Sunday, September 9, 2012

Propaganda semata-mata


Assalammualaikum......

~ camat ai ayer ~

Tengah bersantai-santai dengan adik aku sambil menonton senetron jam 2 petang sampai 3 petang, yang even memang bosan giler senetron tuh, disebabkan tak mampu nak ada astro, kami sekeluarga terpaksa mengadap bende tuh jugak. Bukan aku nak cakap yang astro tuh hanya mampu di miliki oleh orang kayak-kayak. Aku tak nak citer pasal astro tuh pun. Yang aku nak citer ialah :

Adik : wuoh!! Lawa la ngah heroin die tuh!! Chantek! Tak der jerawat! Licin! Phutih!!
Aku : ...............( mengunyah cekodok hangus, sambil memerhati heroin tersebut )
Adik : lawa kan!! Aku nak jadi macam die!! Lawa betul!!
Aku :..........................

Apakah? Kenapa dan mengapa aku diam??
Actually sedang memerhati heroin tersebut memainkan watak, aku terpandang orang yang lalu lalang di belakang heroin tersebut. Aku kira, 1,2,3,4..dah nak masuk 10 orang aku berhenti kira. Kenapa???

Betul cakap matluthfi. ‘’ kalaw hangpa amik 10 kawan hangpa, 12 dari mereka tak chantek! Kalaw kire sekali ngan hangpa da jadi 13 la ‘’.

Kita disogok kan dengan iklan-iklan, drama-drama, movie-movie yang rata-ratanya mengambil model dan pelakon  yang dari azali memang hot gilak, putih gebu-geba, tak da jerawat. Dah kenapa?  Sebagai contoh. Iklan nano white ( tak silap aku yang model nya daniele uh ).  Tujuan produk itu dipasarkan ialah untuk memutihkan kulit..dan dah kenapa pula memilih Daniel yang jadi model yang rata-rata kita tahu beliau memang putih gebu-geba?? Faham tak apa yang aku nak try cakap? Kita yang tak lawa nie..bukan kita la. Aku yang tak lawa nie, kulit kusam, gelap, jerawat akan rasa terpanggil nak beli bende alah tuh sebab tersogok dengan iklan yang meyakinkan ‘’anda akan putih gebu-geba dalam masa beberapa minggu sahaja’’. Kerana dek terlalu yakin muka kita akan jadi seputih SNOW WHITE kita berhabis duit untuk jadi seputih Daniel yang memang lahir-lahir chantek. Faham? Kenapa iklan tuh tak amik model yang itam legam?? ...haaaaa...

Sebenarnya tidak ramai yang cantek kat dunia nie. Dan disebabkan itu jugalah kerana iklan-iklan, drama, movie yang  begitu acik ‘’mengeluarkan’’ model dan pelakon yang lawa-lawa sehingga kan ada yang dikalangan kita mula jadi rendah diri..kerana apa?? Kerana mereka rasa penduduk di muka bumi nie semuanya lawa belaka dan mereka adalah ‘beast’ nya.

Memang kecantikan itu adalah satu bonus. Tidak dinafikan. Tapi kecantikan yang betul ada dalam diri kita sendiri. Muka cantek, hati bangkai..jadah? muka cantek hati baek!! Oh awesome!  muka kurang cantek hati manyak baik...ok!!walaupun memang la orang tak akan ingat muka kaw yang buat kebaikan tersebut sebab tak hot. Tapi who cares !!?? as long allah bagi kaw pahala, as long jugak muka kaw tak cacat, bersyukur la apa adanya.

Sebenarnya apa yang aku tulis nie tersasar dari apa yang aku nak sampaikan. Haha. Dulik la.

No comments: