Monday, March 11, 2013

- ACIK CLEANER -

assalammualaikum~~

Gua malas nak intro lebih, mari masuk panggung terus.

Cuaca pagi itu suam-suam kuku. panas idok, sejuk pun idok... bagi aku cool ja... sedang menaiki tangga menuju ke rumah, gua tercari-cari acik cleaner india perempuan. selalunya dia dah sampai bawah bila pagi macam ni. oh! baru gua teringat. gua habis kelas jam 9, kelas abnormal batal. terlalu awal acik cleaner untuk sampai bawah dengan sampah. sampainya gua dekat tingkat dua, gua terserempak dengan acik tuh. macam biasa gua tegur.. 'auntie'... and then dia pun balas..'' yaa...' sambil senyum manis. gua berlalu pergi, sebab acik  tengah kusyuk memunggah sampah. baru gua nak bergerak pergi... ''nauzubillah..!!'' ucuk (puihh!! gedik!!) busuk ya amat baunya!! mungkin sampah dari hari jumaat, sebab tuh baunya macam haiwan yang telah reput. (gua tak patut lah nak cakap baunya macam haram, bangkai. kan kasar bunyinya tuh! ). suddenly gua macam pekh!! gua salute sama itu acik cleaner. dari atas gua tengok acik mengutip sampah di dalam tong sampah tanpa sedikit cuak, mual di mukanya. kalau gua yang angkut, kat situ jugak gua sembur isi perut. gua salute sama acik sebab boleh angkat berplastik beg sampah dari tingkat lima hingga ke bawah tanpa di bantu. sebab selalunya gua balik kelas, bertimbun dah sampah kat tingkat bawah. yang gua kesal, certain budak-budak ni, tak tahu nak letak sampah di dalam tongnya. puihh!! la, takkan acik tuh nak kena tampal kat setiap tingkat ''bagaimana cara membuang sampah dengan betul''.. gua marah, tapi acik buat keje dengan senyuman ja. tak da langsung mimik marah kat riak muka acik. 

honestly, gua kesal dengan diri gua. yang tidak sedar dek untung. gua merungut sana, merungut sini bila di timpa hal yang di cari sendiri. keep complaining and complaining. acik boleh buat keja dia seharian dengan baik, apahal gua tak boleh. gua just belajar, buat asigment  apahal gua nak merungut bagai? di banding dengan acik hari-hari angkat sampah. jangan cakap ''woi, nie asigment, aku belajar. guna otak.'' puihh la!! ingat acik angkat sampah tak guna otak? testla angkat sampah dari tingkat lima sampai bawah dengan efisyen.. ada bran?? (sound diri sendiri)

moral. kita patut bersyukur apa yang telah allah tentukan untuk kita. apa yang Maha Esa tentukan, ada hikmahnya, ada di sebalik tabir pembikinannya... ada sesuatu yang tersirat di sebalik ujiannya. muhasabah diri. start from today, atiqah, awak yang chantekkk lagi molek ringan kan mulut mengucap syukur even itu adalah ujian yang berat. fighting!! 


Salam....

No comments: