Sunday, November 24, 2013

kita single..mehehe

Pagi tadi satu mesej pesanan ringkas masuk ke dalam inbox telefon bimbitku. aku melihat jam. ''ah baru lima lebih (pagi), ni yang aku pantang ni''. hati aku mendengus kasar. segera aku buka mesej tersebut, dan ia berbunyi 

''bersendirian pada hujung minggu adalah SALAH! jom berborak dengan geng-geng mycinta.....  hantar ke 23299 dengan segera. *&%^&** (dan ayat seterusnya aku sambung sendiri)''

Tahik kau salah.

ye, jujur aku cakap. umur aku sudah menginjak 23 tahun. Berbaki sebulan lebih aku bakal berumur 24 tahun jika di izinkan Allah S.W.T. Pada umur-umur begini, mereka bilang sudah punya pacaran, sudah punya insan di hati dan sudah punya itu rancangan ke gerbang perkahwinan malahan sudah punya perancangan untuk menambah anak yang kelima. (eh?). 

Bohong la aku cakap kalau aku tak rasa apa-apa sepanjang hidup sebagai ''single but not available'' sangat ni. kepingin jugak aku merasa di sayangi...(puuuiiihhh!!). tapi aku cepat-cepat khuznuzon. benda ni semua DIA yang atur. siapa aku nak persoalkan aku punya laki mana? tak boleh sabar? (mehehehe).

ini ada tips-tips bagi mereka yang masih lagi single but not available sangat (not available sebab aku still mak ayah aku punya hak. nak aku datang rumah. nanti aku buatkan karipap special sambil kita berbincang bila tarikh untuk bernikah. eh?) 

1. Mind set kepala hotak, ''allah simpan untuk aku, sehingga masanya akan di ketemukan di jalan yang di redhai''. bila kita dah mind set, automatically kau dah macam terima, atau reda, kira macam ''allah aturkan semua ni ada hikmah. so chill la kan. jangan gelabah sangat''. muahahaha.

2. Banyakan terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar. ( bukan aktiviti So SIAL ya adik-adik akak). Macam pergi ceramah motivasi, ceramah agama, joint camping, pergi library cari buku yang super duper peliks ke. you know, like find the interesting activity yang kau nak buat. yang macam ''why not kalau aku cuba??!!''. sedikit sebanyak ia akan hilangkan fokus anda di dalam pencarian '' siapakah pemilik tulang rusuk anda! hantar ke 2939 dengan segera. '' (jadah aku ni)

3. Pergi keluar la lepak ke chill-chill dengan kawan-kawan, buat aktiviti bersama. best woo aku cakap, lagi-lagi dapat kepala yang sama. semua benda jalan. 

4. cuba buat list to do ke, list to not do ka, atau tak buat list langsung pun boleh, benda-benda yang kau tak pernah buat, nak buat tapi tiada encourage nak buat. faham? sebagai contoh. Aminah berniat mahu membeli buku harry potter limited addition punya. tapi tiada duit. mana nak dapat duit? pikir la woi! macam mana nak dapat. tak kan benda macam tuh nak suruh aku listkan. try buat, capaikan impian kau. you will be proud as a single person do something yang ''doh! nie usaha aku sendiri doh!'' siapa cakap mereka yang single nie tak berkemampuan. (eh?)

5. perbaiki diri. cermin diri. bukan cermin diri untuk letak blusher, mascara bagai tuh. cermin diri, lihat kekurangan diri. try improve your self a little bit honey. istiqamah dalam sesuatu perkara, walaupun kecil tetapi berterusan allah bagi ganjaran. Niat berubah pun allah dah bagi pahala ini kan pula kita berubah betul-betul punya.

6. bersangka baik dengan allah sentiasa. jangan nak pikir ''allah tak sayang aku ke hapa''. jadah kau cakap allah tak sayang kau. kalau allah tak sayang kau, entah ke mana la kau sekarang. thinks positive awak yang comel. awak boleh. bukan tak boleh. (cakap pada diri sendiri juga)

ok. habis. itew nak pergi sidai baju, basuh bilik air...ermmm lagi itew nak tengok movie... 



ok bubye sayang-sayang itew semua..


satu  je aku cakap '' every each person allah dah tetapkan kita dengan siapa, tak di dunia, syurga sudah menanti nya dia. just be proud of your self, at least allah masih jaga kau dari godaan dunia. keep in mind.. ALLAH gila sayang kat kau''

k. bye,


salam.




Sunday, November 17, 2013

stigma

Assalammualaikum

first of all

Aku baru habis selesai 3 midterm dalam satu minggu juga. Behavior, research method, dan statistic 2.

yang keduanya,

Its almost 2 years studying i felt like...  everyday become hard, more hard, seriously hard, damn hard, wohooo its actually really awesome hard! (mehehe, overwhelming pula itew) until you got headache most of the time. Psychology seriously are really interesting (like seriously!) course ever yang aku minat gila.

kau dah mula start tahu mana datang benda ''itu'' benda ''ini'' dan bila start belajar dapat maklumat baru, kau akan.. ''wuooo....tak tahu pula macam ni rupanya!!''

Jujur aku cakap dari hati sanubari, aku tak berapa gemar orang ramai memanggil orang yang kurang sihat mental nya orang gila. Yeah memang aku tak suka. Pertama sebab, bagi aku semakin lama seorang itu di sogok di sogok ''kau gila,! woi orang gila woi!! eh die tuh memang gila''  , semakin orang yang kurang sihat mentalnya itu bertambah gila. Gila sebab mereka di panggil gila. Ada faham?

ok. macam contoh, halimah badan die chubby sikit, sikit je. orang sekeliling dah mula cakap. ''halimah, badan kau dah berisi la!'' ''halimah, ommo, ang macam dah gemuk sikit naaa''.. 

Andai kata halimah ni seorang yang sensetif (introvert punya budak), halimah mula down, fikir itu ini, ''ah aku dah gemuk, tak cantek. '' Halima punya mind set ''gemuk, tak cantek'', dan akhirnya halimah memulakan tindakan drastik, amik pil kurus bagai, diet tak tentu hala... dan...

Sebenarnya kita sebagai masyarakat, merupakan salah satu penyumbang kepada kenaikannya peratus  pesakit mental di Malaysia. Suka sangat judge, provoke, melabel, dan meletakan taraf yang entah hapa-hapa kepada golongan begini.

yeah, it us,

Cuba try search penyakit schizophrenia. Baca, hadam, hayati dan rasa... (Eh?) . kau baru tahu depa yang berpanyakit begini terseksa nya bagaimana. Bukan mereka hendak begini jadinya. Halusinasi, delusion kau ingat depa saja - saja meraung, gelak tak tentu hala.  





Cuba dengar ini, baru kau tahu hidup siapa yang lebih kasihan sebenarnya. Aku tak galakkan sesiapa yang berjiwa lemah dengar ini audi punya video. Nanti aku takut pula lain jadinya, ==''


Kita boleh overcome, boleh tolong ini semua orang yang kurang sihat mentalnya. Sokongan, Perhatian, STOP LABELING, STOP JUDGING, STOP DISCRIMINATION, dan Stop la apa -apa yang perlu di stop. Banyak kan pergi kempen mental health (cakap begini sebab baru pergi hari itu). Wujud kan kesedaran dalam diri anda, Anda mampu mengubahnya. (Mehehe)

Banyak kan baca, baru kau tahu rasanya macam mana.

Tolong mereka, baru mereka tahu mereka bukan keseorangan dalam semua benda.

kita ada, kau ada, kita semua ada.




sekian.