Friday, February 21, 2014

Sembang 2

Dulu gua bengap kurang cerdik dalam bab agama. gua dulu selalu tukar sekolah sebab abah gua jenis suka travel. petuuiihhh!! actually abah gua polis, so memang lumrah polis suka merantau. pernah sekali gua masuk sekolah agama secara seludup  (masa sekolah rendah dalam darjah 2 gitu) gua panjat pagar belakang, gua follow ada budak yang sama tinggi dengan gua masuk kelas sama dengan dia. (konteks gua dulu, orang yang sama tinggi dengan gua kire gua sebaya dengan dia, kire macam boleh kamching la gitu). pernah jugak gua salah masuk kelas budak darjah 6, tapi apa gua dulik, ilmu harus di cari. 

ok lari cerita.

di sebabkan gua ilmu tak berapa banyak. konteks ''HARAM'' gua tak menyuluruh time tuh. 


Nak di pendekkan cerita, (gua tak suka sembang merapu-rapu) gua di takdirkan duduk sebelah azim, hensem, pakai songkok, seluar atas pingang. Die senyum, gua senyum. Gua hulur tangan, ‘’nama itew atiqah, selamat berkenalan’’. Gua senyum secun habis. Azim terkejut. Terkejut sebab aku cantik la tu~~ hihi . hati gua berbunga riang. Azim mengundur kebelakang, gua semakin kehadapan dengan tangan masih mahu minta di salam. Azim semakin mengundur dengan muka cuak. Muka gua dah sememeh, mana boleh tahan doh kene reject. ‘’kenapa tak nak salam dengan itew!!’’ gua nangis sambil hentak kaki. ‘’HAARAAAMMM!!’’ dan azim terus amik beg duduk tempat lain.

Kecik-kecik gua dah kena reject. Macam mana gua nak percaya dengan cinta.

Gua bertambah melalak, dan dukacita, sampai cikgu datang pujuk gua bawak ceklat. Gua tak nak, gua terus menangis dan menjerit  kearah azim  ‘’ kitew bukan babi la!! Mana haram!!’’. Gua terus menangis. Dan menangis, daannn~~


kurang cerdik Bengap juga gua dulu.


p/s: aimi, fana hang pa dua ja tahu rahsia nie, jangan beritahu orang lain naaa~~

No comments: