Sunday, November 24, 2013

kita single..mehehe

Pagi tadi satu mesej pesanan ringkas masuk ke dalam inbox telefon bimbitku. aku melihat jam. ''ah baru lima lebih (pagi), ni yang aku pantang ni''. hati aku mendengus kasar. segera aku buka mesej tersebut, dan ia berbunyi 

''bersendirian pada hujung minggu adalah SALAH! jom berborak dengan geng-geng mycinta.....  hantar ke 23299 dengan segera. *&%^&** (dan ayat seterusnya aku sambung sendiri)''

Tahik kau salah.

ye, jujur aku cakap. umur aku sudah menginjak 23 tahun. Berbaki sebulan lebih aku bakal berumur 24 tahun jika di izinkan Allah S.W.T. Pada umur-umur begini, mereka bilang sudah punya pacaran, sudah punya insan di hati dan sudah punya itu rancangan ke gerbang perkahwinan malahan sudah punya perancangan untuk menambah anak yang kelima. (eh?). 

Bohong la aku cakap kalau aku tak rasa apa-apa sepanjang hidup sebagai ''single but not available'' sangat ni. kepingin jugak aku merasa di sayangi...(puuuiiihhh!!). tapi aku cepat-cepat khuznuzon. benda ni semua DIA yang atur. siapa aku nak persoalkan aku punya laki mana? tak boleh sabar? (mehehehe).

ini ada tips-tips bagi mereka yang masih lagi single but not available sangat (not available sebab aku still mak ayah aku punya hak. nak aku datang rumah. nanti aku buatkan karipap special sambil kita berbincang bila tarikh untuk bernikah. eh?) 

1. Mind set kepala hotak, ''allah simpan untuk aku, sehingga masanya akan di ketemukan di jalan yang di redhai''. bila kita dah mind set, automatically kau dah macam terima, atau reda, kira macam ''allah aturkan semua ni ada hikmah. so chill la kan. jangan gelabah sangat''. muahahaha.

2. Banyakan terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar. ( bukan aktiviti So SIAL ya adik-adik akak). Macam pergi ceramah motivasi, ceramah agama, joint camping, pergi library cari buku yang super duper peliks ke. you know, like find the interesting activity yang kau nak buat. yang macam ''why not kalau aku cuba??!!''. sedikit sebanyak ia akan hilangkan fokus anda di dalam pencarian '' siapakah pemilik tulang rusuk anda! hantar ke 2939 dengan segera. '' (jadah aku ni)

3. Pergi keluar la lepak ke chill-chill dengan kawan-kawan, buat aktiviti bersama. best woo aku cakap, lagi-lagi dapat kepala yang sama. semua benda jalan. 

4. cuba buat list to do ke, list to not do ka, atau tak buat list langsung pun boleh, benda-benda yang kau tak pernah buat, nak buat tapi tiada encourage nak buat. faham? sebagai contoh. Aminah berniat mahu membeli buku harry potter limited addition punya. tapi tiada duit. mana nak dapat duit? pikir la woi! macam mana nak dapat. tak kan benda macam tuh nak suruh aku listkan. try buat, capaikan impian kau. you will be proud as a single person do something yang ''doh! nie usaha aku sendiri doh!'' siapa cakap mereka yang single nie tak berkemampuan. (eh?)

5. perbaiki diri. cermin diri. bukan cermin diri untuk letak blusher, mascara bagai tuh. cermin diri, lihat kekurangan diri. try improve your self a little bit honey. istiqamah dalam sesuatu perkara, walaupun kecil tetapi berterusan allah bagi ganjaran. Niat berubah pun allah dah bagi pahala ini kan pula kita berubah betul-betul punya.

6. bersangka baik dengan allah sentiasa. jangan nak pikir ''allah tak sayang aku ke hapa''. jadah kau cakap allah tak sayang kau. kalau allah tak sayang kau, entah ke mana la kau sekarang. thinks positive awak yang comel. awak boleh. bukan tak boleh. (cakap pada diri sendiri juga)

ok. habis. itew nak pergi sidai baju, basuh bilik air...ermmm lagi itew nak tengok movie... 



ok bubye sayang-sayang itew semua..


satu  je aku cakap '' every each person allah dah tetapkan kita dengan siapa, tak di dunia, syurga sudah menanti nya dia. just be proud of your self, at least allah masih jaga kau dari godaan dunia. keep in mind.. ALLAH gila sayang kat kau''

k. bye,


salam.




2 comments:

cik amal said...

yeahh.. ada kawan.. macam kita single not available.. btw, suka yg no 1.. hehe.. :D amal singgah sini.. datang singgah blog amal :) ---> cikamal.com

Eyqa said...

muehehe..terima kasi ya cik amal sudi mengomen. disini..haha... la nie jugak itew (geli ok) singgah blog cik amal.=)