Sunday, September 9, 2012

~ hahahaha ~


Assalammualaikum....

Entry yang nie aku nak share sikit dengan kalian semua tentang  tip pikat lelaki!!

Hot gilak tajuk entry nie. ( bagi aku hot la,,,sebab aku sendiri sedang mencari cinta)

Sebelum masuk ke isi-isi yang akan dibentangkan, aku nak beritahu sikit dekat mana aku dapat ‘’bende’’ nie. Aku bukan jenis main taram masuk tanpa selidik ‘’kamuih dewan dan pustakaq’’ tanpa membongkar di mana hujung pangkal nya sumber yang aku amik. (gebang lebih).

Sumber telah diperolehi di : kedai buku yang memang popular.
Buku                              : ‘’diari cinta 2012’’ harga: 14.90.

Aku tak beli pun buku nie, coz duit yang ada kat tangan cukup-cukup untuk beli dua buah buku komik jadi aku salin jer isinye.

Tip ni actually khas untuk mereka yang belum bertemu pasangan yep.. ^^
  •  Sentiasa tersenyum and jangan sombong bila berinteraksi dengan mereka. Macam mana lah orang lelaki nak suka kat kita kalaw 24jam kita muka masam, bila bercakap dengan diowang macam nak tak nak jer. Sure nanti dowang ingat kita tak suka kat dia. Jual mahal pun kononya ..agak-agak la yer..=)
  •    Pandai memasak, adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan kita. Jadi gadis-gadis, wanita-wanita sekalian, marilah kita sama-sama rajin-rajin kan diri mengesot kaki ke dapur yer... ( peringatan untuk diri sendiri actually)
  •  Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. Ermmm.. aku tak taw la berpawatakan menarik tuh apebende yang menariknya. Tapi bagi pendapat aku la kan mungkin dari segi pemakaian kita, kekemasanya macam mana, lemah lembut ka, pandai ambik aty ka...urmm lagi happy go lucky ka...actually banyak bende yang nak di mention kan dalam berpawatakan menarik nie. ‘’just be yourself its already good enough kowtt’’.
  •  Jujur dan sentiasa merendah diri.
  •   Lelaki sukakan wanita yang berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Kalaw korang ada bende nak cakap dengan dia janganla macam malu-malu nak cakap. Macam nie..
‘’urmm...awak, saye ada bende nak beritaw...tapi tak pela len kali la ea. dah ready saya beritahu awak yer’’...( aku yang perempuan nie pun kalaw ada member aku nak cakap tapi macam berdolak dalik ringan gak la tangan aku untuk melayang-layang ) – sindir diri sendiri- 

  • Mempunyai tingkah laku baik dan berlemah lembut. Ermm.. bagi perempuan yang agak ‘’ganas’’ sikit tingkah lakunya, dun wolly la meii.. ader jugak certain lelaki percaya ‘’wanita yang kasar pada zahirnya, adalah selembut-lembut wanita yang dicipta’’.ingat ya, perempuan itu tidak pernah lari dari ‘’kelembutan’’.
  •   Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Ini macam peribahasa ‘’ masuk reban ayam berkokok, masuk kandang kambing mengembek’’. Pandai bergaul, even kat tempat yang baru.
  • And last sekali, bila berinteraksi dengan meke nie, jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Nie bukan bermaksud kaw orang sesuka aty  teraba-raba dia , terkenyit-kenyit mata kat dowang..bukan. bijak guna mata bila berinteraksi dengan mereka macam bila dia cakap tuh janganlah korang pandang tempat lain. Pandang tepat ke mata beliau, mana taw pandangan mata korang yang tepat tuh jatuh ke hati...cewah!!haha


Ok. Dah la... aku dah penat menaip. Ada sedikit ilmu aku sharekan, mana taw bende-bende nie bermakna. 

Cinta hadir kepada orang yang masih mengharapkan ‘’kelahirannya’’,
Hadir kepada mereka yang masih mempercayai walaupun dikhianati,
Lahir kepada mereka yang masih ingin dicintai,
Walaupun sudah acap kali disakiti,
Juga kepada mereka yang berani untuk mengukir kembali cinta yang abadi.....

Aku memang dilahirkan untuk ‘’merapu’’.

Wassalam.

1 comment:

Miss Hamilicious said...

apesal semua ciri2 tu ade kat aku wei?? musykil weih! =P