Thursday, April 4, 2013

: situasi:

Assalammualaikum~~

waalaikumsalam......

terus kepada isi penting. gua tak update blog lama sebab gua sibuk dengan segala macam. lagi-lagi running man ke sana ke sini. ke vietnam. ke china..ke situ... gua pula yang sibuk. 

isi kedua penting. status terkini. gua punya test statistik yang pertama haannnccooooorrrrr!! tapi gua tak salahkan sesiapa. salah gua sebab tak baca. 

isi ketiga pula, baru-baru nie abang gua kawen. gua pula rasa nak kawen. (eh tetiba). jadi  gua jadikan alasan perkahwinan abang gua adalah salah satu faktor test gua hanccooooorrr... 

perenggan akhir. after mid break gua ada test tarian jazz.. gua penari yang berjaya. hihihi.. (malu)

akhir kata, cuti gua, gua rasa itu bukan cuti. asigment berlambak gua bawak pulang, statistik, klinikal, psikologi budaya, abnormal... baru gua tau mid break adalah minggu untuk selesaikan kerja-kerja yang akan di submitkan lepas naik cuti. puiiihh!!

ahli keluarga gua dah bertambah. selain daripada kakak ipar, gua dapat dua ekor anak kucing baru. nama nya ceh tam (sebab dia hitam) , dan ceh pok ( sebab dia tompok) . si putih sekarang dah jadi ketua kawasan. berlagak gila dengar katanya. kene langgar sikit dengan ceh tam dan ceh pok, dua-dua di kerjakan nya. ''lu langsi, lu mati''.. kira macam tuh la bunyinya jika di transletan ke bahasa manusia. 

bawah ni gambar gua dekat kelas tari... sila hayati... 

















No comments: