Monday, May 7, 2012

aku bukan wanita-wanita itu

jangan sama kan aku dengan wanita-wanita yang pernah mengelingimu,
jangan juga kamu sama kan aku, dengan wanita-wanita yang berharapkan balasan dari cintamu.
pantang sekali juga jikalau kamu sama kan aku dengan wanita-wanita yang teruja apabila melihat mu,
kerana..
aku bukan wanita itu
aku adalah wanita, yang tidak ingin mengelingimu walau sesaat, 
tetapi aku adalah wanita yang berniat mendampingi sepanjang hayat,
aku juga bukan wanita yang berharap cinta nya dibalas,
tetapi aku hanya wanita yang mengharapkan cinta itu di perkenankan oleh Allah 
agar ia menjadi halal untuk dicintai,
dan aku adalah wanita yang pantang sekali menaikkan pandangan apabila bertemu denganmu,
kerana aku adalah wanita
yang menjatuhkan pandangan ku , agar tidak dibawa dek arus nafsu..

lelaki itu, 
jika kamu adalah tulang rusukku,
wanita ini berharap agar di suatu hari nanti,
kamu halal buat ku,
tetapi
wanita ini,
jika dia bukan pemilik tulang rusukmu,
redhala dengan ketentuan ilahi,
kerana jangan dikhuatiri
tulang itu sedang mencari mu,
dan insyallah,
~dia pasti yang halal buat mu~

- wanita-wanita berkhusnuzon dengn allah selalu, nescaya allah akan bagi yang terbaek untuk kita, insyallah -

p/s ; jangan tanya mengapa aku jiwang-jiwang bagai. mungkin kerana dan entah keberapa kalinya kepala aku terhentak di dinding jamban. = ='' ..

No comments: