan mereka!

Kerana aku seorang pelajar~~~~~












kasut bocor. HAH.





Aku tiada duit untuk beli kasut baru..




Sekian.

:: Bull CHet!! ::

Assalammualaikum...


Peribahasa 1 '' Jangan main-main cuba, nanti diri sendiri teranayia''

Peribahasa 2 '' Bila dah cuba, padah menimpa ''




Aku cuba minum RED BULL.


Best.


Effect from drinking it : Sampai ke subuh aku tak boleh tido. bukan setakat itu. dah lepas subuh pun tak boleh tido.

Memang tidak di nafikan RED BULL akan memberikan tenaga kepada anda! Jadi cubalah RED BULL sekarang!!

Saturday, December 22, 2012

:: sometimes ::


Sometimes
Its just to hard to tell your friend how much you worry about her
Sometimes
You just being to much ego to tell to your friend
''Thank you for worrying me''

Sometimes
You feel, Its just to much, to tell your friend how much you love her
Sometimes
You just being too shy to tell to your friend
'' Thank you for love me''

Sometimes
You will fill it one day, when you got problem, try to find your friend, borrow her shoulder to cry on. when you try to find her. she's not there..


Because sometimes

Your friend already 'gone'

And its to late, to tell to her

''Thanks friend because you always there when i need you''

and its to late, to tell her



'' I LOVE YOU''




ps: Ayat owang putih tongang terbalik. maaf.





Friday, December 21, 2012

:: HEART BROKEN ::


Assalammualaikum.

Before i start my entry lets doa' together hope Allah S.W.T still give chance to us for taubat. Aminn.



Sebelum, kailan kalian membaca entry bawah ini. sila play lagu ini, bagi membangkitkan apa yang aku cuba sampaikan. cintaku, hatiku, rapuh.. dihimpit sembilu..

ps : play taw!



Pada hari rabu, 2 minggu lepas. Hatiku berdebar-debar. Dan alangkah riangnya bertemu yang tersuka. 


Ok. aku over.


Senang cerita, luthfi dengan anwar datang. kalaw tak kenal. bak kata Luthfi '' kesian depa, rumah tak da  tenet kaa??''.

Luthfi datang. Aku berdebar? eh dah kenapa? biasala, orang cakap fanatic fever punya penyakit. tapi aku sangkal 101%. Mana mungkin aku fanatic dengan dia. biasa-biasa je aku rasa. setakat tengok video dia kat u-tube berulang kali, download a few best video, search Fan page di fb, google pic dia, aku tak rasa tu fanatic. ~ biiaasaaa jeee...~

ok. over lagi ai nyah.

Pepagi dalam jam 9 lebey aku dah mencanak tunggu bus. Mulut mengomel-ngomel..'' akak rasa, saya dapat tak jumpa luthfi? dapat tak tangkap gambar dengan dia ??'' . Kak yan sengih. Lantas menjawab. '' insyallah jumpa. yeee.. nanti kita tangkap gambar dengan dia''. aku tahu beliau sebenar sedang bersabar tahap gaban dengan aku, couse itu soalan yang entah keberapa kali aku tanya dia sepanjang perjalanan. aku tersenyum. happy. weee...


di pendekkan cerita. bergegas naik tingkat atas. daftar. and then abang daftar tuh cakap.

'' adik-adik, boleh hold kejap dekat sini. becouse dalam ramai la. almost full.''

Hincik bajet aku nak dengar apa yang hincik cakap? na'ah man! tang nie, aku tak boleh nak conformity. aku dulik. aku terjah. kak yan follow. alhamdullilah, dapat masuk ai taw haaa kaw.... cari kerusi. ''pap''. duduk. setel. sekarang mata aku meliar cari kelibat Luthfi.

Tiba-tiba. 

Aku pusing ngadap muka kak yan. And then with hyper voice '' KAK YAN!! TUH!TUH! LUTHFI''. Jujur aku cakap. Ke hyper'an aku tuh memalukan aku. Budak sebelah jeling baik punya. ah! aku dulik!. Der, kalaw Ca ruk han depan mata, bertentangan mata dengan kaw, kaw boleh jadi terencat der. Sebab apa. Sebab kaw minat. Same as me. Depan mata bertentang, kaw bajet aku nak bertingkah laku normal la? haaa... kaw. ai bertingkah laku abnormal youu...

Ok. ni aku totally ober dose!


Pendekkan cerita lagi, ( sebab dah malam tok, ai ngantuk), turn Luthfi pula talk lepas Anwar. maaf peminat anwar. aku fokus pada Luthfi sahaja, sila faham. masa turn Luthfi. '''WAAA!! LUTHFI!LUTHFI! WAA!! WOOOO!!''. almost 102.01% its gegurl voice. what do you expect? tak kan pulak ada jejantan nak jerit sesama jejantan? kalaw ada pun.. bunyi sure tergelam punya. Macam bunyi. '' wiiiiii....''. aku je tak macam ''WOOO!!'' sebab control. ayu. lemah lembut. ( kalaw buddy aku baca nie, terkencit-kencit beliau. maaf buddy ). 

Luthfi : bla..bla..blur..blaa..blaaa

Tiba sesi soalan.

Budak : luthfi, ...*&^%%#@% ( nie bukan mencarut. aku tak dapat detect soklan die bagi ) and last question. macam mana ya, kalaw makwe luthfi tengok komen-komen tuh. tak jelas ka? ( senyum-senyum genyah)

Aku pun ikut genyah. Bagi aku nie soalan yang mantap, jitu, bernas dan relevan.

Luthfi : erm... perempuan kan. depa nie complicated sikit. jadi.. saya malas nak komen.

* kalaw korang faham isi hati seorang gadis kesepian kaw boleh detect dia dah ada makwe or tak. chet!

Suddenly. aku mogok. Aku bersandar dekat kerusi. Selimpang kaki. And tipu-tipu tutup mata. Bajet tido la. kak yan tegur '' apasal tidur? tak nak tengok luthfi ea?''. Aku tipu kak yan. Aku cakap aku ngantuk. Padahal aku sedang sembuyikan kekecewaan aku.

Aku terus tak da mood. Habis semua. After lunch ada sesi tangkap gambar dengan luthfi and anwar.

kaw bajet aku tak nak tunggu?? silap der... sanggup aku tunggu dari 1.15 sampai 2 lebey, walaupun hati aku kecewa time tuh.



pic nie, aku bajet-bajet monyok. nyampah ai taw dengan tingkah laku sendili.


After tunggu beberapa lama ketika. tiba sesi gambar-gambar. Siap kene beratur lagi taw. Kami-kami bajet-bajet '' belakang-belakang we...'' . macam. '' oh!budak nie ohsome la. tak gelabah nak tangkap gambar dengan aku''...


*********************************************************


nak taw, why the red gurl kene blur macam tuh? haa,,, rasa kaw nyah, haaa.
* because akak tuh lelorat sei!



laa nie.. aku ciluk dari fb olang.



yang nie lak aku crop. kat sebelah tuh patut ada gadis manis. 
maaf ya adik manis..


Terkelat-kelat mata aku menaip. ok thats all.

Before ending. Aku ada tanya buddy aku.

aku  : kaw rasa aku ada jodoh dengan luthfi?
fana : ada. insyallah. ada jodoh tak kemana. nothing its imposible.
aku  : (hati berbunga riang, and senyum mengambing)



* kadang-kadang we, harapan palsu tuh lah yang aku suka and menaikkan semangat aku. even, itu hanyalah..


'' harapan..harapan menjadi layu...tapi dulik apa aku. ''


Pesanan Luthfi dekat aku ( signature ) : ''semoga menjadi ibu yang baik''.hihihi.





Tuesday, December 18, 2012

:: belajar balik ::

Assalammualaikum.



- arghhh!! -



Typo aku makin teruk! nak menyumpah diri sendiri tak boley!


lera vs rela ( aku kengpius )

delima vs dilema ( mana satu nie! )

sila vs s*A%  ( ok. nie betul typo )


di tegur kawan sebelajaran, buat aku terkesima.


ps : aku ingat nak belajar balik bahasa melayu.



terima kasih kepada licious dan cikgu bahasa melayu part time fana kerana membetulkan saya.


:: AIR ::

Assalammualaikum.

Jawapan : waalaikumsalam (bagi sesape yang bebeno malas nak jawab salam)



Hari ini, kat tempat aku belajar, berlakunya kejadian yang memang aku tak boleh nak ngam kalaw berlaku. iaitu ketiadaan ayaq. Korang boleh sekat, elektrik, wifi, cafe tak bukak, ke haper ke, tolong la nyah. kalaw air memang aku tak boleh nak ''gi''.

fana : jom makan. air tak dak tak pa, perut kene isi der. perut!
aku  : aku boleh makan dow, tak der hal. tapi cuba kaw pikir, dah makan, tahi dalam perut letak celah usus mana?? kencing aku...nak serap mana?! ( time nie aku delima, sakit perut mencanak-canak kat dalam perut, di tambah cukup perisa, terkinja-kinja pulak pundi kencing. pekh! )
fana : aku pun delima. 

ah. maaf sahabat. aku buat kaw dalam delima.

lepas dah buat group discussion, kami berdua sepakat membawa kemakmuran, redah juga turun kepeng. mentekedarah! 

Masa nak turun tangga, terkepit-kepit aku nak berjalan. alaahaaii... Sob3. aku tahan. aku gagah jugak. sama jugak macam member aku. muka turun, masing-masing berkerut. 

di pendekkan cerita mises hamilicious a.k.a Aimi Najat Anza ( boleh add die dekat fb )  menghulurkan bantuan.

'' korang kencing kat rumah aku la, aku ada tadah air ni ''

- kaw memang ohsome mi! - time nie tetiba pula aku teringat lagu perwira yang Saloma nyanyi. aku dedikasi kan lagu tuh untuk kaw mi.

sedang kami bermakan-makan di kepeng, secara tiba-tiba ada pengumuman dari abang fauzi cayunx sangat. ( fana, maaf. abang fauzi kaw punya sorang. jangan risau ).

'' Siapa-siapa nak tadah air, boleh ke Park car blok A. air datang! di tujukan khas kepada siapa-siapa yang belum mandi lagi! ''


Pendekkan cerita. bawa baldi, aku turun. tunggu turn amik air. air habis. '' tunggu 20 minit adik. kami datang sikijap saja lagi''. janji hanya tinggal janji. 45 minit kemudian baru sampai. berebut amik air. dah dapat air, satu problem lagi datang.

Perjalanan Blok A ke Blok C. A > C. faham tak apa aku cuba sampaikan perasaan aku ni? di tambah lagi dengan. Blok A > Blok C > Tingkat 4 > Tangga.  Ahhhh... istighfar aku banyak-banyak.

moral of the story :

jangan membazir air. 

effect from the story :

pinggang aku sakit. serius, lepas nie aku hargai apa tuh ''air''. aku janji, tak main renjis-renjis dipilis dalam bilik air, aku janji.


sekian.

Sunday, December 16, 2012

Azam 2013?

Assalammualaikum~~~

:: Waalaikumsalam ::

Bila orang tanyer .

A : eh, dah nak tahun baru la.. apa azam kaw tahun depan?
B : errr
A : tok sah la nak rahsia. cer share.
B : azam? haaa... can you explain further about azam??
A : #$%^& tahi ang la tak taw apa azam!

maaf. Aku kalaw bercerita tentang azam, aku blurr. macam terpinggan-pingga. apa bende azam tuh. macam sanubari aku berbicara '' ahh..apakah aku perlukan azam dalam hidup aku? Azam, di mana kaw??!! di mana?? ''.

aku kalaw sembang merapu..

sekali lagi maaf. but the way, semua orang perlukan azam. jenis-jenis azam macam :

'' tahun nie aku nekad aku nak ader pakwe kat UPSI. budak sains sukan!!''

'' tahun nie, aku nak kahwin jugak! tak kira apa jadi!! ''

'' tahun nie, nak beli phone baru guna duit pitihpitihen! aku tak kire!! ''

'' tahun, nie aku nak pergi kodiaq kedah!! nak cari mat luthfi!! ''  ==''

( mengapa ini macam azam ikut nafsu? ya.kebenarannya ialah ini niat aku untuk tahun depan. tapi nie azam tak ilmiah punya - azam tak berguna -. jangan ikut naa )

Actually azam aku mungkin la.. aku rasa ni kot azam yang di maksud kan .

'' azam aku ialah, menunaikan azam tahun lepas yang tak tertunai. jadi anak solehah. sob3 =( ''

aku rasa macam aku nie anak yang tak beradab taw kadang-kadang. anak macam tak sedar dek untung..ahh... setiap tahun misi aku tu la. jadi anak yang solehah. ada adap, bahagiakan mak bapak!
kita sebagai anak! wajib menghormati, malahan menyayangi mak bapak kita sepenuhnya!! jangan lebih kan matak aiq angpa semua jaa... hormat mak bapak ang punya perasaan! pengang tangan mataq aiq angpa, ang suka, tergenyam-genyam, tersengih-sengih, awat bila nak pegang mak bapak ang punya tangan ang malu!! awat ang bersungut!! awat ang buat muka macam minta kene sepak?!! awat!! haa!! awat! sedaq diri, mak ang lahirkan ang, bapak ang bagi ang duit ang belajar, makan,pakaian.. susahkan ang ka nak cium tangan depa sat??! tangan ang lenguh-lenguh ka bila salam depa?? ah! anak! sekali kaw meng ''AH'' kan suruhan mak bapak ang, tangungla dosa ang kat akhirat nanti. 


** maaf. sekali lagi aku ter emo.


apa yang aku cakap, kadang-kadang apa yang aku tulis berkenaan apa yang belaku kat sekeliling aku. jadi aku luahkan. lebihkan makwe/ pakwe.. tepikan mak bapak. ahh. kasihan. hmmm...

p/s : aku rindu ibu aku. to those whose their parents already past away.. come ''al-fatihah to them''





doa untuk parent kita naa..





Tuesday, December 4, 2012

cinta ku mekar di gua tempurung 1

assalammualaikum...

ok... before continue bacaan seterusnya.... sila mainkan lagu di bawah ini..


..............................



Perasaan jelaka timbul bila mana lagu yang ingin di dijadikan intipati story nie buat hal.


Bagi membendung perasaan itu, sila anda-anda bayangkan lagu ost autumn in my heart. kalau tak bersesuai dengan citarasa, memori daun pisang pun boleh. terpulang. pilihan anda di tangan anda. anda yang menentukan.


lupakan.


cerita nya begini.


jumaat yang lepas, aku joint kembara alam. kali nie ke gua tempurung, perak. disebabkan aku belajar dekat perak, jadi aku rase perjalanan tersebut agak tak chill macam peribahasa '' umpama jiran sebelah rumah yang selalu menjengah'' maksud nya: tempat yang sangat dekat.

lepas dowang campak kami semua di pekan gopeng, tajuk aktiviti nie dinamakan town survival. no monye, no food allowed... katanya.. tetapi itu lah, kadang-kadang manusia nie macam selalu sangat mengamalkan ''hak bermain hak kami!!'' ditukar kepada '' duit kami, makanan kami!! apa hang pa semua sibuk-sibuk tak bagi bawak!!'' ader la certain orang bawak. jadi sekali lagi aku rase tak berapa nak chill cume......

perjalanan kaki yang memakan masa dari jam 9 malam sampai tapak perkemahan 1 lebey ( hangpa kira sendiri berapa jam naa) memang awesome and totally cool der!! penat memang penat. who cares same itu penat, janji aku ngan member-member aku enjoy bende alah tuh. dapat tengok bulan, bau petai, macam-macam bau sepanjang perjalanan kiter owang kesana. kiter owang tak berani tegur coz sebelum bertolak ada member aku cakap '' hangpa kalaw ada bau papaq ka, jangan teguq naa....'' . sampai ader bau mee goreng mamak yang tebentang kedai makan depan mata still cakap dalam hati ''jangan tegur, jangan tegur''. 

sampai tapak perkehmahan. lepas dah kene setepek dua dari lecture (coz beliau cakap sebelum jam 10 pagi esok, awak semua mesti ada dekat sini, sapa suruh sampai laa malam nie jugak. motip beliau nak suruh kami rasa tido kat luar semua tuh la ) kami dibenarkan pasang khemah. 

''pup, pap,!pop!,,pup, pup!pip!!''( bunyi kanvas khemah yang dipasang dengan tergese-gese sebab dah mengantuk tahap gaban) secara tetiba ada seorang instruktor datang, mengajar kami memasang khemah dengan beradab, berhemah, sopan santun, dan lemah lembut. terima kasih abang instruktor. jam 2 pagi bagi lecture. memang masuk. 

..................................... ( dah kata buat dengan beradab, jadi pemasangan khemah laa nie tiada sebarang bunyi, yang ada bunyi'' emm''..''haaa''....''ok'' )

nak cepatkan cerita. setel khemah. campak barang dalam khemah. tidoq.

esok pagi. seawal jam 4 pagi, ke 5 pagi.. tak ingat. aku dengan member aku dua owang, bangun untuk mandi. sebab?? kami tak nak berebut dengan ahli-ahli lain nanti. 

bayangkan. tapak perkhemahan tepi sungai, cuaca, baru hujan, angin sepoi bahasa (jenis bahasa kasar), mandi 4 pagi. terketar-ketar, terketip-ketip gigi biler bertemu gigi sepanjang mandi. bayangkan sampai nak gosok gigi pun, dah macam tengah kunyah makanan, terketak nye gigi aku. punyala sejuk!!

kita lupakan pasal mandi.




* aku sambung cerita nanti. gelaka punya fire drill, cakap nak buat pagi nie,tak buat- buat gak. tak memasal mata aku mencanak 3.50 pagi.


zZzZZzZ......


Tuesday, November 27, 2012

orang melaka

assalammualaikum~~

first of all, thanks to all readers even the readers its only ''2,3 kupang'' but who cares. ~~hahaha~~ actually i care ok!! i care!! malu doh yang bace aku punya post kawan baik-baik aku je!! but once again!! who care!! as long ''that'' friend continuous read my post, its already enough babe. thanks missy colehah bangat sih!!

enough for ikan kelapu masak masam-masam manis ( aku lapa, jadi jangan persoalkan )

mari. aku mahu cerita satu bende. hari tuh.......

bukan cerita. luah perasaan.

'' orang melaka......no wonder laa muka ganas~~ hihihi~~'' sambil gelak macam mintak kene hentak.

untuk pengetahuan umum aku owang johor,duduk melaka. but wait yow!! apa kene mengene melaka dengan muka ganas?? memang dah setting ka kalau '' sesiapa yang melahirkan dirinya dimelaka, nescaya  untuk selama-lama nya mereka akan memiliki muka ganas yang sangat gerun!! HAHAHA!!''

WAK DAK!!

ok. abis ceritak mukak ganas melaka naa..... laaa nie den nak cita pula kesan-kesan daripada memiliki muka ganas...

kesan-kesannya:

a. tiada orang berani dekat. sebab khuatir diri akan diancam
b. bila orang muka ganas nie senyum, orang yang dipihak menerima senyuman terasa ketaq-ketaq coz beliau berasa senyuman itu berupa satu ugutan.

actually banyak..cumer aku dah tak de idea.

orang yang memliki muka ganas, perangai ganas nie aku nak habaq kat hangpa semua. even mereka nampak ganas, percayalah hati mereka baik bak sesuci haruman safi. percayalah cakap aku nie, sebab aku nie baik orang nye...





Tuesday, November 6, 2012

najis~


Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

[sunting]
Najis Mukhaffafah (Ringan)

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. Cara menyucikan najis mukhaffafah:
  1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
  2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
  3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.

[sunting]
Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susutulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
  1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

sumber : wikik

stereotype hanjing..

assalammualaikum...

kenapa tajuk aku macam tuh? tidak berniat untuk aku berkasar sebenarnya. tetapi itu lah. seperti peribahasa  buatan sendiri '' binatang lebih mulia daripada manusia ''. tak berniat pun ak nak memaki juga.. ah pergi lantak sama korang punya pendapat lagak besar. pergi lantak jugak la sama dengan trafik blog aku.

lari tajuk.

aku memang hyper kucing and binatang comewel-comewel nie.. kadang kala walau aku tengah sedih, its already  comfortable enough if i see the picture of them. ''alololo...kiutyeee....'alolo nomeynyee''. ye memang tidak dinafikan ayat yang aku sengetkan beberapa saat yang tadi agak genyah bunyinye... tapi go to longkang la kalaw nak cakap aku gedik. ( jangan bersalah anggap aku sedang PMS, maaf terlebih emo ). 

lari tajuk 2.

and then kadang-kadang even aku nampak pic doggies aku akan macam ''ohhh..indahnya ciptaan allah'..~cliche...cliche~ . aku sangat berbangga dan nak sangat menjadi macam papa hero, auntie Humairah yang rescue kucing denagn anjing jalanan yang memerlukan bantuan. salute aku dengan diowang, dowang punye style macam superb and one day kalaw aku da besar aku nak jadi macam tuh..

masuk tajuk.

aku kecewe dan kadang-kadang aku rasa macam nak hentam orang yang cakap ''oi!oi! pegang anjing!! haram maaa!! mana boley!!'' ''tuih la ngan anjing. najis mughalazah betul!!'' and then yang paling ayat macam jadah biler ader insan-insan yang baik (dikalangan islam)  nie membantu anjing-anjing tersebut, bajet la we nak tunjuk baik. dah haram, haram jugak! bertentangan dengan islam nie!! tak boley!'' . aku tak nak citer pasal isu keagamaan kat sini. tak nak sentuh. tapi der.. celik la minda korang sikit najis anjing, pegang anjing boley samak der... jangan nak macam bajet korang pandai agama korang taram semue bende yang macam nie haram. bukan diowang nie sembelih hanjing makan hanjing!! stretotype korang korang macam nie melampau... nampak hanjing bajet korang suci and then taram hanjing tuh haram. pergi mam la!... (sekali lagi maafkan la saya ye kerana beremo-emoan)

aku bukan nak samakan binatang dengan manusia. tetapi ada bebarapa insiden yang aku rasa macam ''memang betul, binatang lebih mulia dari manusia'' . maaf, aku bukan nak menunding jari kat korang yang baik-baik nie. tapi aku nak tonyoh-tonyoh cili hapi yang awesome punye pedas tuh kat orang yang sembang lebey tapi apa pun tak boley. ada satu hari tuh, aku nampak ibu hanjing (time tuh hujan ribut) die bersusah payah time hujan angkat anak die kat longkang sebab die letak anak die kat longkang. lepas satu die selamat kan, die amik lagi and lagi... memang time tuh aku tengok, aku macam nak terjun dalam longkang tuh and tolong angkat. tapi aku kesal dengan perangai aku. tak berani amik tindakan kerana takut pandangan orang. memang aku rasa macam jelaka time tuh. apa aku mampu ~nangis~. memang macam jelaka perasaan aku time tuh. and then immediately aku teringat beberapa kes buang bayi dalam longkang, tong sampah.. astagha... bukan aku nak tunjuk aku bajet aku baik, ke hape. aku nak beritahu, anjing pun sayang anak walaupun diowang buat anak and lahir anak hasil luar nikah, tak der bapak ! diowang tak der otak sebijak manusia, tetapi ada perasaan sayang setinggi gunung! 

final.

nie untuk peringatan aku actually, aku tak seilmu mana, tak sebijak Albert einstein, tapi aku nak beritahu and highlight kan.. biar kita tak cukup bijak dalam kepala, tetapi jangan kita biar hati kosong tanpa perasaan ehsan~~

aku kalaw da merapu. aku taram. dulik.

salam....  

Friday, September 14, 2012

~ kuatkan iman ku ya Allah..... ~ =(

Asslammualaikum... 

- sukati hangpa la nak jawab ka tak -



Lumrah. hidup kita diuji. Lumrah juga bila kita sering bertanya.. '' kenapa aku ya allah yang sering diuji. kenapa aku??''. kerana kita manusia biasa, tidak pernah lekang dari pertanyaan-pertanyaan yang mengusutkan minda. ( tetibe. aku sendiri pun tak paham apa yang aku tulis ). Tapi, bertanya la kita kepada diri kita, setiap ujian yang dilampirkan di setiap muka surat kehidupan kita ada hikmahnya. Di setiap ujian, kita makin kuat menghadapi cabaran. makin utuh hati kita pabila di hempas ombak yang mendatang. ( sekali lagi. aku men tibai).

satu je pesan aku : '' Bersyukurlah ke atas segala ujian yang diberi. andai ujian itu penghapus dosa... bergembiralah. andai ujian itu pengubat luka, tersenyumlah... dan andai ujian itu mendekatkan kita dengaNYA... '' aku terima ujiannya dengan hati terbuka''. ~amin~


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” 


[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

[Surah Al-Baqarah ayat 216]

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

[Surah Al-Baqarah ayat 286]

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”

[Surah Ali Imran ayat 139]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


[Surah Ali Imran ayat 200]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

[Surah Al-Baqarah ayat 45]

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”

[Surah At-Taubah ayat 111]

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

[Surah At-Taubah ayat 129]



Tabahkanlah hati wahai diri..

Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..

Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..

Jangan kau ragui kerna ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..

Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..

Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..

Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..

Kuatkan aku Ya Allah!








* sumber dari : muka buku 















Sunday, September 9, 2012

~ hahahaha ~


Assalammualaikum....

Entry yang nie aku nak share sikit dengan kalian semua tentang  tip pikat lelaki!!

Hot gilak tajuk entry nie. ( bagi aku hot la,,,sebab aku sendiri sedang mencari cinta)

Sebelum masuk ke isi-isi yang akan dibentangkan, aku nak beritahu sikit dekat mana aku dapat ‘’bende’’ nie. Aku bukan jenis main taram masuk tanpa selidik ‘’kamuih dewan dan pustakaq’’ tanpa membongkar di mana hujung pangkal nya sumber yang aku amik. (gebang lebih).

Sumber telah diperolehi di : kedai buku yang memang popular.
Buku                              : ‘’diari cinta 2012’’ harga: 14.90.

Aku tak beli pun buku nie, coz duit yang ada kat tangan cukup-cukup untuk beli dua buah buku komik jadi aku salin jer isinye.

Tip ni actually khas untuk mereka yang belum bertemu pasangan yep.. ^^
  •  Sentiasa tersenyum and jangan sombong bila berinteraksi dengan mereka. Macam mana lah orang lelaki nak suka kat kita kalaw 24jam kita muka masam, bila bercakap dengan diowang macam nak tak nak jer. Sure nanti dowang ingat kita tak suka kat dia. Jual mahal pun kononya ..agak-agak la yer..=)
  •    Pandai memasak, adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan kita. Jadi gadis-gadis, wanita-wanita sekalian, marilah kita sama-sama rajin-rajin kan diri mengesot kaki ke dapur yer... ( peringatan untuk diri sendiri actually)
  •  Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. Ermmm.. aku tak taw la berpawatakan menarik tuh apebende yang menariknya. Tapi bagi pendapat aku la kan mungkin dari segi pemakaian kita, kekemasanya macam mana, lemah lembut ka, pandai ambik aty ka...urmm lagi happy go lucky ka...actually banyak bende yang nak di mention kan dalam berpawatakan menarik nie. ‘’just be yourself its already good enough kowtt’’.
  •  Jujur dan sentiasa merendah diri.
  •   Lelaki sukakan wanita yang berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Kalaw korang ada bende nak cakap dengan dia janganla macam malu-malu nak cakap. Macam nie..
‘’urmm...awak, saye ada bende nak beritaw...tapi tak pela len kali la ea. dah ready saya beritahu awak yer’’...( aku yang perempuan nie pun kalaw ada member aku nak cakap tapi macam berdolak dalik ringan gak la tangan aku untuk melayang-layang ) – sindir diri sendiri- 

  • Mempunyai tingkah laku baik dan berlemah lembut. Ermm.. bagi perempuan yang agak ‘’ganas’’ sikit tingkah lakunya, dun wolly la meii.. ader jugak certain lelaki percaya ‘’wanita yang kasar pada zahirnya, adalah selembut-lembut wanita yang dicipta’’.ingat ya, perempuan itu tidak pernah lari dari ‘’kelembutan’’.
  •   Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Ini macam peribahasa ‘’ masuk reban ayam berkokok, masuk kandang kambing mengembek’’. Pandai bergaul, even kat tempat yang baru.
  • And last sekali, bila berinteraksi dengan meke nie, jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Nie bukan bermaksud kaw orang sesuka aty  teraba-raba dia , terkenyit-kenyit mata kat dowang..bukan. bijak guna mata bila berinteraksi dengan mereka macam bila dia cakap tuh janganlah korang pandang tempat lain. Pandang tepat ke mata beliau, mana taw pandangan mata korang yang tepat tuh jatuh ke hati...cewah!!haha


Ok. Dah la... aku dah penat menaip. Ada sedikit ilmu aku sharekan, mana taw bende-bende nie bermakna. 

Cinta hadir kepada orang yang masih mengharapkan ‘’kelahirannya’’,
Hadir kepada mereka yang masih mempercayai walaupun dikhianati,
Lahir kepada mereka yang masih ingin dicintai,
Walaupun sudah acap kali disakiti,
Juga kepada mereka yang berani untuk mengukir kembali cinta yang abadi.....

Aku memang dilahirkan untuk ‘’merapu’’.

Wassalam.

SEmbang Kenchang!


Assalammualaikum....

Hahahahahaha...

Ok. Aku tak taw kenapa aku tetiba nak gelak bile tulis entry yang nie. (hahahaha)

Sebenarnya aku nie, sembang je lebih tapi bila diri sendiri kena time tuh la baru nak ‘’Parkinson’’... aku pandai bagi orang nasihat, tapi bila diri sendiri yang kene tak taw nak praktikan balik apa yang di nasihatkan tadi kat owang. Sebagai contoh ;

Sedang berbicara dengan seorang teman tentang jodoh. Beliau agak risau kerana masih tidak berpunya. Dan menganggap diri beliau tidak laku. Jawapan aku :

‘’kenapa nak risau tentang jodoh tuh?? Allah sudah pun menetapkan jodoh kita, kahwin bila, kerja kita, perjalanan hidup kita sejak dari 4bulan kita di dalam kandungan ibu kita (UAI) . Usah gusar tentang jodoh itu datang bila, sayangi diri kita dulu. Cuba sayangi orang yang ada di sekeliling kita nescaya ada orang yang akan sayang kita balik. Kenapa nak risau diri tak laku?? Allah dah pun menjanjikan setiap daripada kita sudah ditetapkan pasangannya..sudah ditetapkan bila akan ketemunya..usah bimbang pada yang tak perlu. Bersangka baik dengan allah sentiasa walaupun sudah beratus kali hati terluka. Jika muhasabah balik di setiap ujian yang allah beri, semakin kuat kita menghadapi rintangan yang akan datang. Allah pertemukan kita dengan yang sebaliknya sebelum yang lebih baik itu di sisi kita. Insyallah.... ‘’
( dialog telah di edit bagi mencantikkan lagi suasana riang ria)


Lihatlah. Bertapa senang aku menasihati orang sedangkan diri sendiri pun gelabah. Diri sendiri mengira umur yang makin menginjak dewasa tetapi masih belum ketemu empunya cinta. Ahh..dah kenapa?? Lumrah kita sebagai manusia. Hati mudah terbelah dan mudah juga terleka. Kembali lah ke jalan allah, kerana itu adalah puncanya segala nikmat cinta yang abadi.
Hahaha.  Sembang kencang, sedangkan angin bertiup tidak dihalang. Ada faham? Hahaha..


Sekali lagi aku ketawa sendirian. Nampak sangat kesunyian.

Propaganda semata-mata


Assalammualaikum......

~ camat ai ayer ~

Tengah bersantai-santai dengan adik aku sambil menonton senetron jam 2 petang sampai 3 petang, yang even memang bosan giler senetron tuh, disebabkan tak mampu nak ada astro, kami sekeluarga terpaksa mengadap bende tuh jugak. Bukan aku nak cakap yang astro tuh hanya mampu di miliki oleh orang kayak-kayak. Aku tak nak citer pasal astro tuh pun. Yang aku nak citer ialah :

Adik : wuoh!! Lawa la ngah heroin die tuh!! Chantek! Tak der jerawat! Licin! Phutih!!
Aku : ...............( mengunyah cekodok hangus, sambil memerhati heroin tersebut )
Adik : lawa kan!! Aku nak jadi macam die!! Lawa betul!!
Aku :..........................

Apakah? Kenapa dan mengapa aku diam??
Actually sedang memerhati heroin tersebut memainkan watak, aku terpandang orang yang lalu lalang di belakang heroin tersebut. Aku kira, 1,2,3,4..dah nak masuk 10 orang aku berhenti kira. Kenapa???

Betul cakap matluthfi. ‘’ kalaw hangpa amik 10 kawan hangpa, 12 dari mereka tak chantek! Kalaw kire sekali ngan hangpa da jadi 13 la ‘’.

Kita disogok kan dengan iklan-iklan, drama-drama, movie-movie yang rata-ratanya mengambil model dan pelakon  yang dari azali memang hot gilak, putih gebu-geba, tak da jerawat. Dah kenapa?  Sebagai contoh. Iklan nano white ( tak silap aku yang model nya daniele uh ).  Tujuan produk itu dipasarkan ialah untuk memutihkan kulit..dan dah kenapa pula memilih Daniel yang jadi model yang rata-rata kita tahu beliau memang putih gebu-geba?? Faham tak apa yang aku nak try cakap? Kita yang tak lawa nie..bukan kita la. Aku yang tak lawa nie, kulit kusam, gelap, jerawat akan rasa terpanggil nak beli bende alah tuh sebab tersogok dengan iklan yang meyakinkan ‘’anda akan putih gebu-geba dalam masa beberapa minggu sahaja’’. Kerana dek terlalu yakin muka kita akan jadi seputih SNOW WHITE kita berhabis duit untuk jadi seputih Daniel yang memang lahir-lahir chantek. Faham? Kenapa iklan tuh tak amik model yang itam legam?? ...haaaaa...

Sebenarnya tidak ramai yang cantek kat dunia nie. Dan disebabkan itu jugalah kerana iklan-iklan, drama, movie yang  begitu acik ‘’mengeluarkan’’ model dan pelakon yang lawa-lawa sehingga kan ada yang dikalangan kita mula jadi rendah diri..kerana apa?? Kerana mereka rasa penduduk di muka bumi nie semuanya lawa belaka dan mereka adalah ‘beast’ nya.

Memang kecantikan itu adalah satu bonus. Tidak dinafikan. Tapi kecantikan yang betul ada dalam diri kita sendiri. Muka cantek, hati bangkai..jadah? muka cantek hati baek!! Oh awesome!  muka kurang cantek hati manyak baik...ok!!walaupun memang la orang tak akan ingat muka kaw yang buat kebaikan tersebut sebab tak hot. Tapi who cares !!?? as long allah bagi kaw pahala, as long jugak muka kaw tak cacat, bersyukur la apa adanya.

Sebenarnya apa yang aku tulis nie tersasar dari apa yang aku nak sampaikan. Haha. Dulik la.

Wednesday, August 29, 2012

apakah??

assalammualaikum....

belum terlambat untuk haku hucapkan helamat hari hayer kepada 13 follower (yang 2 daripadanya adalah diri sendiri) and kepada sesiapa yang terjengah entry haku kali ini..

first of all...thank to allah because once again aku dibenarkan menaip selepas beberapa bulan berdiam diri....second off all sekali lagi aku thank to allah because always meredhai haku even cemetime aku nie sering kali tersasar landasan yang di tunjukkan seringkali alpa untuk mengejar suruhan dan acapkali mengingkar laranganNYA. ucap syukur aku tidak boleh hendakku taipkan menjadi kata tidak dapat kugambarkan menjadi lukisan dan mana mungkin dapat ku ukirkan menjadi arca ukiran yang sempurna.

sekali lagi, TERIMA KASIH DAN AKU BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT DAN UJIAN YANG DIHADIAHKAN KEPADA KU. ( maaf tercaps lock, aku malas nak betulkan balik )

enggan ku becerita pasal pointer exam, cukup sekadar alhamdulillah untuk segalanya, enggan jugak aku bercerita bagaimana amalan ku time puasa, cukup sudah untuk aku melafazkan 'moga amalan aku mendapat keredhaannya walaupun sekelumit kuman', malahan aku juga enggan untuk berbicarakan apakah bahagia apabila lebaran menjelang tiba?? cukup! cukup aku melihat mereka ketawa...itu yang terindah.

dah kenapa aku begini?? ahhh...

ok. sekarang aku nak citer pasal nieh.

1. hari tuh lepaking jap sementara tunggu ibu aku tahap mencabar keimanan. terdengar perbualan seseowng dengan seseowng lagi satu.

a: cian pak cik uh. panas terik nyapu sampah. puasa lak tuh.
b : alaa sapu je pun.. aku pun boleh buat..( ketawa kambing sampai aku gasa macam nak keluarkan jurus cakar harimau silat gayong aku jep)

WHAT DA FAD LA WE!!!! aku tak paham apahal ader certain owang yang berlagak nak mampos pikir kaw keje pejabat cukup bagus? sedar sikit nikmat kaw saper bagi...respect orang lain punyer keje lawe..rezeki allah bagi asal halal itu dah mulia tugasnya. dah kenapa kaw persoalkan si penyapu keje senang si tukang cuci keje kacang??  hormat kerja owang lain even dia hanya pengopek bawang..

actually yang aku nak sampaikan ialah :

jangan berlagak time hari kaw nikmat banyak.
allah tuh maha berkuasa, silap-silap.........nanti haaaa.......

ok. penat naip. nak tido.

p/s : hidup nie umpama roda kadang-kadang kita kat atas tidak semestinya kat atas. =)

Tuesday, May 29, 2012

si gangsa angsa

assalammualaikum....

tadi bermesej dengan adik aku nur fatihah a.k.a fatin.

gadis ini mula risau tentang duit yuran biler dia naik cuti sem nanti. dia mula risau

'' mana aku nak dapat duit nie??"
ya. aku paham. adik aku adalah seorang yang sangat bajet sedang memikul tanggungjawab yang besar sedangkan bende tuh tidak seberapa. si gadis ini meminta kebenaran pada si bonda untuk bekerja sempena dengan cuti sem ni. malangnya si bonda tidak membenarkan sama sekali. sekali lagi aku nak mention kan.

'' adik aku si ikan emas keluarga''
ya. aku tiada hal dengan pangkat nya si ikan emas keluarga walaupun aku terasa seperti si gangsa angsa. aku juga tidak terkilan kiranya seberangkatan aku pulang setelah sekian lama tiada apa untuk aku bila sampai nya aku di halaman rumah sedangkan si ikan emas ada. dulik apa aku. janji aku dapat tatap wajah bonda tersayang. walaupun kadang kala si ikan emas di lebihkan. 

ya. dan sekali lagi. aku sangat sayang si ikan emas dan bonda tercinta. dan ya aku pun berkata pada si ikan emas:

'' duit ptptn aku dapat bulan cuti nie, nanti aku bagi kaw, tidak perlu risau pasal duit. biar aku pikir''
ya. aku memang selalu begitu. ada duit aku tidak melokek-lokek. ada duit aku hulur kepada siapa yang meminta (dalam family). setiap kemahuan yang mereka pinta kepada ku, akan aku cuba tunaikan sebaik mungkin. dulu, time kerja, ada gaji aku sure akan cakap dengan si ikan emas bersama bonda tercinta :

'' ada apa-apa nak beli tak? ada apa-apa barang keperluan dekat rumah yang perlu di top up tak bu? kaw nak makan apa? baju-baju kaw ok? ibu cukup tak duit adik beri? duit minyak ada?..and bla? bla? bla?" 
ya. aku bukan hendak tunjuk aku baik. tidak sama sekali. aku nak highlight kan dekat sini. aku tidak kisah walaupun aku si gangsa angsa, mereka-mereka keluarga aku, nyawa aku. terjadi dekat mereka, mati aku. mati kerana nyawa aku pada mereka, mati juga kerana nafas aku adalah mereka. 

ya. aku tidak kisah, dalam setahun aku pakai baju yang sama, kasut yang sama, beg yang sama. asalkan  si ikan emas dapat yang terbaek. aku juga tidak kisah, jika bonda mengharapkan aku apabila ada kesulitan kewangan, walaupun ketika itu diri sendiri kesusahan. dulik apa aku. janji bonda kau dapat apa yang dia nak. 

ya. kadang-kadang si gangsa angsa terasa. mengapa tiap kali si gangsa angsa terpinggir. dulik apa aku. janji itu si ikan emas aku dan itu bonda aku. 

ya. dan sekarang aku sedang menangis kerinduan. merindui mereka yang jauh di mata. Tetapi dekat di hati, hampir dengan nyawaku.

( aku memang tak suka tulis benda cenggini)

Bila aku melihat mereka dan ayah meraka berpeluk : =(
bila aku lihat mereka gembira ketawa bersama keluarga : =(

~ aku malas nak taip lagi, asyik nagis jer, kejadah ~

Sunday, May 27, 2012

~ mula merindui ~

assalammualaikum~~

Sudah agak lama dia menghilang dan aku mula rasa kesunyian
Tiada siapa yang aku nak gila-gilakan
Tiada siapa juga yang dapat aku layang kan keranahku
sudah agak lama menyepi
aku mula merindui
gelaknya
senyumnya
walaupun dari jauh
sudah cukup bagiku

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata


Ini cara aku meluahkannya





Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

ya. mungkin cinta sudah mula beputik.



Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


Tetapi biarlah aku berdiam
benarkan juga aku terus mecintai,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.

~ yang kachak akan jatuh hati dengan yang chantek ~

- aku tak chantek, tapi akhlak aku baik. insyallah. aku tak harap yang kachak belaka, sebab aku tak chantek. jadi aku harap yang sederhana. dan istimewa di sisiNYA ya tuhanku -





Saturday, May 26, 2012

soalan jadah

assalammualaikum~~

disebabkan desakan nafsu yang tekinja-kinja dari member akuh yang nak sangat aku jawab menatang soalan tuh licioous kononye.. aku pun jawabla...

~ entah haper la ~


Do you still talk to your FIRST love?
#  haaa??..first love? Apa tuh?
What was your FIRST alcoholic drink?
#errr......what the kaw la!!!
What was your FIRST job?
# penjual kuih bersama mumy ucuk!
What was your FIRST car?
# ~ lessen pun tak da. Kejadah kaw la tanyer aku bende2 sensitif cenggini, siol! ~
Who was the FIRST person to text you today?
# 22559 : rm2 dan rm.0.50 telah dicaj ke akuan anda %$#/!*%
Who is the FIRST person you thought of this morning?
# my mumy ucuk!! Miss her gilak!!
Who was your FIRST grade teacher?
# menatang bende uh?
Where did you go on your FIRST ride on an airplane?
# insyaAllah umrah with my mumy ucuk dengan adik bacin!!
Who was your FIRST best friend & do you still talk?
# ‘’ do you still talk??” kejadah? Ari2 kat sebelah ambo.
Where was your FIRST sleep over?
 # ........next...........
Who was the FIRST person you talked to today?
#  fana ~lalalala~
What was the FIRST thing you did this morning?
# loncat katil. Bersugi. Bersolat subuh. Take a nap ~~
What was the FIRST concert you ever went to?
# ....aku selalu lepak kedai buku cari komik...concert tuh ape?~~
FIRST broken bone?
# ~ kenapa selalu tanye soalan yang alam bawah sedar punyer?? Siol ~
FIRST foreign country you've gone to?
#  penjual kuih. Tiada masa nak pergi fore fore nieh. Tak mampu.
FIRST movie you remember seeing?
# autumn in my heart. nie drama. dulik aper aku.
When was your FIRST detention?
# .....’’ WHAT THE KAW LA!...’’
Who was your FIRST roommate?
 # fana. Berapa kali nak mention nama die??

ok. dah jawab. ~lalalalal~