Sunday, January 6, 2013

:: Anxiety With Math Disorder ::

Assalammualaikum

Before ai continue to da post. Ai would like to share my feeling right now :

Aku sedang berasa macam jelaka. Sedang mengen9 (on9) jarum jam bergerak hebat. Bila sedang membaca, jarum jam bergerak bagai sudah kehabisan nyawanya.

Tadi ai mengusha-usha blog orang. Ya la kan. Exam hari rabu. jangan risau ada dua hari lagi nak baca buku. Jangan ikut sikap aku. Jujur. Ini bukan ciri-ciri pelajar terbaik. '' Sudah berlerai baru bergadah, bila dah kene baru la taw padah''. 

Sedang ber-usha macam biasa aku akan jengah blog acik sampah ni dulu. Bila baca entry acik nie. aku terus teringat zaman sekolah menengah aku dulu. Jangan sangka muka innocent aku yang comey, senyum manis, dan diminati ramai ni tak pernah buat halc( padahal realitinya, tudung senget benget, sebelah lipat sebelah tak. baju dekat bahagian punggung warna coklat, kesan daripada duduk tak reti angkat baju, belakang lapik tudung apatah lagi. Pekh! lagi pekat ceklatnya!). Jangan juga kamu menyangka bahawa '' setenang-tenang air di laut, tiada bah akan menimpa!!''. 

Aku sangat tidak menyukai mata pelajaran math. apatah lagi Add math. Benci-benci aku, time nak pergi sekolah, buku add math aku pegang dekat tangan. lain buku aku letak dalam beg. Motif??

''woi-woi dia pegang buku add math la. mesti pandai math. untung nya dia''

Takbur aku  time hingus-hingus nie dulu. Bajet. Tapi time kelas tambahan add math, aku lari. Aku sejujurnya, punyalah tak minat dengan si Math nie, aku ponteng duduk dalam tandas. Bergosip. Time math, aku pergi luar sekolah, beli keropok lekor acik tuh sambil mencangkung tepi longkang, dan macam biasa bergosip lagi. Dan time math jugak, budak-budak aku yang lain serta aku kene kejar satu sekolah oleh cikgu cina yang sedang sarat mengandung sambil menjerit '' You semua!! mari! Ciku cakap mari!!'' sambil membawa rotan kayu. Yang untung nya aku, walaupun aku juga turut berlari, cikgu cina itu tidak mengesyaki aku juga terlibat dalam kes '' lari di kelas add math''. Sebab??

aku tahu jalan short curt, untuk masuk ke kelas, dengan wajah selumber duduk, tahan nafas ( supaya tak nampak macam baru lepas kene kejar), bukak buku add math, calculator, tarik kerusi budak sebelah.. '' woi, camner nie ek soklan no 2??''

Cikgu cina tak kan syak aku pun turut serta dalam larian tersebut.

Aku nak mintak maaf dekat cikgu cina nie. Serius. Walaupun die mengajar, aku tak paham, aku pandang luar tingkap usha cikgu praktikal encem sedang mengecat sempena hari merdeka,tapi itu la die, baik orangya. Lemah lembut, sopan santun.

Nak di jadikan cerita. SPM bakal menimpa dalam dua minggu. Time tuh aku macam insaf,  ibarat ''tepuk-tepuk dinding sambil meraung-raung''. Sebab??

Betul cakap orang. 

whats goes around come to you back?

Betul ke peribahasa nie? ok aku translet maksud.

Apa yang kaw buat dulu, akan kene dekat kaw balik. ingat '' sepandai-pandai tupai melompat, kaw ingat dia tahu terbang ke??''. tak mungkin.

Kesan daripada kejadian waktu itu, sampai sekarang kalaw sebut '' math, statistik, even korang keluarkan simbol darab tu pun, aku dah migrain. Dah boleh jadi anxiety disorder. 

Moral from my stoly. hormat cikgu anda. Tanpa cikgu kaw tak kenal sejarah dunia. Kaw tak tahu eja membangun sebenarnya ada dua ''g'' atau satu. (aku tak taw ), kaw tak kan tahu sebenarnya ''pijak'' bukan ''tijak''. ==''

Pengetahuan :: next sem aku kene amik statistik 1. bagi mereka itu '' basic'' bagi aku itu ''bala''.



Sampai sini. dan sayang semua.

No comments: