Saturday, March 31, 2012

war of the 'TITLE'

assalammualaikum... tak jawab dosa kalau jawab..=) first off all..sound like 'gah' = war of the title. actually this post is about when my project work lets say...(terkial-kial aku nak menulis dalam bahasa owang phutih) sebenarnya petang tadi tajuk TITAS- = TAMADUN ISLAM aku di tolak mentah-mentah dan masih berdarah.(ignore it).time tuh aku sedih giler kepalang. mana tak, dah separuh jalan kerja aku tuh, dah nak sampai 'the end'..ale-ale berita tersebut mencengkam sanubari akuh..dunia aku berpinar-pinar dan aku rasa kesunyian.( seriously over acting derrr..=='') di pendek kan cerita.
TERJADI LAH PERANG SAUDARA SESAMA RAKAN SENDIRI
. masing-masing berebut tajuk..aku dah meraban cari tajuk aku.
cikgu..ini boley?sumbangan tamadun islam di era kini
encik ini boley? tamadun islam : sumbangan kepada akidah islamiyah
SEMUA DITOLAK!! aku terduduk di kerusi. menandakan kekecewaan aku.selak-selak buku, and thank to my those best fwencess tulung aku cari tajuk.. akhirnya aku tersenyum gumbira.
simple : khurafat di kalangan masyarakat melayu.
simple and 'mengusutkan kepala hutak' nak cari bahan kat mana. actually aku dok tahu nak tulis gapo dah.
* terjadilah perang saudara sesama rakan sendiri telah di potong babaknya. coz ia akan menyentuh isu politik kelas psikologi kami.==''
asslammualaikum...

Wednesday, March 28, 2012

kenangan kami bersama

asslammualaikum.. tak jawab dosa.jawab dapat pahala.=) last week ada program hubungan sahsiah dari jam 7 pg sampai 7 malam.gaban penat!but!its really awesome!! dapat kawan baru.even kiter owang baru kenal, namun mebangkit semangat yang superb di kalangan kami!!i enjoyed the moment with my best fwencch fana ...memangbest!!di bawah nie antara moment yang kiteowang treasure bersama!!><
aku tak edit or touch up pun pic2 nie.malas.so hadap la gambar nie dengan kenaturalannya.. ~bila baru berkenalan.banyak kenangan yang dicipta.kenagan yang sukar untuk dilupa.untuk hari ini, esok, dan untuk selamanya~

HOBI

asslammualaikum.. tak jawab dosa,kalau jawab suka la tuh.. hobi.tidak dinafikan hobi aku ni ditentang keras oleh ibu aku.bagi beliau yang diberi nama Rofeah binti mohd Lam (kesayangan aku hingga ke syurga) hobi yang aku miliki ini adalah sesuatu pembaziran.banyak tragedi yang berlaku sepanjang aku bersikap memilih amik tidak peduli dengan kata beliau antaranya: a. buku komik aku kene bakaw b. komik disedekahkan kat kampung. ibu aku cakap senang nanti atok nak balut pinggan dia. c. kene buang d. jual kat apek.(dapat 1.50 beliau) e. ......saya sayang ibu saya.saya tahu dia nak yang terbaik untuk anaknya yang chumel ini disebabkan hal tersebut ada segelintir komik (banyak) aku beli 2 kali, ader sampai 3 kali (tegar punya) lepas tuh aku simpan dalam almari yang ader pasword kalau nak bukak nyer. (padahal isi dalam kotak.sorok bawah katil.siap selimutkan dengan kain hitam.bajet ibu aku tak kan perasan). dalam banyak2 komik aku beli aku adalah 'peminat zint' untuk kini eok dan sampai ke anak cucu. ya. karya zint memang superb!!! selain jalan cerita yang menarik dan memberi banyak moral di dalam nya lukisan nya buat aku sampai meleleh air liuk!!!(ketagih). hampir sumer karya zint aku ader!!yeahaaaa!!tapi kebanyakan nya kene baka..yuhoooooo!!ZINT TERBAIK!!! ada sekali tuh aku ajak ibu aku baca komik.tapi aku tak beri komik zint la.komik yang biasa2 jer. time tuh kiteowng berdebat hebat!!2, 3 kali cawan susu aku minum bender tuh tak settel gak. memang tidak dinafikan hujah yang diberi oleh puan Rofeah membuat pendirian ku sedikit goyah.==''. suddenly. abang aku balik keje. 'bu lain oarang lain hobi bu.jangan di tentang. tuh hobi adik.biarkan.selagi dia tak melanggar batas agama.let it be'' (dialog nie telah diubah suai). and after that day.ibu aku mula menerima hobi aku. sebab suara majoriti meminati komik. (3,3 adik beradik aku sekepala.jadi ibu aku pasrah la)
niey yang latest aku beli. nie pun berebut. cicak mamat tuh!dah bukak plastik, baca sampai setengah muka. lepas tuh bla. aku bukak plastik komik lain aku pasang kat komik nie baek2.hahaha
the most kepayahan aku. banyak episode. bersengkang duit aku keluarkan demi die. anyway.aku da malas nak taip.penat.kalau nak citer pasal komik kene dua tiga kali entry baru syokkk!!! kesimpulannya..maju la komik untuk anak bangsa!!

