Wednesday, September 30, 2009

enek!!

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”
heheh...aper ntah..:D

ha!ha!ha!

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

Penawar bagi Mereka yang Putus cinta..:(

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Tuesday, September 8, 2009

Perempuan Vs Lelaki!!

cara lelaki dan perempuan ketika putus cinta!!

a. Lelaki tidak berasa simpati pada diri apabila mereka putus cinta.Mereka tidak terbawa-bawa seperti orang perempuan.malahan apabila member2 mereka bertanyer,dengan senang hati mereka akn menjawab "aku dengan dia dah putus dah"..sambil tersenyum..hahaha.
perempuan pula,sebaliknya.pantang orang tanyer tentang hubungan nya denagn kekasih terdahulu.."tolong jangan tanyer pasal malaun tu lagi boleh tak!!"..melenting!!hehe.

b. pada lelaki mempunyai girlfwen adalah satu bonus.tak ada pun tak apa.tapi bagi perempuan ia satu keperluan hidup...errrr...betul ke?

c. sekiranya seorang lelaki itu tiada gurlfwen dia akan memikirkan tentang pelajarannya,hobi atau keluar dengan teman2.tetapi perempuan pula sebaliknya.."bila la aku nak ader boyfren nie"...ia adalh satu masalah bagi perempuan:)

d. bila putus cinta lelaki anggap gadis itu tidak sesuai dengannya...aduyai!!berlainan dengan perempuan.meratap macam kematian lelaki..(hehehe...soee)

e. lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma yang membuatkan mereka takut untuk bercinta.sebaliknya si gadis kerap berasa serik untuk bercinta,malahan ader yang membenci kaum adam ini...

malang nyerr sayer dikalangan gadis2 tersebut!!hehehe.motif sayer tulis kat sini supaya kaum hawa ini sentiasa kuat berbanding lelaki!tunjukkan pader mereka yang kita nie kuat!!jangan jadi cengeng or gembeng...kawal perasaan anda..n think pocitip!!
sekian!

Thursday, September 3, 2009

Doa untuk yang bercinta!!

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

semoge hubungan korang akan berkekalan....:)..amin.

Wednesday, September 2, 2009

ketulusan hati....:)

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Ya Allah ridhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah
Ya Allah ridhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan...

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna:)
first ramdhan, aku kat kampung..memang penat giler la aku cakap.bangun pagi dah kene suruh buat itu ini..hahaha.tapi aku tak merungut la..coz.aku seronok.maser time berbuke...saat tu la paling bezzz aku cakap.macam2 lauk ader...ikan bakar,kuih,mee,soto....udang...banyak giler..tapi aku makn sikit..tak selere...
ramadahan mnggu seterusnya kau kat umah.ibu kau masak bubur lambuk and sup ayam.nyummmmm...sedap2!hahaha.
tapi kat sini aku bukan nak citer pasal tu...bulan yang mulia ini...banyak2 kanlah bersabar...banyakanlah buat amalan.huhuhu.pergi tarawih.jangan melwan cakap ibu-bapa.tak der maknenyer puase korang kalau dalam maser yang same korang melakukan sesuatu yang akan menolak pahala puase itu..
last word....
aku cyunxxx ibu aku!!:)

Untuk 18 tahun ke atas..:)

Persediaan beraya ke rumah si dia..

si dia mengajak kamu beraya kerumahnya!memang ini saat2 yang di tunggu oleh kamu:)..
saat inilah merupakan saat yang sesuai untuk menjadi yang terbaik semasa sesi perkenalan nanti :)

1. Jaga penampilan
: Cari pakaian yang sesuai untuk di pakai pada hari tersebut.Pastikan
kamu kemas dan sedap mata memandang.Takkanlah selaur jeans dan t-shirt
itu pilihan kamu?apa kata atau lebih manis kamu menyarungkan baju kurung
bagi wanita dan baju melayu bagi lelaki.:)
2. Bawa teman
: eLok juga kalau kamu membawa teman bersama.Tidaklah kamu kebosanan di sana.
seorang dua teman sudah memadai.
3. kenali ahli keluarganya.
: Cuba ingati nama setiap ahli aggota keluarganya.Ini menunujukkan kamu
berminat untuk mengenali mereka.
4. Jaga adab sopan
: Pandangan pertama selalunya memainkan peranan yang besar.peliharalah adab
kamu di hadapan mereka.mulakan dengan bersalam, bertanya khabar.
5. bersikap ramah mesra.
: jangan berbual kosong semata-mata.entah apa yang akan kamu melalut nanti
6. sentiasa tersenyum.
: ader orang cakap dengan senyuman hati terus terpikat.selalu-selalulah
tersenyum yeewww...:P
7. bawa buah tangan.
: adab berziarah..buah tangan pasti dihulur!!:)

sure green light jer korang nyer perjalanan nanti..!!heheh:D

Pengalaman...

"nak try bawak tak?"kak miza bertanya.Dengan wajah yang keletihan selepas penat berkerja aku bersungguh sungguh menjawab "nak, nak!!".enjin motor aku hidupkan....dan dengan bangganyerrr aku membawa secara perlahan lahan....dan lama kelamaan aku mulai ghairah.Pedal ku teran sampai habis...ketika itu hujan renyai-renyai.terngiang-ngiang di telinga ku.."perlahan lahan bawak eqa"...namun aku dengan angkuhnya dan egoisnya tidak mempedulikan amran tersebut....lalu di suatu selekoh tajam.....
"KEDEBOM!!"
"ibu"..saat itu aku ingat ibu aku jer...badan aku sakit2.kaku.seprti kene sepak.mate aku berpinar...dan...

"PANDULAH DENGAN CERMAT.INGATLAH ORANG TERSAYANG"

*atiqah mula fobia untuk menunggang motor semenjak hari itu.kejadian tersebut tidak akan di lupakan beliau dalam hidupnya....

"THE END"

cinta!

10 tanda cinta kamu akan musnah!!

_ Si dia sering mengawal pengerakan kamu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti luarnya.

_ Kamu dan si dia sering bertikam lidah walaupun untuk perkara yang temeh.

_ Kamu semakin jemu bersamanya sedangkan dulu dialah pengarang jantung kamu.

_ si dia mula berkira tentang wang yang di belanjakan ke atas diri kamu.

_ kamu dan si dia sudah mula berahsia tentang semua perkara.

_ Kamu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana si dia memantau segala gerak geri kamu.

_ si dia ambil mudah setiap perkara tentang diri kamu.

_ si dia mula menyuruh kamu mengutamakan dirinya, dan mengabaikan tentang orang lain.

_ kamu sudah mula bercadang untuk mencari pengganti.