Monday, December 15, 2014

Bersyukur

assalammualaikum....

lately....

gua semakin kerap, bertambah kerap, se kerap kerap dan bekerap-kerapan dan as always
 ''bersyukur tehadap pemberian Allah sehingga laa nie''
its some kind like, ermm, di sebalik guruh, akan ada hujan yang menyusul, dan di sebalik hujan, pasti akan timbul pelanginya (depend pada kawasan), atau pasti akan timbul cahaya mentari semula.

adakah anda perasan, before good situations happen, there are a pile of bad situation yang kadang-kadang buat kau bermadah di dalam hati :

''oh! Allah.. why me? kenapa di dalam berjuta orang, aku juga yang kau timpa ujian''
or 
''  oh!! apakah dosaku ya Allah!! adakah kerna aku jahat? adakah kerna dosa silamku... adakah kerna aku tidak cukup baik??!!''
dan ada beberapa dialog lagi.

it's nothing wrong bermadah begitu, berhiba, or merayu, mengadu dan so on. it is good actually. because we revised back.. ''aku buat salah, aku layak menerima ujian begini''

yang tak good nya.... when you start ''blaming'' Allah..

sebagai contoh..

''aku buat baik Ya Allah..jauhi perkara mungkar...tetapi kenapa sebegini berat kau beri ujian pada ku.. aku tidak mampu...aku derita...aku dan aku..aku...aku dan aku lagi...kenapa aku ya Allah''

bagi gua la... bagi gua yang tak cukup ilmu di dada... Mungkin kadang-kadang kita tak perasan. sekali dua kali, boleh la kot gua rasa. tapi agak-agak lah kau, kalau everytime kene uji kau dah melenting tak tentu arah. belum apa-apa lagi, kau dah ''menunding'' kat Allah.

gua ada story, pasal gua punya cerita.

pensyarah gua ada bagi tugasan kumpulan, buat proposal. gua fokus dekat kerja nie, mahu 3 bulan woo... dan at the end kene reject, sebab our title too ambiguous. hampa gua, kecewe... dengan ada isu-isu dalam lagi....

yup, honestly at first... gua bilang sama Allah..''dosa apa aku dah buat??salah apa aku??''.. see how jerk i am. then gua muhasabah ke munasabah balik apa yang berlaku.

duh!! ada hikmah benda nie berlaku. ada sebab musabab nya...kenapa begini takdirnya. so gua decide. gua restructure balik, rewrite balik, reconstruct dan segala re la, dari awal title sampi ke akhir. 2 hari gua pulun baca journal, baca itu ini, dan kukuhkan proposal gua.

dan guess what.
 at second session pembentangan

pensyarah gua bilang :  ''well done!! its good work!! keep it up!!''


satu je gua nak pesan.

percayalah, Allah rancang sebaik-baik untuk hambaNya.


Thursday, December 4, 2014

the first post for this year. i guess.

its been so long...long..long
that i haven't write a post....

(ikut rentak lagu akon '' i wanna make love na..na..na..nakharom'')

ok. tak lawak.


Assalammualaikum...

so here i am. found a little extra ciput time to write the useless post.

guess what. gua dah sem 6. tak lama lagi dah nak praktikal, sedikit masa lagi thesis, konvo, dan berharap masa konvo ada orang huluq cincin disebalik teddy bear yang diselaputi bunga, dan berkahwin, dan beranak pinak, dan..... this is useless sentences.

hectic year actually. hectic tak hectic la.. acah acah hectic gitew...

tak tahu nak story apa.

plan nak sambung master lepas habis study. tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan. sebab dengar kata kalau dah kahwen nak fokus study susah. dengar kata la....

ermm.... no, i'm still single if you wanna ask. (bazeettt)

currently, sedang pulun untuk buat proposal physiology, tentang Alzheimer patient. dan hazab  dia hanya Allah yang mengetahui. potensi kene maki time pembentangan 98.8% dan kene kritik percent yang selebihnya.

duh!! who cares!! 

cheeettttt!! gila kaw tak care, mahu tak habis la lu belajar kalau gitu punya sikap.

Bila kauu rasa, kerja kaw mula bertimbun banyak,
tak tahu mana satu nak gerak dulu,
dengan test lagi,
pembentangan.
dan etc

jangan cakap..

'' ah aku tak tahu nak buat mana satu. kerja banyak sangat, tak tahu mana nak gerak dulu''

 then tetiba, kau dengan gumbira hati buka kshow.online tengok running man. sila hempuk kepala hang sendiri dekat dinding.


macam mana tak menimbun, kerja menagguh je kerja kau, macam mana tak janam result (sindir diri) kalau kerja asyik nak usha luthfi bila nak balik Malaysia..

eh.

moralnya.
start with one point, then you can complete the whole.. 



Sunday, March 9, 2014

i'm not the choosen one

assalammualaikum~~

its already 12.45 (semasa sedang menulis entry kali ini),

aku tak boleh tidur, banyak kerja kena buat. terlampau banyak. tapi aku tak merungut ok. moga Allah tabahkan aku untuk mengharungi sem ni.

aku harap aku kuat,
aku harap aku tabah,
dan mampu,
untuk harungi satu persatu,
ujian yang makin banyak liku,

aku bukan sebaik mereka,
yang datang dari keluarga berada,
yang lahir dari asal punya semua,
yang punya baju berganti segala,
punya ketawa di bibir sentiasa.

ya, i may use the same clothes every new semester,
same tudung,
same shoes,
same beg,

i keep all the thing as same as possible.
because that all i have.

yeah cry me a river (haha)

they can judge me,
keep judge me,
aku doa moga mereka tidak tempuh seperti yang aku rasa,

impian aku hanya satu,
biar ibu rasa bahagia,
biar ibu tahu aku anak yang berguna,
biar beban ibu aku yang tanggung semua,
biar ibu~~

ya
biar ibu
senyum semula,

itu sahaja.

terima kasih.


nukilan
aku yang kau sakiti~~




Friday, February 21, 2014

Sembang 2

Dulu gua bengap kurang cerdik dalam bab agama. gua dulu selalu tukar sekolah sebab abah gua jenis suka travel. petuuiihhh!! actually abah gua polis, so memang lumrah polis suka merantau. pernah sekali gua masuk sekolah agama secara seludup  (masa sekolah rendah dalam darjah 2 gitu) gua panjat pagar belakang, gua follow ada budak yang sama tinggi dengan gua masuk kelas sama dengan dia. (konteks gua dulu, orang yang sama tinggi dengan gua kire gua sebaya dengan dia, kire macam boleh kamching la gitu). pernah jugak gua salah masuk kelas budak darjah 6, tapi apa gua dulik, ilmu harus di cari. 

ok lari cerita.

di sebabkan gua ilmu tak berapa banyak. konteks ''HARAM'' gua tak menyuluruh time tuh. 


Nak di pendekkan cerita, (gua tak suka sembang merapu-rapu) gua di takdirkan duduk sebelah azim, hensem, pakai songkok, seluar atas pingang. Die senyum, gua senyum. Gua hulur tangan, ‘’nama itew atiqah, selamat berkenalan’’. Gua senyum secun habis. Azim terkejut. Terkejut sebab aku cantik la tu~~ hihi . hati gua berbunga riang. Azim mengundur kebelakang, gua semakin kehadapan dengan tangan masih mahu minta di salam. Azim semakin mengundur dengan muka cuak. Muka gua dah sememeh, mana boleh tahan doh kene reject. ‘’kenapa tak nak salam dengan itew!!’’ gua nangis sambil hentak kaki. ‘’HAARAAAMMM!!’’ dan azim terus amik beg duduk tempat lain.

Kecik-kecik gua dah kena reject. Macam mana gua nak percaya dengan cinta.

Gua bertambah melalak, dan dukacita, sampai cikgu datang pujuk gua bawak ceklat. Gua tak nak, gua terus menangis dan menjerit  kearah azim  ‘’ kitew bukan babi la!! Mana haram!!’’. Gua terus menangis. Dan menangis, daannn~~


kurang cerdik Bengap juga gua dulu.


p/s: aimi, fana hang pa dua ja tahu rahsia nie, jangan beritahu orang lain naaa~~

Sunday, February 16, 2014

sembang 1



‘’tiqah macam kajol bila pakai baju macam tuh’’  hafizan meluahkan dengan jujur. Lagu kuch kuch ho ta hey mula berkumandang dalam imiginasi gua sendiri. 

Time nie gua masih belum kenal apa itu nafsu serakah, atau nafsu cinta atau nafsu antara berlainan jantina. Time nie pun gua belum tahu erti di sebalik senyuman budak lelaki kelas gua boy namanya, sengeh-sengeh sakan dengan gua sebab dia tangkap cintan dengan gua. Kalau gua tahu gua dengan boy boleh jadi famous couple dekat sekolah rendah sinaran budi rawang. Ah, sembang betul gua. Berbalik pada cerita asal.

Hafizan.

Dia sepupu gua. Gua tangkap cintan dengan dia lama dulu, dari gua start main kawen-kawen sambil pegang tangan. Masa tuh gua dah boleh kesat hingus sendiri guna koler baju jadi gua layak untuk bercinta. Sepupu gua yang lain juga mengatakan bahawa kami berdua kelihatan secocok bersama. Jadi (gua baru darjah satu ke dua, gua lupa) gua amik keputusan drastik, dia lah cinta mati gua.


Itu dulu punya cerita. Sekarang gua dah 24 tahun. Hafizan 27 tahun. Dulu punya cerita perasaan gua tetap sama. Sebab gua jenis setia. (meremang bulu roma gua). Hafizan pun dah bertunang tak lama lagi sudah mahu berkahwen pun. Mungkin bila dia dah bersanding atas pelamin dan lagu pelamin anganku musnah oleh azie dimainkan oleh dj kahwen baru gua akan berhenti mencintai agaknya. (petuiihhh!!)

Habis cerita.