Thursday, May 23, 2013

: soooo :


Mengenali jejaka semanis kau,
membikin aku termalu,
termalu dengan semua perkara,
secara tiba-tiba pemalu aku ya amat over tak terkata,

ya,
''kau begitu tampan''
''tampan dari segi perilaku''
''tampan dari segi adab mu''
dan kau terlalu anggun bagiku,

dan, aku pula mahu menjadi rupawan dari segi segala.

mahu kau lihat aku sebagai yang sempurna.

aku malu untuk berkata aku suka,
malu sehingga pandanganmu ku rasa boleh meruntunkan jiwa.
berhadapan, lidah ku kelu. 
berhadapan aku kaku.
minda penuh kata-kata.

''ah hari ini apa khabarmu ya?''
'' kamu ok?''

yang keluar dari bibir.

tiada.

sekadar senyuman yang melambangkan malu kau mula jadi penjajah segenap negara jiwa.

hati menjerit.

pandanglah sini,
lihat aku,
senyumlah denganku,
hanya untuk aku,

sekali lagi.

aku malu.

malu  rasanya seperti bongkah ais yang mula mencair.
mula mencair... dan terus mencair 


deras hati mahu berkata

"mahukah kau menjadi aku punya kawan, hai si tampan?"

aku mahu menjadi kawanmu
aku mahu kita berkawan.

jujur dari hati aku mahu kita berkawan.

namun si tampan,

aku tahu di sebelah mu sudah ada penyokong setia,
sudah ada kasih yang tercipta,
sudah ada dia yang mencinta.

ya.

aku malu,

kerana aku tahu aku bukan layak bagi mu

untuk cinta mu,

biar aku belalu bersama maluku

yang selamanya akan terus mencintaimu...


i'm

so so so in love
so in love with you


~ THE end ~





: terlalu malu untuk mencintai :

No comments: