Friday, February 21, 2014

Sembang 2

Dulu gua bengap kurang cerdik dalam bab agama. gua dulu selalu tukar sekolah sebab abah gua jenis suka travel. petuuiihhh!! actually abah gua polis, so memang lumrah polis suka merantau. pernah sekali gua masuk sekolah agama secara seludup  (masa sekolah rendah dalam darjah 2 gitu) gua panjat pagar belakang, gua follow ada budak yang sama tinggi dengan gua masuk kelas sama dengan dia. (konteks gua dulu, orang yang sama tinggi dengan gua kire gua sebaya dengan dia, kire macam boleh kamching la gitu). pernah jugak gua salah masuk kelas budak darjah 6, tapi apa gua dulik, ilmu harus di cari. 

ok lari cerita.

di sebabkan gua ilmu tak berapa banyak. konteks ''HARAM'' gua tak menyuluruh time tuh. 


Nak di pendekkan cerita, (gua tak suka sembang merapu-rapu) gua di takdirkan duduk sebelah azim, hensem, pakai songkok, seluar atas pingang. Die senyum, gua senyum. Gua hulur tangan, ‘’nama itew atiqah, selamat berkenalan’’. Gua senyum secun habis. Azim terkejut. Terkejut sebab aku cantik la tu~~ hihi . hati gua berbunga riang. Azim mengundur kebelakang, gua semakin kehadapan dengan tangan masih mahu minta di salam. Azim semakin mengundur dengan muka cuak. Muka gua dah sememeh, mana boleh tahan doh kene reject. ‘’kenapa tak nak salam dengan itew!!’’ gua nangis sambil hentak kaki. ‘’HAARAAAMMM!!’’ dan azim terus amik beg duduk tempat lain.

Kecik-kecik gua dah kena reject. Macam mana gua nak percaya dengan cinta.

Gua bertambah melalak, dan dukacita, sampai cikgu datang pujuk gua bawak ceklat. Gua tak nak, gua terus menangis dan menjerit  kearah azim  ‘’ kitew bukan babi la!! Mana haram!!’’. Gua terus menangis. Dan menangis, daannn~~


kurang cerdik Bengap juga gua dulu.


p/s: aimi, fana hang pa dua ja tahu rahsia nie, jangan beritahu orang lain naaa~~

Sunday, February 16, 2014

sembang 1



‘’tiqah macam kajol bila pakai baju macam tuh’’  hafizan meluahkan dengan jujur. Lagu kuch kuch ho ta hey mula berkumandang dalam imiginasi gua sendiri. 

Time nie gua masih belum kenal apa itu nafsu serakah, atau nafsu cinta atau nafsu antara berlainan jantina. Time nie pun gua belum tahu erti di sebalik senyuman budak lelaki kelas gua boy namanya, sengeh-sengeh sakan dengan gua sebab dia tangkap cintan dengan gua. Kalau gua tahu gua dengan boy boleh jadi famous couple dekat sekolah rendah sinaran budi rawang. Ah, sembang betul gua. Berbalik pada cerita asal.

Hafizan.

Dia sepupu gua. Gua tangkap cintan dengan dia lama dulu, dari gua start main kawen-kawen sambil pegang tangan. Masa tuh gua dah boleh kesat hingus sendiri guna koler baju jadi gua layak untuk bercinta. Sepupu gua yang lain juga mengatakan bahawa kami berdua kelihatan secocok bersama. Jadi (gua baru darjah satu ke dua, gua lupa) gua amik keputusan drastik, dia lah cinta mati gua.


Itu dulu punya cerita. Sekarang gua dah 24 tahun. Hafizan 27 tahun. Dulu punya cerita perasaan gua tetap sama. Sebab gua jenis setia. (meremang bulu roma gua). Hafizan pun dah bertunang tak lama lagi sudah mahu berkahwen pun. Mungkin bila dia dah bersanding atas pelamin dan lagu pelamin anganku musnah oleh azie dimainkan oleh dj kahwen baru gua akan berhenti mencintai agaknya. (petuiihhh!!)

Habis cerita.

Sunday, November 24, 2013

kita single..mehehe

Pagi tadi satu mesej pesanan ringkas masuk ke dalam inbox telefon bimbitku. aku melihat jam. ''ah baru lima lebih (pagi), ni yang aku pantang ni''. hati aku mendengus kasar. segera aku buka mesej tersebut, dan ia berbunyi 

''bersendirian pada hujung minggu adalah SALAH! jom berborak dengan geng-geng mycinta.....  hantar ke 23299 dengan segera. *&%^&** (dan ayat seterusnya aku sambung sendiri)''

Tahik kau salah.

ye, jujur aku cakap. umur aku sudah menginjak 23 tahun. Berbaki sebulan lebih aku bakal berumur 24 tahun jika di izinkan Allah S.W.T. Pada umur-umur begini, mereka bilang sudah punya pacaran, sudah punya insan di hati dan sudah punya itu rancangan ke gerbang perkahwinan malahan sudah punya perancangan untuk menambah anak yang kelima. (eh?). 

Bohong la aku cakap kalau aku tak rasa apa-apa sepanjang hidup sebagai ''single but not available'' sangat ni. kepingin jugak aku merasa di sayangi...(puuuiiihhh!!). tapi aku cepat-cepat khuznuzon. benda ni semua DIA yang atur. siapa aku nak persoalkan aku punya laki mana? tak boleh sabar? (mehehehe).

ini ada tips-tips bagi mereka yang masih lagi single but not available sangat (not available sebab aku still mak ayah aku punya hak. nak aku datang rumah. nanti aku buatkan karipap special sambil kita berbincang bila tarikh untuk bernikah. eh?) 

1. Mind set kepala hotak, ''allah simpan untuk aku, sehingga masanya akan di ketemukan di jalan yang di redhai''. bila kita dah mind set, automatically kau dah macam terima, atau reda, kira macam ''allah aturkan semua ni ada hikmah. so chill la kan. jangan gelabah sangat''. muahahaha.

2. Banyakan terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar. ( bukan aktiviti So SIAL ya adik-adik akak). Macam pergi ceramah motivasi, ceramah agama, joint camping, pergi library cari buku yang super duper peliks ke. you know, like find the interesting activity yang kau nak buat. yang macam ''why not kalau aku cuba??!!''. sedikit sebanyak ia akan hilangkan fokus anda di dalam pencarian '' siapakah pemilik tulang rusuk anda! hantar ke 2939 dengan segera. '' (jadah aku ni)

3. Pergi keluar la lepak ke chill-chill dengan kawan-kawan, buat aktiviti bersama. best woo aku cakap, lagi-lagi dapat kepala yang sama. semua benda jalan. 

4. cuba buat list to do ke, list to not do ka, atau tak buat list langsung pun boleh, benda-benda yang kau tak pernah buat, nak buat tapi tiada encourage nak buat. faham? sebagai contoh. Aminah berniat mahu membeli buku harry potter limited addition punya. tapi tiada duit. mana nak dapat duit? pikir la woi! macam mana nak dapat. tak kan benda macam tuh nak suruh aku listkan. try buat, capaikan impian kau. you will be proud as a single person do something yang ''doh! nie usaha aku sendiri doh!'' siapa cakap mereka yang single nie tak berkemampuan. (eh?)

5. perbaiki diri. cermin diri. bukan cermin diri untuk letak blusher, mascara bagai tuh. cermin diri, lihat kekurangan diri. try improve your self a little bit honey. istiqamah dalam sesuatu perkara, walaupun kecil tetapi berterusan allah bagi ganjaran. Niat berubah pun allah dah bagi pahala ini kan pula kita berubah betul-betul punya.

6. bersangka baik dengan allah sentiasa. jangan nak pikir ''allah tak sayang aku ke hapa''. jadah kau cakap allah tak sayang kau. kalau allah tak sayang kau, entah ke mana la kau sekarang. thinks positive awak yang comel. awak boleh. bukan tak boleh. (cakap pada diri sendiri juga)

ok. habis. itew nak pergi sidai baju, basuh bilik air...ermmm lagi itew nak tengok movie... 



ok bubye sayang-sayang itew semua..


satu  je aku cakap '' every each person allah dah tetapkan kita dengan siapa, tak di dunia, syurga sudah menanti nya dia. just be proud of your self, at least allah masih jaga kau dari godaan dunia. keep in mind.. ALLAH gila sayang kat kau''

k. bye,


salam.




Sunday, November 17, 2013

stigma

Assalammualaikum

first of all

Aku baru habis selesai 3 midterm dalam satu minggu juga. Behavior, research method, dan statistic 2.

yang keduanya,

Its almost 2 years studying i felt like...  everyday become hard, more hard, seriously hard, damn hard, wohooo its actually really awesome hard! (mehehe, overwhelming pula itew) until you got headache most of the time. Psychology seriously are really interesting (like seriously!) course ever yang aku minat gila.

kau dah mula start tahu mana datang benda ''itu'' benda ''ini'' dan bila start belajar dapat maklumat baru, kau akan.. ''wuooo....tak tahu pula macam ni rupanya!!''

Jujur aku cakap dari hati sanubari, aku tak berapa gemar orang ramai memanggil orang yang kurang sihat mental nya orang gila. Yeah memang aku tak suka. Pertama sebab, bagi aku semakin lama seorang itu di sogok di sogok ''kau gila,! woi orang gila woi!! eh die tuh memang gila''  , semakin orang yang kurang sihat mentalnya itu bertambah gila. Gila sebab mereka di panggil gila. Ada faham?

ok. macam contoh, halimah badan die chubby sikit, sikit je. orang sekeliling dah mula cakap. ''halimah, badan kau dah berisi la!'' ''halimah, ommo, ang macam dah gemuk sikit naaa''.. 

Andai kata halimah ni seorang yang sensetif (introvert punya budak), halimah mula down, fikir itu ini, ''ah aku dah gemuk, tak cantek. '' Halima punya mind set ''gemuk, tak cantek'', dan akhirnya halimah memulakan tindakan drastik, amik pil kurus bagai, diet tak tentu hala... dan...

Sebenarnya kita sebagai masyarakat, merupakan salah satu penyumbang kepada kenaikannya peratus  pesakit mental di Malaysia. Suka sangat judge, provoke, melabel, dan meletakan taraf yang entah hapa-hapa kepada golongan begini.

yeah, it us,

Cuba try search penyakit schizophrenia. Baca, hadam, hayati dan rasa... (Eh?) . kau baru tahu depa yang berpanyakit begini terseksa nya bagaimana. Bukan mereka hendak begini jadinya. Halusinasi, delusion kau ingat depa saja - saja meraung, gelak tak tentu hala.  





Cuba dengar ini, baru kau tahu hidup siapa yang lebih kasihan sebenarnya. Aku tak galakkan sesiapa yang berjiwa lemah dengar ini audi punya video. Nanti aku takut pula lain jadinya, ==''


Kita boleh overcome, boleh tolong ini semua orang yang kurang sihat mentalnya. Sokongan, Perhatian, STOP LABELING, STOP JUDGING, STOP DISCRIMINATION, dan Stop la apa -apa yang perlu di stop. Banyak kan pergi kempen mental health (cakap begini sebab baru pergi hari itu). Wujud kan kesedaran dalam diri anda, Anda mampu mengubahnya. (Mehehe)

Banyak kan baca, baru kau tahu rasanya macam mana.

Tolong mereka, baru mereka tahu mereka bukan keseorangan dalam semua benda.

kita ada, kau ada, kita semua ada.




sekian.






