Thursday, May 3, 2012

Cerita Dulu

Asslammualaikum

''aku dah tukar layout baru, dan aku rasa semak. seriuosly''

itu hari ada member aku cakap :
'dulu masa kat kolej, aku tengok kau pasif je tiqah. Nampak macam pemalu.'
ayat nie, macam some kind of :

'KATAK BUWAH TUMPULUNG KILAPAK'

Honestly dulu dekat kolej, habis kelas, beli lauk, makan kat hostel, dah settle semua, masuk bilik, selubung dalam selimut, tengok cerita. Ada kerja group, panggil, buat kije, dah settle, masuk bilik, selubung dalam selimut, felling seorang diri. Aku tidak cumbung! dan imposible aku mahu menyombongkan diri, macam pepatah melayu (reka sendiri) : 
''Muka tara chantek, tak pa jugak, janji hati kasi baik. Ada tapi, Kalau muka tara chantek, hati kasi macam itu bangkai busuk gilak, ITS EXTRA UGLY!!''
Seperti kata olang-olang dari zaman dahulu kala ''don't ever you judge a book by its cover'' . Selepas masuk UPSI, beliau-beliau mula kenal aku dengan lebih rapat. Beliau-beliau juga agak terkesima sebab tidak menyangka bahawa aku sebigini ''GILA''. Actually macam peramah, macam :

''EH. ATIQAH NIE NICE BETUL!!''
Jangan cakap apa-apa. Ya. Aku mengaku aku adalah seorang yang suka memerasankan diri. Apa yang aku cuba nak amik main point dekat sini ialah :

'' Tidak semestinya seorang itu, apabila dia tidak membalas senyuman kita, dia sombong. Kerana mungkin sebaliknya, dia tidak nampak sebab rabun. Tidak semestinya juga, apabila seseorang itu pendiam, dia menyombong, tetapi mungkin sebaliknya, dia adalah seorang pemalu dan tidak tahu memulakan bual bicara. Dan tidak semestinya muka tak lawa tuh jahat...'' Dei!!..aku baik ok!!''



No comments: