Tuesday, December 4, 2012

cinta ku mekar di gua tempurung 1

assalammualaikum...

ok... before continue bacaan seterusnya.... sila mainkan lagu di bawah ini..


..............................



Perasaan jelaka timbul bila mana lagu yang ingin di dijadikan intipati story nie buat hal.


Bagi membendung perasaan itu, sila anda-anda bayangkan lagu ost autumn in my heart. kalau tak bersesuai dengan citarasa, memori daun pisang pun boleh. terpulang. pilihan anda di tangan anda. anda yang menentukan.


lupakan.


cerita nya begini.


jumaat yang lepas, aku joint kembara alam. kali nie ke gua tempurung, perak. disebabkan aku belajar dekat perak, jadi aku rase perjalanan tersebut agak tak chill macam peribahasa '' umpama jiran sebelah rumah yang selalu menjengah'' maksud nya: tempat yang sangat dekat.

lepas dowang campak kami semua di pekan gopeng, tajuk aktiviti nie dinamakan town survival. no monye, no food allowed... katanya.. tetapi itu lah, kadang-kadang manusia nie macam selalu sangat mengamalkan ''hak bermain hak kami!!'' ditukar kepada '' duit kami, makanan kami!! apa hang pa semua sibuk-sibuk tak bagi bawak!!'' ader la certain orang bawak. jadi sekali lagi aku rase tak berapa nak chill cume......

perjalanan kaki yang memakan masa dari jam 9 malam sampai tapak perkemahan 1 lebey ( hangpa kira sendiri berapa jam naa) memang awesome and totally cool der!! penat memang penat. who cares same itu penat, janji aku ngan member-member aku enjoy bende alah tuh. dapat tengok bulan, bau petai, macam-macam bau sepanjang perjalanan kiter owang kesana. kiter owang tak berani tegur coz sebelum bertolak ada member aku cakap '' hangpa kalaw ada bau papaq ka, jangan teguq naa....'' . sampai ader bau mee goreng mamak yang tebentang kedai makan depan mata still cakap dalam hati ''jangan tegur, jangan tegur''. 

sampai tapak perkehmahan. lepas dah kene setepek dua dari lecture (coz beliau cakap sebelum jam 10 pagi esok, awak semua mesti ada dekat sini, sapa suruh sampai laa malam nie jugak. motip beliau nak suruh kami rasa tido kat luar semua tuh la ) kami dibenarkan pasang khemah. 

''pup, pap,!pop!,,pup, pup!pip!!''( bunyi kanvas khemah yang dipasang dengan tergese-gese sebab dah mengantuk tahap gaban) secara tetiba ada seorang instruktor datang, mengajar kami memasang khemah dengan beradab, berhemah, sopan santun, dan lemah lembut. terima kasih abang instruktor. jam 2 pagi bagi lecture. memang masuk. 

..................................... ( dah kata buat dengan beradab, jadi pemasangan khemah laa nie tiada sebarang bunyi, yang ada bunyi'' emm''..''haaa''....''ok'' )

nak cepatkan cerita. setel khemah. campak barang dalam khemah. tidoq.

esok pagi. seawal jam 4 pagi, ke 5 pagi.. tak ingat. aku dengan member aku dua owang, bangun untuk mandi. sebab?? kami tak nak berebut dengan ahli-ahli lain nanti. 

bayangkan. tapak perkhemahan tepi sungai, cuaca, baru hujan, angin sepoi bahasa (jenis bahasa kasar), mandi 4 pagi. terketar-ketar, terketip-ketip gigi biler bertemu gigi sepanjang mandi. bayangkan sampai nak gosok gigi pun, dah macam tengah kunyah makanan, terketak nye gigi aku. punyala sejuk!!

kita lupakan pasal mandi.




* aku sambung cerita nanti. gelaka punya fire drill, cakap nak buat pagi nie,tak buat- buat gak. tak memasal mata aku mencanak 3.50 pagi.


zZzZZzZ......


No comments: