Wednesday, March 20, 2013

- wedding -












Hope when this day come... everything will be okay.
Aminnn~~









 ::::: Inai night :::

Monday, March 11, 2013

- ACIK CLEANER -

assalammualaikum~~

Gua malas nak intro lebih, mari masuk panggung terus.

Cuaca pagi itu suam-suam kuku. panas idok, sejuk pun idok... bagi aku cool ja... sedang menaiki tangga menuju ke rumah, gua tercari-cari acik cleaner india perempuan. selalunya dia dah sampai bawah bila pagi macam ni. oh! baru gua teringat. gua habis kelas jam 9, kelas abnormal batal. terlalu awal acik cleaner untuk sampai bawah dengan sampah. sampainya gua dekat tingkat dua, gua terserempak dengan acik tuh. macam biasa gua tegur.. 'auntie'... and then dia pun balas..'' yaa...' sambil senyum manis. gua berlalu pergi, sebab acik  tengah kusyuk memunggah sampah. baru gua nak bergerak pergi... ''nauzubillah..!!'' ucuk (puihh!! gedik!!) busuk ya amat baunya!! mungkin sampah dari hari jumaat, sebab tuh baunya macam haiwan yang telah reput. (gua tak patut lah nak cakap baunya macam haram, bangkai. kan kasar bunyinya tuh! ). suddenly gua macam pekh!! gua salute sama itu acik cleaner. dari atas gua tengok acik mengutip sampah di dalam tong sampah tanpa sedikit cuak, mual di mukanya. kalau gua yang angkut, kat situ jugak gua sembur isi perut. gua salute sama acik sebab boleh angkat berplastik beg sampah dari tingkat lima hingga ke bawah tanpa di bantu. sebab selalunya gua balik kelas, bertimbun dah sampah kat tingkat bawah. yang gua kesal, certain budak-budak ni, tak tahu nak letak sampah di dalam tongnya. puihh!! la, takkan acik tuh nak kena tampal kat setiap tingkat ''bagaimana cara membuang sampah dengan betul''.. gua marah, tapi acik buat keje dengan senyuman ja. tak da langsung mimik marah kat riak muka acik. 

honestly, gua kesal dengan diri gua. yang tidak sedar dek untung. gua merungut sana, merungut sini bila di timpa hal yang di cari sendiri. keep complaining and complaining. acik boleh buat keja dia seharian dengan baik, apahal gua tak boleh. gua just belajar, buat asigment  apahal gua nak merungut bagai? di banding dengan acik hari-hari angkat sampah. jangan cakap ''woi, nie asigment, aku belajar. guna otak.'' puihh la!! ingat acik angkat sampah tak guna otak? testla angkat sampah dari tingkat lima sampai bawah dengan efisyen.. ada bran?? (sound diri sendiri)

moral. kita patut bersyukur apa yang telah allah tentukan untuk kita. apa yang Maha Esa tentukan, ada hikmahnya, ada di sebalik tabir pembikinannya... ada sesuatu yang tersirat di sebalik ujiannya. muhasabah diri. start from today, atiqah, awak yang chantekkk lagi molek ringan kan mulut mengucap syukur even itu adalah ujian yang berat. fighting!! 


Salam....

Saturday, March 9, 2013

- ta taw -



Jangan panggil aku bijak,
'bijak' aku memerlukan usaha
bersengkang mata,
jangan panggil aku pandai,
aku kurang enak orang panggil aku pandai,
sedangkan dia lebih yang di jangka,
aku tak bilang aku bodoh,
tapi kepandaian aku belajar dari kebodohan,
jangan kritik aku pandai segala,
cukup menyampah,
bila cuba utarakan isi fikiran,
yang dipandangnya sinis,
tapi hati siapa tahu,
memaki segala,
Aku cukup tidak boleh masuk,
bila orang bilang,
hidup ni bagai perlumbaan,
kenapa berlumba?
sedangkan kita boleh maju bersama?
puiihh la sama sifat persaingan,
jika di susuli rasa iri hati,
peduli sama judge orang,
yang penting hati sendiri,
kalau kau fikir kau betul,
jangan gelabah,
pendapat mereka kau fikir positif,
Biar kita dikritik,
jangan di kemudian hari,
kita jatuh tergolek.

Sunday, March 3, 2013

_ Cintuuuiiiih _

Assalammualaikum





haaa... comel tak ai lukis...

Love till jannah..

oh apa itu love till jannah?

Cinta sampai syurga.

Ai mengimpikan sebuah percintaan yang halal, yang ::


ahhh... kenapa hati ku berdebar debar bila mata bertentangan... astaghfirullah.... ya allah andai itu hanya godaan syaitan jauhkan lah... dan andai itu pandangan dari mu... letakkanlah aku dalam keadaan berserah....

memang clishee kalau aku yang cakap...

ya. aku mengimpikan percintaan yang menjatuhkan pandangan bila bertemu,
yang tersenyum dari kejauhan pabila melihat,
ya, yang gembira bila bertamu...

aku mengimpikan percintaan yang aku terhindar dari godaan,
yang bila masa mengetemukan,
pada yang benar menjadi pilihan,
pilihan dari yang pasti, itu tuhan.


sekali lagi ya,
andai yang jauh itu membataskan,
aku harap ia di dekatkan,
di dekatkan dengan cara yang halal,
di satukan dengan rahmat tuhan,
di naugkan di bawah keredhaan.....


clishee -clishee...


tapi sejujurnya inilah percintaan yang aku dambakan... walaupun aku tak delah mhinaaaattt sangat dekat sesiapa....kalau tiada jodoh, biarlah setia ini hanya pada yang halal. walaupun yang halal itu tidak nampak bayang. so what? andai bila aku diketemukan dengan sang pemilik cinta, biarlah aku sudah dalam keadaan bersedia... bersedia untuk mengharungi bahtera kebahagaian bersama... (kalau member aku baca ni. die tuiiihh kan aku!)




ps : apsal aku tetiba rasa macam nak tuihhh!! kan diri aku?

Friday, March 1, 2013

:: Kerapu ::

Assalammualaikum~~

First op all.... aku nak cakap

 '' kau memang poyo gilak! peminat konon! podachi la woi! dulik apa ngan setia kaw! hahaha. anyway kaw punya DSLR memang meletop nyah!! jangan lupa tangkap pic makanan, tempat cantik-cantik atau si khecik kaw tuh haaaa hadoi!! kata setia, tunjuk la buah hati kaw tuh. chet!!''

ok enough untuk memaki beliau.

Mari. Benarkan aku bercerita.





Ini aku. Berumur 23tahun. aku di lahirkan di muar johor. di besarkan di merata tempat, sebab ayah aku polis. selepas beberapa kejadian dan peristiwa, di pendekkan cerita aku sekarang sedang membesarkan diri di Melaka. aku kurang faham kenapa orang sekeliling aku mengatakan muka aku ganas dan mengaitkan dengan Melaka. Muka aku connnn kot!! (selepas di edit, tambah gray colour, kasi tutup bahagian jerawat and blurkan nya supaya tak lah nampak aku tak chantekkkk haaa )

Melaka, mengajar aku menjadi seorang pembuat kuih, penjual kuih dan pencipta kuih merapu. Melaka juga mengajar aku, bahawa setiap kali jatuh, jangan lama-lama, bangun dengan segera. eh? tetiba. Setiap kali akau bake kuih, sure tak jadi. sebab aku maen tabur. pergi dulik la sama dengan 100gm gula, garam secukup rasa, serbu penaik satu  sudu teh, tepung ikut suka! apa depan mata, aku tabur dalam mangkuk, pung pang! siap, makan. selalunya aku makan seorang. sebab ahli keuarga lain kata depa dah kenyang. ceh.

ok. da la.

Salam

* serioussss aku malas nak taip!!