‘’tiqah macam kajol bila pakai baju macam tuh’’ hafizan meluahkan dengan jujur. Lagu kuch
kuch ho ta hey mula berkumandang dalam imiginasi gua sendiri.
Time nie gua masih belum kenal apa itu nafsu serakah, atau
nafsu cinta atau nafsu antara berlainan jantina. Time nie pun gua belum tahu
erti di sebalik senyuman budak lelaki kelas gua boy namanya, sengeh-sengeh
sakan dengan gua sebab dia tangkap cintan dengan gua. Kalau gua tahu gua dengan
boy boleh jadi famous couple dekat sekolah rendah sinaran budi rawang. Ah,
sembang betul gua. Berbalik pada cerita asal.
Hafizan.
Dia sepupu gua. Gua tangkap cintan dengan dia lama
dulu, dari gua start main kawen-kawen sambil pegang tangan. Masa tuh gua dah
boleh kesat hingus sendiri guna koler baju jadi gua layak untuk bercinta.
Sepupu gua yang lain juga mengatakan bahawa kami berdua kelihatan secocok
bersama. Jadi (gua baru darjah satu ke dua, gua lupa) gua amik keputusan
drastik, dia lah cinta mati gua.
Itu dulu punya cerita. Sekarang gua dah 24 tahun. Hafizan 27
tahun. Dulu punya cerita perasaan gua tetap sama. Sebab gua jenis setia.
(meremang bulu roma gua). Hafizan pun dah bertunang tak lama lagi sudah mahu
berkahwen pun. Mungkin bila dia dah bersanding atas pelamin dan lagu pelamin
anganku musnah oleh azie dimainkan oleh dj kahwen baru gua akan berhenti
mencintai agaknya. (petuiihhh!!)
Habis cerita.
No comments:
Post a Comment