Wednesday, October 9, 2013

tet tet


Aku mual menjadi yang baik
muak aku terima dengan membabi buta
ini hari aku mahu bangkit dari sisa
pergi buang sama memori lama.

lebel lah aku tak ingat siapa yang bela,
mari,
persilakan judge aku,
mengata aku tak kenang dunia dan cinta,
tapi pernah kau rasa jadi loser setiap masa?

omputih cakap ''hell yeah!!''

naahhh jalan cerita aku berbeza,,,

walau derita mana,
aku tak kan maki sang pencipta yang takdir kan ini semua,
ini semua jalan aku masuk syurga,
alhamdulillah bagi aku masa perbetulkan segala.

kali ni,
aku akan bangkit menjadi lone ranger
biar mereka berkata,
biar hati mereka rasa,
aku dulik apa,
aku yang meratap hiba,
yang lain pula yang meraung tak tentu hala,


janji sang pencipta tahu aku rasa apa.


nukilan
ibu angkat sungai bil








Monday, September 23, 2013

: bunga :

 




http://novitasechan.files.wordpress.com/2007/11/novita-bunga-mawar-60x70-oil-on-canvas.jpg



ya, bunga akan layu jika tidak dibaja
di siram
di tadah di tengah mentari.

Ya. yang masalahnya
bunga yang aku ''tanam''
aku tak ''siram''
pedulik sama baja
apatah lagi cahaya..

ya, sekali aku terluka
luka aku bernanah sampai hujung masa
jangan tanya aku kenapa..
tiada jawapannya.

tapi kenapa ''bunga''?
makin aku abai,
makin menyanyah kau berkembang.
makin ligat kau berkelopak.
 makin asyik kau menggoda.

Bertahun berlalu,
bunga itu masih ada di situ
masih lagi aku letak di hujung gelap dunia,
masih lagi aku abaikan bajanya,
dan malangnya..

 masih lagi cinta yang sama..

Monday, May 27, 2013

:pfftt :



SEMINGGU SEBELUM FINAL





4 HARI SEBELUM FINAL






ESOK NAK FINAL


boleh gila naaa..~~



Ya allah elakkan la aku dari macam nie...~~

''padahal'' ==''

; IA teruk WOI :

Assalammualaikum~~

nak berbual fasal final lagi.

final sudah makin mari
perangai masih tahi
carry mark pula manyak langsi
memang bikin tempah ''mati''
masa dalam dewan periksa nanti
baru lah time tuh kau tahu langit rupanya tinggi
ahh yang pelik rajin pula kau menyanyah kat sini,
pfffttt~~~

haa... dah mula merapu kau....


tolong sesiapa yang setaraf emosi dengan aku, bagi motivasi..


3/6 - abnormal vs cross cultural psychology (2 paper nak kene hadam otak)
4/6 -  statistik
5/6 - clinical psychology
6/6 - tada
7/6 - psychology moral
14/6 - environment psychology vs English 3.


haa.....

huuu.....


ok. salam.



MOTIVASI ~~







Saturday, May 25, 2013

: Bermalasan-malasan san :

Assalammualaikum~~


seminggu lagi final bakal menjengah...

Satu hapa aku tak prepare lagi. yang pelik blog rajin kemain kaw nyah update. ==''.

next week ada lagi last presentation. lepas tuh, aku free. bajet time tu la baru prepare. kononya.

tiada apa sebenarnya nak tulis cuma perasaan aku sekarang ialah :

'' kalau gue tahu begini jadinya weekend gue, baik gue balik rumah berdondang bersama keluarga!''

ya. weekend yang buat aku hilang mood dari segi segalanya.

ok. untuk meningkat kan lagi  motivasi anda.. eh silap! aku. aku yang si pemalas. sila fahami gambar di bawah.



haa... sentap kaw!


ok. salam.

Friday, May 24, 2013

: HATI :



: sumber dari pieces of life :

hati sakit
Fikir kena sembunyi semua perkara
fikir jaga hati sama semua,
fikir itu hal kau kena jaga segala,

hati perit
hati kau tiada siapa mahu peka,
jiwa kau mereka tak kira
ingat kau boleh tangung bala.

ah, hati
bertahanlah sehingga nyawa kau di tuntut olehNYA,
ah hati
bersabarlah sayang, 
doa pada pencipta,
wujudkan hatimu kebal dari luka,
ah hati,
jangan berkira jasa kau apa pada mereka,
cukuplah kau cuba berbakti itu semua,
 untuk  balasan 
moga kau lepas masuk syurga.

Hati
sediakan dirimu cantik 
pabila bertamu dengan DIA
Sang Pencipta Alam Semestar.







Thursday, May 23, 2013

: soooo :


Mengenali jejaka semanis kau,
membikin aku termalu,
termalu dengan semua perkara,
secara tiba-tiba pemalu aku ya amat over tak terkata,

ya,
''kau begitu tampan''
''tampan dari segi perilaku''
''tampan dari segi adab mu''
dan kau terlalu anggun bagiku,

dan, aku pula mahu menjadi rupawan dari segi segala.

mahu kau lihat aku sebagai yang sempurna.

aku malu untuk berkata aku suka,
malu sehingga pandanganmu ku rasa boleh meruntunkan jiwa.
berhadapan, lidah ku kelu. 
berhadapan aku kaku.
minda penuh kata-kata.

''ah hari ini apa khabarmu ya?''
'' kamu ok?''

yang keluar dari bibir.

tiada.

sekadar senyuman yang melambangkan malu kau mula jadi penjajah segenap negara jiwa.

hati menjerit.

pandanglah sini,
lihat aku,
senyumlah denganku,
hanya untuk aku,

sekali lagi.

aku malu.

malu  rasanya seperti bongkah ais yang mula mencair.
mula mencair... dan terus mencair 


deras hati mahu berkata

"mahukah kau menjadi aku punya kawan, hai si tampan?"

aku mahu menjadi kawanmu
aku mahu kita berkawan.

jujur dari hati aku mahu kita berkawan.

namun si tampan,

aku tahu di sebelah mu sudah ada penyokong setia,
sudah ada kasih yang tercipta,
sudah ada dia yang mencinta.

ya.

aku malu,

kerana aku tahu aku bukan layak bagi mu

untuk cinta mu,

biar aku belalu bersama maluku

yang selamanya akan terus mencintaimu...


i'm

so so so in love
so in love with you


~ THE end ~





: terlalu malu untuk mencintai :

Sunday, May 19, 2013

: aku tunggu :





: still waiting for him. even know he already have someone  :

some say its stupid
like ''menunggu bulan jatuh keriba''
but not me..
me like ''alang-alang cucuk buah nangka, biar kasi jatuh. nampak hasilnya.
~pfffftt~

aku menilai cinta dari dalam, 
bukan luarnya,
bukan kacak semata,
hati baik, aku cinta.
dulik sama itu luar rupa apa.
janji boleh bawa aku sampai syurga.


Thursday, May 16, 2013

: lelebih pula :

Assalammualaikum..

seperti yang diketahui wa student psychology, so bila berbicara tentang psychology lu orang semua ingat wa boleh baca personaliti orang, lagi ayam mengarut boleh baca apa yang orang fikir.

''eh biru macam mana ek personaliti dia''
''kau tengok aku suka baca novel, ayat aku jiwang, macam mana ek orang macam aku''
'' aku tengah pikir apa sekarang nie''

yang tak boleh bla, dah senyum seorang diri.... ''hihihi... teka la aku fikir apa''

sabar wa ada tahapnya.

actually student psychology bukan bermain dengan, warna apa, kau macam mana orangnya. kami bermain dengan statistic, testing, penyelidikan, spss, simbol, otak, neuron, synapse ,, *&%, #@!% dan lain-lain. ok. sekarang mari berbicang dengan wa, mana datang ''aku suka warna biru dengan synapse apa fungsi dia?''.

buat kesimpulan sendiri. 

ok mari ke topik selanjutnya.


: bila kami sudah memahami serba sedikit tentang disorder (penyakit mental) :

dulu
" wooohh. tensen wo assignment berlambak''
sekarang 
''wa boleh dapat depression kalau macam ni banyak punya kerja''

dulu
''eh nebes nyeww nak present''
sekarang
''anxiety dah mai da. dia da mai''

dulu
bila senyum sorang-sorang. ''woi pehal, tak center ea?"'
sekarang
'' woi scyzho dowh kaw, sengih sorang-sorang''

dulu
'' eh kaw memang pembersih ek, tak suka bersepah''
sekarang
''obsesif kompalsif kau dah datang la tuh''

dan banyak lagi ayat yang kami praktikan.

ni poyo je lebih. 

jangan tiru ayat nie, kang tak fasal-fasal isu sensetip timbul.

ok.

sampai sini.


Wassalam~~


Monday, May 6, 2013

- makan-makan bersama awak semua -

Assalammualaikum~~

tetiba rajin nak update.

petang tadi. (ari sabtu, isnin baru nak keluar dari draft)  kira petang semalam la. sebab dah pagi, wa ajak member wa lepak makan sama. rancang ahu pergi Kuala Selangor. 

Jalan-jalan cari makan punya rancangan, jadi kenyataan.

dalm map tunjuk 5km dari tanjung malim. punya kemongokan nya wa, wa caya seratus peratus apa yang di bilang map. bila pikir logik, Tanjung Malim > Kuala Selangor = 5km .terencat ke haper gua nie???

berbekalkan informasi 5km, gua cukup yakin yang kuala Selangor tu dekat. 5km?? what da... la kaw tiqah. sampai sekarang bila gua pikir... pffftttt~~~~

dalam perjalanan, hati gua riang sampai kuala kubu, member gua tanya ''lepas ni lalu mana??''

................

dia pandang.

.................

kevevalan gua terasa bila ''woi!! apsal gua boleh tak search lalu mana, belok mana??''. (sebab gua rasa, 5km tuh lagi penting. -puiihh!!-)

and then member-member gua cool ja... bla..bla... rupanya 50km ke kuala selangor. ==''

tapi, once again member gua semua cool ja... mungkin sebab kempunan Mee udang.

sampai la destinasi pertama. Karipap gergasi.


                                          
karipap ni memang ohsome. ayam besar betul!!





eh tetiba? ni wa? (wa rasa mesti ada yang owang kutuk wa sebab buat muka canni)


farhana. member khencing wa dari dulu.





naza. dia ni alang-alang nak balik ikut sekali. seperti peribahasa. ''menyelam sambil cari udang''




nie inti dalam karipap tersebut. nampak kecik sebab wa kecik kan megapixle.






Destinasi kedua. mee udang. 


member wa makan tapai. sadap katanya.



mee udang sampai.


ni komen dari wa. korang semua namapak macam sedap je kan. haaa mak tersentap masa dapat mee udang nie. first kuah caiq, secong udang banyak tapi siyes tak fresh, macam kuah di panas balik. pekh! wa datang dari tanjung malim ke kuala selangor macam nie depa layan wa. hahaha.



di sebabakan harga rm 8.50 semagkuk. terpaksa licin kan gak.


next destination. Cendol bakaq.



nie cendol pulut. rm 3.00


ni cendol bersama pulut dan durian. bau durian dia, pekh! rm 3.50


nie cendol vvip 2.50 ja. 


ada nata de coco. tapi siyes cendol dia memang mantap. semua berasa. santanya, gulanya. mantop!



nie sebelum balik punya santapan.




 beliau penat.

wa pun tapi masih manis. ececeh.








ok sekian. bye,.