Sunday, September 9, 2012

SEmbang Kenchang!


Assalammualaikum....

Hahahahahaha...

Ok. Aku tak taw kenapa aku tetiba nak gelak bile tulis entry yang nie. (hahahaha)

Sebenarnya aku nie, sembang je lebih tapi bila diri sendiri kena time tuh la baru nak ‘’Parkinson’’... aku pandai bagi orang nasihat, tapi bila diri sendiri yang kene tak taw nak praktikan balik apa yang di nasihatkan tadi kat owang. Sebagai contoh ;

Sedang berbicara dengan seorang teman tentang jodoh. Beliau agak risau kerana masih tidak berpunya. Dan menganggap diri beliau tidak laku. Jawapan aku :

‘’kenapa nak risau tentang jodoh tuh?? Allah sudah pun menetapkan jodoh kita, kahwin bila, kerja kita, perjalanan hidup kita sejak dari 4bulan kita di dalam kandungan ibu kita (UAI) . Usah gusar tentang jodoh itu datang bila, sayangi diri kita dulu. Cuba sayangi orang yang ada di sekeliling kita nescaya ada orang yang akan sayang kita balik. Kenapa nak risau diri tak laku?? Allah dah pun menjanjikan setiap daripada kita sudah ditetapkan pasangannya..sudah ditetapkan bila akan ketemunya..usah bimbang pada yang tak perlu. Bersangka baik dengan allah sentiasa walaupun sudah beratus kali hati terluka. Jika muhasabah balik di setiap ujian yang allah beri, semakin kuat kita menghadapi rintangan yang akan datang. Allah pertemukan kita dengan yang sebaliknya sebelum yang lebih baik itu di sisi kita. Insyallah.... ‘’
( dialog telah di edit bagi mencantikkan lagi suasana riang ria)


Lihatlah. Bertapa senang aku menasihati orang sedangkan diri sendiri pun gelabah. Diri sendiri mengira umur yang makin menginjak dewasa tetapi masih belum ketemu empunya cinta. Ahh..dah kenapa?? Lumrah kita sebagai manusia. Hati mudah terbelah dan mudah juga terleka. Kembali lah ke jalan allah, kerana itu adalah puncanya segala nikmat cinta yang abadi.
Hahaha.  Sembang kencang, sedangkan angin bertiup tidak dihalang. Ada faham? Hahaha..


Sekali lagi aku ketawa sendirian. Nampak sangat kesunyian.

No comments: