Sunday, February 16, 2014

sembang 1



‘’tiqah macam kajol bila pakai baju macam tuh’’  hafizan meluahkan dengan jujur. Lagu kuch kuch ho ta hey mula berkumandang dalam imiginasi gua sendiri. 

Time nie gua masih belum kenal apa itu nafsu serakah, atau nafsu cinta atau nafsu antara berlainan jantina. Time nie pun gua belum tahu erti di sebalik senyuman budak lelaki kelas gua boy namanya, sengeh-sengeh sakan dengan gua sebab dia tangkap cintan dengan gua. Kalau gua tahu gua dengan boy boleh jadi famous couple dekat sekolah rendah sinaran budi rawang. Ah, sembang betul gua. Berbalik pada cerita asal.

Hafizan.

Dia sepupu gua. Gua tangkap cintan dengan dia lama dulu, dari gua start main kawen-kawen sambil pegang tangan. Masa tuh gua dah boleh kesat hingus sendiri guna koler baju jadi gua layak untuk bercinta. Sepupu gua yang lain juga mengatakan bahawa kami berdua kelihatan secocok bersama. Jadi (gua baru darjah satu ke dua, gua lupa) gua amik keputusan drastik, dia lah cinta mati gua.


Itu dulu punya cerita. Sekarang gua dah 24 tahun. Hafizan 27 tahun. Dulu punya cerita perasaan gua tetap sama. Sebab gua jenis setia. (meremang bulu roma gua). Hafizan pun dah bertunang tak lama lagi sudah mahu berkahwen pun. Mungkin bila dia dah bersanding atas pelamin dan lagu pelamin anganku musnah oleh azie dimainkan oleh dj kahwen baru gua akan berhenti mencintai agaknya. (petuiihhh!!)

Habis cerita.

No comments: