Sunday, May 6, 2012

cara wanita dan aku pelik

Assalammualaikum.....

~ ''Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai oarang ; lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal''~
- nasihat luqman kepada anaknya -

- picisan untuk muslimah -

Mari. aku mahu stoly moly sikit tentang wanita.

semalam, 05.05.12, kaum-kaum wanita ini telah pergi ke PWTC sempena dengan karnival buku. kaum-kaum wanita ini adalah aku dan juga member hentak-hentak aku seramai 7 orang. wanita ini bercadang pada mulanya ingin bertolak jam 9 pagi. Kononnya la. wanita-wanita yang lain semua dah siap mahu berangkat tetapi seorang wanita lagi telah membangkitkan semangat amarah di dalam hati kecil ku ini. masakan tidak, sudah di call ''beribu'' kali, tidak di angkatnya. 

'' kalau tak nak guna hand phone kasi humban dalam jamban la gitu!!'' ~marah~
pergi ke hostel wanita itu dan guess what? ~baru lepas gurindam-gurindam hati senang (mandi). ya. wanita. Sukar untukku fahami.

Dalam dekat nak jam 10 macam tu, kitorang bergerak. Menaiki teksi 10 ringgit kene hentak. tiada hal kerana kalau dibahagi 4, seorang 2.5o cen. tidak mengapa. Sudah sampai stesen bus, dalam jam 10.10, tiket sold out. yang ada jam 11. Pergi lantak la. kami bermesyuarat, dan sepakat membawa berkat bercadang berjalan kaki ke KTM yang mengambil masa.....

Sampai KTM, turun tangga, nampak seorang sahabat yang sebelum naik teksi terserempak beliau dan kejap, aku cerita balik sebelum naik teksi punya celita cilakaki ;

~ SEBELUM NAIK TEKSI ~

Ada dua pilihan teksi atau bus UPSI? bus UPSI tidak kene bayar tetapi bertolak lambat. dalam jam 10. sedangkan time itu baru 9.35. kami nak cepat.

Sahabat kami ( yang di KTM ) . muka tenang. tidak mengapalah. saya naik bus je.

kami : naik teksi, cepat sikit sampai.

kesan : hambek kau! dengan bus tak dapat, di tambah dengan jalan kaki dalam setengah jam ke KTM, cukup perisa, kene bayar tambang lagi tuh. tak puas hati lagi?? plus dengan peluh -peluh kedaung mengalahkan orang yang kene tuai padi di panas terik!! and guess what again..sahabat yang naik bus tadi, sedang duduk-duduk goyang kaki 360 darjah, sambil membaca novel tersenyum melihat kami tercungap-cungap turun tangga.

sampai KTM jam 11.?? Masyallah lah kan dan cicak kobeng tol la!!. sedangkan kalau tunggu bus bukan jam 11 jugak ke?

~ DI KTM~

aku tergelak seorang diri.
bukan marah.
apatah lagi terkilan.
cuma
berpesan
seorang wanita itu sifat nya terlalu kompleks
sukar diramal
dan
kadang-kadang
tidak menguntungkan
tetapi
seorang wanita itu
cekal

'' kalau tak, takkan lah kite owang sanggup jalan kaki bagai, dan entah kejadah pergi PWTC cadang nak beli buku ilmiah kononya!! ale-ale berbuku-buku komik aku borong! Wanita! jangan ikut nafsu bagai sangat! kelak akan binasa! ( pesan pada dari sendiri )''
hikmah : allah bagi pengajaran hari itu bahawa, fikir gune hutak yang diberi, bukan guna hati yang lebih kepada nafsu semata-mata. ingatlah...

p/s : balik PWTC, aku terduduk kaku, duit poket habis, habuk pun tada, yang ada resit-resit beli komik yang bile dicombine mencecah ratusan?? KEJADAH kau la ATyqah!!