Tuesday, March 27, 2012

Fantasi VS Realiti

Baru tadi aku tengok slot samarinda dekat salah satu channel tempatan.baru episode permulaan, aku dah tahu jalan ceritanyer. maksud aku disini, aku dah tahu dah aper bender jalan cerite yang nak disampaikan.kalau bukan cinta dihalang cinta tiga segi, tak tige segi, (kalau boleh diowang nak buat ceriter 4,5,6 segi.tapi macam tak logik dek akal and takut tak dapat sambutan) sikacak dan si jelita, sikaya dan si papa kedana fakir dan kurang upaya. jalan pusingan cerita seakan sama dengan drama sebelumnya. bukan la nak 'mengenyeh' lebih, tapi tuh la realiti drama tv yanag dipertontonkan. kalau drama, mesti si kacak tuh jatuh chinta dengan si cantik yang baik budi bahasa nya, lemah lembut,sopan santun dan menjadi rebutan.da la chantik, pandai lak tuh.kira perfect package kata orang. tetapi di dunia realiti nya, senang amik contoh.'aku', seorang gadis biasa yang muka berminyak bila kena cahaya matahri berlebihan dan tak de peminat langsung!apatah lagi nak ader boyfieee!==''.but aku percaya 'jodoh kita dah ditentukan Allah sejak azali.kalau jodoh kita dengan dia, sepayah mana pasti bersama . ok.lupakan. kalau ada pengarah filem ker terbaca entry aku nieh (tak mengharap sangat,follower aku 4 daripada 10 tuh aku yang follow diri aku sendiri,soooo), aku harap dia buat lah cerita macam nie... si penjual karipap dan si mekanik jalanan. aminah seorang gadis biasa, ali pun sama,diowang berdua hidup biasa-biasa, cinta biasa-biasa...kahwing biasa-biasa.dah ada anak,pun biasa-biasa jer anak dia..dan sehingga akhir biginlah jalan cerita chinta mereka..."BIASA-BIASA SAJA MBAK..' korang nak ker tengok citer camnie??=='' seriously.aku kesal dengan perangai aku yang terlalu mengkritik. support la industri tempatan walaupun kebanyakan cerita hampir sama.bayangkan kalau cerita yang diowang buat tuh 'biasa-biasa aja'..korang gak cakap.'aper la tak der adventure langsung...bayangkan kalau dalam cerita si penjual karipap dan si mekanik jalanan jalan cerita nya asyik cerita pasal macam mana nak jual kuih, macam mana nak baiki motorsikal.korang gak cakap.bosanla... actually this post for remind me that what our local film do is trying something new that can make you all feel what life really are. ~aku sendiri tak paham aper yang aku cuba sampaikan dekat sentences atas nie~ jadi -MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!-

Saturday, March 3, 2012

STICKER

Assalammualaikum.

entry untuk malam nie ialah tentang perebutan budak kolej ZB untuk menetap sebagai penghuni tetap.sejujurnya.nie macam persaingan.persaingan dimana.

"ko bungkuih kain baju ko sekarang!aku dah tak nak tengok muka ko dekat area2 nie...sapa suruh hangpa tak aktif!"

maksud ayat di atas ialah seorang siswa atau student atau penghuni kolej (asrama yang disediakan oleh pihak U) tidak aktif maka dengan rasminya di halau keluar a.k.a BERAMBUS KAU DARI SINI.

Aktiviti nie menarik bagi budak hyper ektif macam aku.yela,bersengkang mata bangun pepagi buhte, kepala tengah sakit2 kejadah sanggup seret kaki pergi turun dengar ceramah jam 9 malam, hutak tengah jem tapi still tersenyum dengan gumbira hatinya melakukan aktiviti senam robik SEMATA-MATA KERANA STICKER.





Nieh buku aktiviti pelajar yang harus dimiliki semua.





Nie pulak sticker aktiviti.aku tergelak-gelak time nak amik sticker nie.sambil menaip nie pun aku still lagi tergelak-gelak.mana tak,masa nak kutip a.k.a tuntut hak nie aku beratur bukan main panjang.budak belakang aku tertolak-tolak.bimbang agaknya sticker habis.sampai turn aku. "kakak nie nama saya.bawah tuh nama kawan saya.nak amikkan untuk dia boleh?"..siap tunjuk buku aktiviti kolej.(time tuh aku dah gase macam.."cikgu2 nak pelekat hello kitty oley cikgu..sebab aye da iyap kan eje uma.boley ea"..-siap satu set dengan mata blink2).akak tuh tanya aku."nak berapa dik?"...akak tu tersenyum.dengan muka excitednye aku cakap."nak dua.nak dua!"sambil tunjuk isyarat tangan peace yang menandakan dua.(time nie pulak aku bayangkan masa kechik2 aku kesat hingus meleleh kat hidung.acik aiskrim tanya aku "nak belapa adik kecik?".."nak dua!nak dua!"..terjerit2 macam owang jakun.dah dapat aiskrim "yeah!yeah!dapat ic kim!). Situasinya lebih kurang sama ngan masa aku dapat first sticker nieh.bukan main kepalang hepy nyer sampai fell nak golek2 kat jalan tar tuh je.rase macam nak buat pengunguman yang aku dah dapat sticker.Dulik aper aku korang nak cakap aku jakun.yang penting aku ada.ko ader??!!

lastly..time tulis entry nie aku rase nak demam.kat tanjung malim nie pengkaji cuaca makan gaji rabun jela coz aku sendiri pun boleh jadi peramal cuaca.pagi tengah hari panas terik.kalau aku pakai baju yang baru basuh a.k.a yang masih menjejes airnya tak sampai 10 minit sure akan kering.sebelah petang pulak "hujan mencurah2 ke ladang mak limah daannn pups jadilah BANJIR"...


ps:aku tak tahu macam mana nak justify kan penulisan aku nieh.==Ngoi

JATUH CHINTA

Asslammualaikum...

Isu yang akan dibincangkan kali nie ialah.

'kenapa saya mudah jatuh hati'

Pantang nampak balak kacak sikit hati aku dah cair.dah mula bayangkan kehidupan kami berdua melayari saat-saat terindah bersama anak-anak hingga ke akhir usia.dah mula plan lepas nie nak date kat mana.padahal tegur pun tak lagi...bukan takat tuh jer.mamat tuh nak pandang aku pun tak apatah lagi nak perasan kan kehadiran aku kat situ..siol.bajet kau hensem sangat la.eh!pergi jalan la!!...(abaikan)

sebab seseorang mudah jatuh hati a.k.a jatuh cinta atau tersuke ialah :

a. Tertarik dengan ketampanannya atau kechantekannya

Lumrah semulajadi manusia mudah tertarik dengan sesuatu yang indah berlaka.begitu juga diri ini.tak kira lah lelaki ke perempuan sama je.contoh terdekat AKU.


saat mata kami terpaut hati aku berdegup laju.nafasku seakan tersekat-tersekat di kerongkong..(memanglah dah mamat tuh hisap rokok!ngoi!)..anyway aku tak kisahlah dia hisap rokok ke aper.dulik aper aku.kalau aku cakap aku suke,aku suke la!!and then suddenly....aku malas nak citer lebey.DIA DAH ADA MAKWE.the end.

"orang yang hensem selalu dapat makwe yang kurang chantek tau.ko jangan risau lah tiqah.."...nie adalah ayat member aku yang mintak kene hempuk.aku tak chantek pun ko kene sara aku ke!!!

LUPAKAN PERENGGAN DI ATAS




b. terlampau ikut desakan nafsu/terdesak

yang nie paling aku rasa macam ngek coz nie pendapat aku sendiri.agak merepek bagi aku.seseorang akan mudah jatuh cinta bila mana diri dia masih single, dah la single makin meningkat usia...malahan kesunyian.so biler dia dah ada tanda-tanda tuh dia mula la meraban mencari asalkan boley.aku tulis nie ats pengalaman aku sendiri.tak der nak touch2 mana2 pihak sebenarnya.kalau terasa.saya mintak maaf.

*********************************************

dan seterusnya aku dah buntu nak tulis apa.kepala otak aku nie sekarang tengah pikir and terbeban macam mana nak buat asigment dalam bahasa owang phutih nie!maaf kalian.ada masa aku continue lagi.

ps : semua di atas adalah aku sendiri =)

Sedar Diri

Assalammualaikum..

Chet!baru aku perasan tulisan blog aku kekechik!sampai aku sendiri yang bacer muka aku hampir lekap kat screen net book...maaf la pembaca.kesilapan yang saya lakukan adalah tidak disengajakan.

Dalam tajuk kali ini iaitu sedar diri..mengisah kan tentang seseorang yang bernama nur atyqah.a.k.a.aku lah!ngek!

Aku nak story "Baru Aku Sedar Diri" yang aku sebenarnya

a. bodoh sombong
dah tahu tak pandai masih lagi memaen banyak.ibu antar pergi U suh belajar bukan
suruh maen lechak!
b. suka membazir
sehari boley dikatakan 4 kali kali aku makan luar.makan makanan yang 'susah buat
lah cara susah!ibu ko antar ko duit untuk belajar,bukan melantak!'
c. perasan
aku memang pantang kalau ader owng jeling aku or pandang aku.sure aku akan cakap
;chantek sangat ker aku hari nie?(yek!)
;suka cakapla suka bang..jangan pandang-pandang malu adik.(chet!)
(padahal owng tuh nak tegur kain aku senteng sebelah(.NGOI!)
d.bajet diri baek
sejujurnya.aku memang suker bajet baik.biler ader owng mintak bantuan aku hulurkan walaupun tang tuh duit poket aku tinggal habuk.(diri sendiri pun perlukan bantuan)

e. pemurah dengan senyuman (pemurah betul!)
terserempak ngan entah saper2 aku sapu semua dengan senyuman.tapi time kawan sendiri senyum depan mata.KEJADAH.

ps : yo!aku tak tahu macam mana nak besarkan tulisan nie yo....hampeh.

Hambek!!

assalammualaikum....

Sudah lama nyepi2 kan diri ini i kembali...sebab thethibe aku posting blog ialah
a. wifi 24hours at upsi
b. tak yah dah den nak turun naek tangga cari port line yang ader "umph!".golek2 atas katil pun full bar seiiii....
c.menjimatkan duit gua..coz biler den da kemaruk ngan bende2 half berfaedah ni, den akan luper nak mandi,makan...kemas bilik...bla,bla...(bala)

ok,,for the first time dalam bulan march gua nak citer pengalaman gua jadi budak yang kononnya gah sangat masuk U..."chet!"..honestly gua tak sangka gua akan dapat masuk U..coz gua..(wait!atyqah!gua!gua!aku antuk kepala ko kat dinding kang!tak der adab ker!ibu ko didik ko dengan peradaban tahap orang istana ko gune 'gua2" lak!)
errrrrrr...maaf.ok..sambung citer.

aq tak sangka aku akan dapat masuk U..sejujurnya aq bukan di dalam golongan bijak pandai yang bawa buku kehulu-kehilir time exam..or di kalangan golongan yang cendiakawan yang time ezam nak score.HONESTLY.

pendek2 kan citer.aku masuk UPSI but not as a future cikgu.hambek bidang psikologi (bajet).first masuk kampus upsi mulut aku terngangaaa (bagak besar!)...itu mengambarkan satu perasaan aku pada UPSI...sambil round2 sekitar U tuh mulut aku tak ley nak tutup.bukan disebabkan kagum.tetapi kebimbangan.aku mulai risau.lepas nieh aku dah tak boleh main2 lecak biler time ujan.dah tak boleh lepak2 kedai2 mapley minum2 sampai 9 malam.derrr....aku dah tak boley survey komik2 kat pekan derrrr.....
-lupekan pasal emosi aku-

first kuliah.aku bajet nak jimatkan duit.note2 lecture nanti aku photostet, aper lecture ajar nanti aku nak salin bethul2 supaya tak miss note..yeah!!

"Dr.chee : you all must buy life span development book for my class.the price is 62.00 ringgit.(dr.chee pemurah dengan senyuman)

HAMBEK!!!

lupakan situasi seterusnya.coz babak yang aku tak tulis untuk adegan seterusnya seumpama cerekarama tv3 yang jam 10 malam setiap sabtu.

almost my lect mintak duit bhuku yang berharga 20 keatas.untuk ilmu.aku TAKDEHAL LA!

and first day class

semua pensyarah aku berkomunikasi dalam pembelajaran dalam bahasa owang phutih.SEMUA.
meleley air liuq aku nak mentransletkannya dalam bahasa ibunda.(otak aku bukan vocab.ayat yang aku tak paham aku abaikan....lantak)

aku balik kolej.aku loya.nak termuntah.kejutan budaya.

ps: aku tak suka situasi bila mana otak aku terpaksa rush cari maksud yang kejadah...