Thursday, November 19, 2015

tak de ape lah

you know,

when woman start say

''tak de apa la''

''lupakan ja apa i cakap''

''just forget it''

''i ok la''

''ok''

''entah''

''ikut you lah''


Believe me gais.. don't believe a single words from them. like seriously.

Depa bukan menipu, cuma wanita ni jenis suka cakap kias, cakap menggunakan simpulan bahasa, sindiran, puisi, syair, sajak apa lagi ha! apa lagi,  dan ayat yang sewaktu dengan nya. 


Dan malangnya lagi, lelaki tak kan paham, susah nak paham, buat buat tak paham, sebab depa memang ...sejenis makhluk yang can't cope well with body language.

Perempuan lebih banyak guna body language, that's why bila hang pa tengok bae (puih) hang merajuk depa punya muncung nauzubillah, depa punya mata bekerut 360 darjah, dan believe me depa akan try ignore you about half of a days. Itu kira hang lucky la half day ja, kalau seminggu? errmm.

Depa punya cakap dan perlakuan yang terlahir sangat lah berbeda.. sebagai contoh ;

Situasi : laki dia on call dengan perempuan lain atas urusan tertentu. Bila dia dapat tahu yang di on call nya perempuan :

P: lambat reply wassap i?
L: oh. sorry tadi ada orang call i.
P: siapa?
L: kawan.
P: perempuan?
L: yup.
P: dia nak apa?
L: pasal kerja..bla..bla... tak de apa la you. kawan ja. don't you worry babe!
P: ok (mula dari sini gais. dari sini)
L: makan dah?
P: dh
L: tengah buat apa?
P: ntah.
L: you bz ke?
P: x
L: you marah tentang tadi ke?
P: x
L: laaa.. i dah cakap sayang. we both kawan ja.
P: ok
L: you,,, ok. i mintak maaf ok. (not all man will said sorry like this. but if you found one. purpose him)
P: i penat, nak tido, bye


On behalf of semua perempuan di dunia. we're truly sorry sayang. That's why orang selalu cakap perempua ni unik.

in other word pelik. dalam kata lain ngade..

dan dalam kata lain dalam lain punya kata hang gedik woi. gedik.



ok. habis. nak sambung buat thesis.



Wednesday, October 7, 2015

Ikhlas

catatan asal bertarikh : 05. 10. 2015/ monday


Aku bangun subuh jam 6 suku. Bangun – bangun ketuk kepala. Kesal sebab tak bangun solat malam. Padahal dah set alarm.

Sepanjang perjalanan ke tandas (macam jauh), kepala otak aku aktif berfikir. Lately aku jarang buat solat malam. 

Ermm, salah niat ke?

Ambil wudhu, dosa banyak ke?

Ambil telekung, allah, allah marah ke?


Bentang sejadah, berdiri, apa salah aku sampai dah lama sangat Allah tak jagakan aku bangun solat malam.

Solat. Senyap. Yang kedengaran suara aku bisikan .
Tetiba aku sebak. Sebak ya amat.

Cool qah, jangan nangis dulu.

Sampai sujud terakhir...

lama.....


Aku tak ikhlas dalam solat, aku tak letak hati bila beribadah, aku buat untuk cukup syarat.
Orang bilang muslimah sejati bangun malam, solat, mengaji, berzikir selalu, muhasabah selalu.
Aku buat. Lengkap.
Tapi sayang qah, kau buat tapi hati tak de. Hati kau hilang, tak ikut sama. Jiwa kau kosong, entah mana isinya.
Kau buat untuk cukup syarat.
Eh aku dah buat. Leganya.

Aku dah buat, so im good muslimah. Bangga diri pula.

Nauzubillah.

Qah, balik pada asal. Niat asal. Apa tujuan kau beribadah.

Qah pulang pada isi asal. Ada sebab Allah tangguhkan banyak perkara kat kau.

Ikhlas, buat sebab ALLAH. Hati bawa sama bila beribadah. Jiwa isi sekali bila sujud pada yang esa.
Jangan doa saja-saja, tap hati entah mana..


Qah lepas ni muhasabah balik.


Kenapa sekarang kau jarang buat solat malam.




Dari atiqah.



Ammah....

Tengah key in data dalam spss,
Spss macam makanan ruji budak buat thesis,
Macam karbohidrat,
Kalau di ambil banyak boleh jadi penyakit..
Spss pun begitu,
Makin kau cuba hadam, makin kau cuba mamah
Makin otak kau sakit,
Makin jiwa kau kusut,
Dan makin kau lama sujud bila menghadapNYA

Dengan harapan


Sem akhir ni diberkati dan di permudahkan.


Ermm. Amin. 

Niat

Aku pernah niat nak terbit buku.

Buku puisi.
Buku tentang pengalaman aku sepanjang hidup 2 angka ni.
buku yang macam ‘’ eh, kite sama la.. tak sangka’’.
buku yang lebih kepada ciri-ciri bahagia kita kongsi sama, kalau sedih.. pergilah nangis, nak tahan buat apa. Jangan ego.
buku yang bukan bekisar ‘’pasal jodoh ku sebelah rumah’’ sahaja.
buku yang sama sekali tak mahu sentuh sangat pasal ‘’eh, nampak tulang rusuk aku dak??’’

aku nak terbit buku macam mato, macam luthfi, macam tulis saja saja satu malaysia rasa.

Gituu...

Eh tapi niat mati sat.

Thesis bab 4 pun kemana

Ada hati nak terbit buku.

Pffft.





6.10 pm. 4.10.15. Sunday. Jerebu. Perak. Tanjung malim.

Tuesday, April 21, 2015

Hurt


some people being hurt
but they stay
at the same place

some people being hurt
but they stay
at the same heart

some people being hurt
but they stay
at the same damn person

some people who are being hurt many time
are all stupid
blind,
you can call them anything,

they still stay at the same hurt
at the same heart
and at the same damn person

because

if leave

the heart wont beat,
and they can't breath.




Friday, April 17, 2015

sial

Apa itu sial?
Bila kau mula mahu bercerita
Mereka menutup mulut kau dari berbicara
Mereka enggan dengar apa yang kau mahu kata
Sedangkan kau mahu pulihkan semua
Kau susun ayat secantik surga
Supaya tiada siapa yang akan terasa.

ah. sial
Belum di buka mulutnya
Sudah ditampar
Sudah ditomah
Sudah dikritik hebat bagai diadili di makhamah dunia.

Ah. Sial lagi.
Kenapa aku juga yang dituduhnya,
Sedangkan kau tidak mahu dengar apa aku kata.


Sial.