Sunday, February 17, 2013

:: RODA ::

Assalammualaikum.


Tumolo saya akan start new semestar, di mana saya akan menghadapi ujian yang lebih superb hebat dan di harapkan setiap ujian tersebut Allah permudahkan hendaknya...amin.

ok. apsal saya tetiba menulis tajuk entry saya kali ni bertajuk roda?

Mari. Benarkan saya bercerita, habiskan cerita sebelum anda menyuruh saya ''listen''. - aku tak boleh bla dengan isu tuh. hahah -

hidup ni ibarat roda, kadang kita senang kadang kita susah
hidup ni ibarat roda, kadang kita di atas, dan tanpa kita sedari ''eh bila kau kat bawah?''
hidup ni ibarat roda, kadang kita pakai touch, dan tanpa kita tahu kenal erti susah kita lupa fungsi ''tekan punat''

tetiba.

Kerana keriakan hati dan ketakburan jiwa, gua dari dulu kalaw nak beli phone yang ori tak nak trait in ea? orang kata. gua akan bagi adik gua pakai atau sesiapa yang teringin memakai handphone yang bila mesej masuk ader ringtone. ada up sikit.

Sejujur gua cakap, keriakan gua memakan hati dan sanubari gua sendiri.


TRANSFORMER HP GUA


gua pakai phone jenis ni masa KUIM. guna duit pitih. tapi versi pink. 



beberapa tahun kemudian gua kerja gua beli hp up sikit guna gaji. sony gua bagi adik gua pakai.



gua bosan guna touch. gua beli phone ni. corby gua bagi ibu gua pakai. tidak sampai setahun phone mangang  ni rosak. sesumpah!



latest gua punya phone. ni versi lawa,

versi kat tangan gua sekarang nie versi ikat pakai getah kuning sebab cover belakang dia tak boleh lekat. keypad depan huruf dah ilang, battery gua baru lepas cas, tetiba berbunyi ''low battery''   katanya. bila gua cas pula die bilang dengan gua ''battery full''. split personality. gua tak berani bukak nada dering ke hape. gua ''silent'' kan handphone. bila ibu gua call, gua keluar bilik, pergi balkoni, tutup sliding door, gua cakap pelahan. gua tak nak orang tahu gua guna phone yang di sertakan dengan getah. ahhh..

yang kelaka, (bagi gua kelaka la), bila gua cakap dekat ibu and adik gua yang handphone gua rosak masing-masing sorok phone, pikir gua nak tuntut hak gua balik! memang niat gua pun nak amik balik. tapi gua bukan buruk siku. gua sabar. ada duit gua beli lagi gempak. 


hidup ni, seperti gua cakap ibarat roda


p/s : gua mulanya nak try bahasakn diri gua saya. ah, baru suku perenggan gua malu sendiri. menjadah.

No comments: