Monday, May 6, 2013

- malu dalam tangis ke? -

Asalammualaikum

sebelum wa menaip untuk post pasal makanan sat lagi, wa nak cerita ni dulu.

satu perkataan.

wa MALU ya amat.

tengah lepak-lepak dengan member time makan kat kedai wa bercakap-cakap. kalau setakat bercakap tidak mengapa, nie sekali tersembur dengan air liuq! memang kaw tak boleh bla atiqah!! time air liuq wa memencik, siyes dalam otak wa '' aku nak amik borang tukar U, tukar course, aku nak lari dari semua benda vangang yang aku dah buat ni!! ''. dah la member wa lelaki!! pekh malu ai mak!!... ==''. disebabkan kulit wa gelap jadi tak nampak la kemerahan-merehan muka kononnya seperti orang yang kulitnya putih. ''the red was hidden in the black''.  puihh!!~~

(jadi jangan makan sambil bercakap. akan menjatuhkan marah anda)

nampak tak bertapa banyak tanda seru. itu menandakan wa malu ya amat.

lepas tuh dah abis makan, member wa beritahu ada seekor kucing kat nun jauh belakang tempat wa makan ,lehernya diikat tali. wa gelabah. wa nak bangun makan gak time tuh. tapi member wa cakap '' makan dulu''. wa pun makan dengan tergopoh gapah. wa nak settle makan cepat and bayar. 

lepas bayar, wa terus gerak pergi ke arah kucing tersebut. wa mencangkung..

~ Allah~~ (time ni pun mata wa still bergenang.. sob...sob)

kucing tersebut kurap teruk, cedera satu badan, dekat leher dia, ada satu tali rapia panjang terikat. wa menangis time tuh gak. wa panggil kucing tuh, tapi kucing tuh takut. 

farhana member wa datang nak menolong, time tuh wa dah tersesak-esak dah. siyes. teresak-esak macam first time kucing wa mati. kucing tu still tak berganjak. member wa laki pulak datang. wa cakap '' kau tak de gunting ker?''. tali rapia tuh macam dah terikat mati. 

dalam hati wa celaka kan sape yang buat tuh. memang celaka. (maaf wa memaki)

wa macam dah give up, wa terus naik kereta sambil menangis. wa doakan kucing tuh selamat. wa doa, kalau kucing tu dah sakit sangat, wa harap allah amik nyawa kucing tu cepat. =(.

member laki wa terus bawak kereta. dia pergi kedai. wa masih lagi tenggelam dalam emosi.

selepas itu (ceh sikimak betul), member wa berpatah balik ke tempat kejadian. dia membeli gunting rupanya tadi. terharu ai mak.... 

wa pun turun tolong dia.

alhamdullilah~~ tali tu dah di cabut.

masuk dalam kereta, wa still berdoa dalam hati. moga allah kurangkan kesakitan dia, ataupun hilangkan terus kesakitan dia di dunia~~ amin. =(.

kesimpulan.

terima kasih tak terhingga kepada both of them. dari hari sabtu depa ikut kerenah wa. nak makan mee udang la, karipap gergasi la, cendol bakaq la. terima kasih sangat-sangat.

once again. terima kasih.

cc to : fana, and member laki wa.



No comments: