Thursday, April 4, 2013

: situasi:

Assalammualaikum~~

waalaikumsalam......

terus kepada isi penting. gua tak update blog lama sebab gua sibuk dengan segala macam. lagi-lagi running man ke sana ke sini. ke vietnam. ke china..ke situ... gua pula yang sibuk. 

isi kedua penting. status terkini. gua punya test statistik yang pertama haannnccooooorrrrr!! tapi gua tak salahkan sesiapa. salah gua sebab tak baca. 

isi ketiga pula, baru-baru nie abang gua kawen. gua pula rasa nak kawen. (eh tetiba). jadi  gua jadikan alasan perkahwinan abang gua adalah salah satu faktor test gua hanccooooorrr... 

perenggan akhir. after mid break gua ada test tarian jazz.. gua penari yang berjaya. hihihi.. (malu)

akhir kata, cuti gua, gua rasa itu bukan cuti. asigment berlambak gua bawak pulang, statistik, klinikal, psikologi budaya, abnormal... baru gua tau mid break adalah minggu untuk selesaikan kerja-kerja yang akan di submitkan lepas naik cuti. puiiihh!!

ahli keluarga gua dah bertambah. selain daripada kakak ipar, gua dapat dua ekor anak kucing baru. nama nya ceh tam (sebab dia hitam) , dan ceh pok ( sebab dia tompok) . si putih sekarang dah jadi ketua kawasan. berlagak gila dengar katanya. kene langgar sikit dengan ceh tam dan ceh pok, dua-dua di kerjakan nya. ''lu langsi, lu mati''.. kira macam tuh la bunyinya jika di transletan ke bahasa manusia. 

bawah ni gambar gua dekat kelas tari... sila hayati... 

















Wednesday, March 20, 2013

- wedding -












Hope when this day come... everything will be okay.
Aminnn~~









 ::::: Inai night :::

Monday, March 11, 2013

- ACIK CLEANER -

assalammualaikum~~

Gua malas nak intro lebih, mari masuk panggung terus.

Cuaca pagi itu suam-suam kuku. panas idok, sejuk pun idok... bagi aku cool ja... sedang menaiki tangga menuju ke rumah, gua tercari-cari acik cleaner india perempuan. selalunya dia dah sampai bawah bila pagi macam ni. oh! baru gua teringat. gua habis kelas jam 9, kelas abnormal batal. terlalu awal acik cleaner untuk sampai bawah dengan sampah. sampainya gua dekat tingkat dua, gua terserempak dengan acik tuh. macam biasa gua tegur.. 'auntie'... and then dia pun balas..'' yaa...' sambil senyum manis. gua berlalu pergi, sebab acik  tengah kusyuk memunggah sampah. baru gua nak bergerak pergi... ''nauzubillah..!!'' ucuk (puihh!! gedik!!) busuk ya amat baunya!! mungkin sampah dari hari jumaat, sebab tuh baunya macam haiwan yang telah reput. (gua tak patut lah nak cakap baunya macam haram, bangkai. kan kasar bunyinya tuh! ). suddenly gua macam pekh!! gua salute sama itu acik cleaner. dari atas gua tengok acik mengutip sampah di dalam tong sampah tanpa sedikit cuak, mual di mukanya. kalau gua yang angkut, kat situ jugak gua sembur isi perut. gua salute sama acik sebab boleh angkat berplastik beg sampah dari tingkat lima hingga ke bawah tanpa di bantu. sebab selalunya gua balik kelas, bertimbun dah sampah kat tingkat bawah. yang gua kesal, certain budak-budak ni, tak tahu nak letak sampah di dalam tongnya. puihh!! la, takkan acik tuh nak kena tampal kat setiap tingkat ''bagaimana cara membuang sampah dengan betul''.. gua marah, tapi acik buat keje dengan senyuman ja. tak da langsung mimik marah kat riak muka acik. 

honestly, gua kesal dengan diri gua. yang tidak sedar dek untung. gua merungut sana, merungut sini bila di timpa hal yang di cari sendiri. keep complaining and complaining. acik boleh buat keja dia seharian dengan baik, apahal gua tak boleh. gua just belajar, buat asigment  apahal gua nak merungut bagai? di banding dengan acik hari-hari angkat sampah. jangan cakap ''woi, nie asigment, aku belajar. guna otak.'' puihh la!! ingat acik angkat sampah tak guna otak? testla angkat sampah dari tingkat lima sampai bawah dengan efisyen.. ada bran?? (sound diri sendiri)

moral. kita patut bersyukur apa yang telah allah tentukan untuk kita. apa yang Maha Esa tentukan, ada hikmahnya, ada di sebalik tabir pembikinannya... ada sesuatu yang tersirat di sebalik ujiannya. muhasabah diri. start from today, atiqah, awak yang chantekkk lagi molek ringan kan mulut mengucap syukur even itu adalah ujian yang berat. fighting!! 


Salam....

Saturday, March 9, 2013

- ta taw -



Jangan panggil aku bijak,
'bijak' aku memerlukan usaha
bersengkang mata,
jangan panggil aku pandai,
aku kurang enak orang panggil aku pandai,
sedangkan dia lebih yang di jangka,
aku tak bilang aku bodoh,
tapi kepandaian aku belajar dari kebodohan,
jangan kritik aku pandai segala,
cukup menyampah,
bila cuba utarakan isi fikiran,
yang dipandangnya sinis,
tapi hati siapa tahu,
memaki segala,
Aku cukup tidak boleh masuk,
bila orang bilang,
hidup ni bagai perlumbaan,
kenapa berlumba?
sedangkan kita boleh maju bersama?
puiihh la sama sifat persaingan,
jika di susuli rasa iri hati,
peduli sama judge orang,
yang penting hati sendiri,
kalau kau fikir kau betul,
jangan gelabah,
pendapat mereka kau fikir positif,
Biar kita dikritik,
jangan di kemudian hari,
kita jatuh tergolek.

Sunday, March 3, 2013

_ Cintuuuiiiih _

Assalammualaikum





haaa... comel tak ai lukis...

Love till jannah..

oh apa itu love till jannah?

Cinta sampai syurga.

Ai mengimpikan sebuah percintaan yang halal, yang ::


ahhh... kenapa hati ku berdebar debar bila mata bertentangan... astaghfirullah.... ya allah andai itu hanya godaan syaitan jauhkan lah... dan andai itu pandangan dari mu... letakkanlah aku dalam keadaan berserah....

memang clishee kalau aku yang cakap...

ya. aku mengimpikan percintaan yang menjatuhkan pandangan bila bertemu,
yang tersenyum dari kejauhan pabila melihat,
ya, yang gembira bila bertamu...

aku mengimpikan percintaan yang aku terhindar dari godaan,
yang bila masa mengetemukan,
pada yang benar menjadi pilihan,
pilihan dari yang pasti, itu tuhan.


sekali lagi ya,
andai yang jauh itu membataskan,
aku harap ia di dekatkan,
di dekatkan dengan cara yang halal,
di satukan dengan rahmat tuhan,
di naugkan di bawah keredhaan.....


clishee -clishee...


tapi sejujurnya inilah percintaan yang aku dambakan... walaupun aku tak delah mhinaaaattt sangat dekat sesiapa....kalau tiada jodoh, biarlah setia ini hanya pada yang halal. walaupun yang halal itu tidak nampak bayang. so what? andai bila aku diketemukan dengan sang pemilik cinta, biarlah aku sudah dalam keadaan bersedia... bersedia untuk mengharungi bahtera kebahagaian bersama... (kalau member aku baca ni. die tuiiihh kan aku!)




ps : apsal aku tetiba rasa macam nak tuihhh!! kan diri aku?

Friday, March 1, 2013

:: Kerapu ::

Assalammualaikum~~

First op all.... aku nak cakap

 '' kau memang poyo gilak! peminat konon! podachi la woi! dulik apa ngan setia kaw! hahaha. anyway kaw punya DSLR memang meletop nyah!! jangan lupa tangkap pic makanan, tempat cantik-cantik atau si khecik kaw tuh haaaa hadoi!! kata setia, tunjuk la buah hati kaw tuh. chet!!''

ok enough untuk memaki beliau.

Mari. Benarkan aku bercerita.





Ini aku. Berumur 23tahun. aku di lahirkan di muar johor. di besarkan di merata tempat, sebab ayah aku polis. selepas beberapa kejadian dan peristiwa, di pendekkan cerita aku sekarang sedang membesarkan diri di Melaka. aku kurang faham kenapa orang sekeliling aku mengatakan muka aku ganas dan mengaitkan dengan Melaka. Muka aku connnn kot!! (selepas di edit, tambah gray colour, kasi tutup bahagian jerawat and blurkan nya supaya tak lah nampak aku tak chantekkkk haaa )

Melaka, mengajar aku menjadi seorang pembuat kuih, penjual kuih dan pencipta kuih merapu. Melaka juga mengajar aku, bahawa setiap kali jatuh, jangan lama-lama, bangun dengan segera. eh? tetiba. Setiap kali akau bake kuih, sure tak jadi. sebab aku maen tabur. pergi dulik la sama dengan 100gm gula, garam secukup rasa, serbu penaik satu  sudu teh, tepung ikut suka! apa depan mata, aku tabur dalam mangkuk, pung pang! siap, makan. selalunya aku makan seorang. sebab ahli keuarga lain kata depa dah kenyang. ceh.

ok. da la.

Salam

* serioussss aku malas nak taip!! 



Friday, February 22, 2013

:: Serabut ::

Assalammualaikum~~


Baru sem tiga, gua dah merungut. bukan merungut, more to complain kot. Sem ni, subjek yang gua amik agak macam wanita keparat koprat yang ada meating berjuta-juta. bila dah berjuta-juta kene berusaha bersungguh. dah nama pun berjuta. Optional course gua sem nie ke bidang clinical psychology. actually aku ada dua option. either counselling or clinical. so gua pikir, pikir, masa diploma gua dah amik kaunseling, why not masa ijazah gua try something new. try to gain more knowledge, new knowledge. clinical psychology more to experiment, assessment and what so eber la. more deeper, and more harder. kata namanya new knowledge, kene mancabar sikit maaa.... antara subjek yang gua amik clincal psychology, abnormal, environmental, cross culture dan lain-lain.

gua nak higlight kan statistic. disebabkan my beloved lecture gua tuh pregnant, so every chapter go through like ''zussss'' ''feewwww!!'' macam eh aku baru nak paham chapter satu, lecture aku dah explain tentang setengah bab 2. faham? punya siput kefahaman gua dengan math. gua bila nak hadam semua benda tuh, gua punya mulut akan separuh terbukak. itu tandanya ''cukup sampai sini''.

but, alhamdulillah, kefahaman gua bertambah bila gua balik rumah buat review sikit-sikit. gua bukan pandai. bila tak pandai kene usaha. 

doakan gua supaya memiliki otak yang mampu hadam dengan cepat, pantas dan jitu. 

''who said life is harder? our life become harder when we don't have nothing to achieve ''


salam cyunx!

Wednesday, February 20, 2013

:: KAU ::



Kau fikir kau betul,
di mana jari yang kau tunding,
ya, dia lah yang penyebab segalanya,
Kau fikir kau betul,
gentar kau kuat, tangan kau bagai terlekat,
bila kau tahu itu salah kepunyaan kau,
sekali lagi,
di mana jari kau tunding,
ya, dialah puncanya,
bukan kau.
di sebabkan Kau fikir kau betul,
kau alpa,
kau lupa,
di mana jari yang kau tunding,
ya, dia lah diri kau yang sebenarnya.

Kenapa gua tetiba buat entah apa ayat di atas secara tiba-tiba.'' lalang tak kan berbunyi sendiri kalau tiada angin yang meniupnya. dan pokok tak kan tumbang kalau tiada gergajinya. makin gua menginjak ke angka tua, makin gua sedar. hidup gua lagi banyak dosa dari pahala. gua lagi banyak menceritakan keburukan dari kebaikan semata-mata. gua lupa, yang penebus segala dosa, adalah amalan seharian gua. gua alpa untuk mengumpul pahala. 

tetiba gua feeling. gua baru perasan. gua membenci mereka yang membuat dosa, tetapi bukan dosa yang di buatnya. gua yok-yok oh menceritakan itu ini tentang mereka, bukan tentang dosa yang dilahirkan nya.bukan mengambil pengajarannya. bukan ada niat untuk membantunya. ah! sekali lagi gua alpa, pembuat dosa di hapuskan dosanya dengan berubah. kenapa gua berfikiran kontot membenci pembuat dosa sedangkan gua salah seorang daripadanya. Astaghaa... 

Everybody can change. with a sins you will never got a pahala. u'll never learn from the mistaken, you'll never become much better. dan kau tidak akan serapat dengan Allah s.w.t. why hate the sinners? sedangkan kita pun sama. sebelum tunding orang lain, mari tunding diri kita. kita berubah sama-sama. sedangkan aku pembuat dosa yang sedang mencari pahala. yang meminta ALLAH memberikan cahaya. yang memohon Allah menghapuskan dosa.





Sekian.


Sunday, February 17, 2013

:: Mastery of Love ::




“If we can see ourselves the way we are, that is the first step toward self-acceptance - toward stopping the self-rejection. 

Everyone has a price, and Life respects that price. But that price is not measured in dollars or in gold; it is measured in self-love. How much you love yourself - that is your price - and Life respects the price. When you love yourself, your price is very high, which means your tolerance for self-abuse is very low. It's very low because you respect yourself. You like yourself the way you are, and this makes your price higher. If you don't like things about yourself, the price is a little lower.

Sometimes the self-judgment is so strong that people need to be numb just to be with themselves. If you don't like a person, you can walk away from that person. If you don't like a group of people, you can walk away from those people. But if you don't like yourself, it doesn't matter where you go, you are right there. To avoid being with yourself, you need to take something to numb you, to take your mind away from yourself. Perhaps some alcohol is going to help. Perhaps some drugs will help. Perhaps eating – just eat, eat, eat. The self-abuse can get much worse. There are people who really feel self-hatred. They are self destructive, killing themselves little by little, because they don't have the courage to kill themselves fast.” 


[The Mastery of Love, by Don Miguel Ruiz]

:: RODA ::

Assalammualaikum.


Tumolo saya akan start new semestar, di mana saya akan menghadapi ujian yang lebih superb hebat dan di harapkan setiap ujian tersebut Allah permudahkan hendaknya...amin.

ok. apsal saya tetiba menulis tajuk entry saya kali ni bertajuk roda?

Mari. Benarkan saya bercerita, habiskan cerita sebelum anda menyuruh saya ''listen''. - aku tak boleh bla dengan isu tuh. hahah -

hidup ni ibarat roda, kadang kita senang kadang kita susah
hidup ni ibarat roda, kadang kita di atas, dan tanpa kita sedari ''eh bila kau kat bawah?''
hidup ni ibarat roda, kadang kita pakai touch, dan tanpa kita tahu kenal erti susah kita lupa fungsi ''tekan punat''

tetiba.

Kerana keriakan hati dan ketakburan jiwa, gua dari dulu kalaw nak beli phone yang ori tak nak trait in ea? orang kata. gua akan bagi adik gua pakai atau sesiapa yang teringin memakai handphone yang bila mesej masuk ader ringtone. ada up sikit.

Sejujur gua cakap, keriakan gua memakan hati dan sanubari gua sendiri.


TRANSFORMER HP GUA


gua pakai phone jenis ni masa KUIM. guna duit pitih. tapi versi pink. 



beberapa tahun kemudian gua kerja gua beli hp up sikit guna gaji. sony gua bagi adik gua pakai.



gua bosan guna touch. gua beli phone ni. corby gua bagi ibu gua pakai. tidak sampai setahun phone mangang  ni rosak. sesumpah!



latest gua punya phone. ni versi lawa,

versi kat tangan gua sekarang nie versi ikat pakai getah kuning sebab cover belakang dia tak boleh lekat. keypad depan huruf dah ilang, battery gua baru lepas cas, tetiba berbunyi ''low battery''   katanya. bila gua cas pula die bilang dengan gua ''battery full''. split personality. gua tak berani bukak nada dering ke hape. gua ''silent'' kan handphone. bila ibu gua call, gua keluar bilik, pergi balkoni, tutup sliding door, gua cakap pelahan. gua tak nak orang tahu gua guna phone yang di sertakan dengan getah. ahhh..

yang kelaka, (bagi gua kelaka la), bila gua cakap dekat ibu and adik gua yang handphone gua rosak masing-masing sorok phone, pikir gua nak tuntut hak gua balik! memang niat gua pun nak amik balik. tapi gua bukan buruk siku. gua sabar. ada duit gua beli lagi gempak. 


hidup ni, seperti gua cakap ibarat roda


p/s : gua mulanya nak try bahasakn diri gua saya. ah, baru suku perenggan gua malu sendiri. menjadah.

Saturday, January 12, 2013

:: Cerita Tiara dan Mutiara ::



Assalammualaikum~~

:: tajuk hentah hape-hape::


First before baca entry aku, thanks to the 15th follower because follow my blog =). anyway nice ang punya blog. ^^

Second, before continued your reading, i would like to impom, ini last post untuk bulan ni. Ai dah nak cuti seyem. Rumah ai tiada yinternet. Ibu ai cakap, yinternet membazir. Padahaaalll......


ok. now lets begin with Bismillah~~ ((poyo-poyo)

Tiara adalah seorang yang baik, sopan santun. Tiara juga cakap dia ini suka tolong orang. Tiara kata tiara akan menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Tetapi suatu hari Mutiara meminta bantuan kepada Tiara. Tetapi Tiara cakap, Tiara tak boleh tolong. Dan selepas itu Tiara berlalu. Mutiara diam, sayu. Hujan membasahi bumi, begitu juga hati Mutiara. -di end-
p/s : cerita pendek ni tiada kaitan dengan member aku, yang hidup atau yang ..... kalau ada secara kebetulan.


Ini bagi aku macam sama maksud dengan '' cakap tara selupa bikin la anee'' untuk Tiara. You cakap tapi tak buat. You sembang itu you punya perangai, tapi apa you buat? You kompiden itu you, generous, manner, bayek, sopang santung lama-lama aku sopak kan sekali baru agak nya kaw diam bercerita baik-baik pasal diri kaw. Itulah kita manusia ( termasuk aku ) ingin baik di mata manusia pamerkan kebaikan menutupi keburukan. Itulah kita manusia, hipokrit di depan, bila di belakang?? Bak kat aku '' Menikam di belakang, Tersenyum-senyum''.

Eh! silap. sebenarnya ni bukan aku nak cerita. Tetiba mengemo kan diri.


Maksud aku nak sampaikan macam nie. ok. andai kata korang nie baik, so show me the meaning of being ''baik''.  Walaupun apa yang aku cakap nie clishee >>>  menderma darah, derma uwang pada yang memerlukan, beri bantuan pada yang tetiba hulur tangan. Na'ah dengan syarat. Kaw jangan mengungkit limah. ( aku tak sentuh mana-mana pihak. siapa nama limah saya minta maaf). Tapi itu lah lumrah kita, bila di balas baik yang dapat?? Kita terlalu memikirkan hasil daripada kebaikan. Memang betul '' kebaikan akan di balas dengan kebaikan''. Tetapi kalau hang terlalu memikirkan balasan, hang jadi macam ''tak yikhlas''. Macam feel terpikir-pikir hang punya kebaikan yang hang buat dekat orang. ( ok. sentences ni, aku tergelak kan diri sendiri. sebab? oh sebab aku jujur itu aku. Contoh? aku bagi adik aku duit pitih-pitih yen 2oo ratus jadi die harus balas dengan 3oo. Itu dah Ahlong namanya!! )


Jika kepercayaan/belief mengatakan anda baik, tunjukkan pada saya melalui tingkah laku/ behavior (tolong orang) , Jika kepercayaan/belief mengatakan anda sebaliknya, anda jahat. '' Sepandai-pandai anda menjolok buah rumah sebelah, lama-lama ketahuan juga'' 


Wassalam.


p/s :  Jujur aku cakap. Entry aku yang nie, tak sampai maksud yang aku cuba cakap kan. HOH.


Friday, January 11, 2013

:: Masih Kah Kaw Ingat::


Assalammualaikum~~


Tengah menggode-gode member gua punya hard drive, gua terjumpa gambar lama, time kiter orang kat KUIM. oh gua rindu mereka-meraka nie. kecuali fana, coz die memang ader ngan gua sekarang. Setiap masa. Honestly, apahal gambar dulu gua punya muka tak der jerawat! gua jeles betul gua yang dulu punya muka!



time nie pergi exam final


final


mucuk junior gua punya bear


panjang cerita di sebalik gambar nie. seram giler.


lepas tangkap gambar nie, gua kene maki dengan member gua. sebab Wad da pad kaw buat kat belakang tuh!



see.. gua tak der jerawat do! ==''

fana dengan gua. no jerawat.


err. fana lagi. sebab ni kemera die. opcoz la dia ader.


ok. nie gua terkejut. keding nak mampuih gua time nie. sebelah itu cyunx baby aku!


ok. macam mengandung.


see. fana.


sambut b'day satu rumah.


cun

ok. gua sangat cun. ==

dinner konvo. gua macam nenek.




Yang bawah nie pulak gua dengan fana backpacker ker Bandar Hiliq Melaka. Siyes, tergelak gua tengok gambar-gambar nie. ==''




acik beca tolong amik gambar. dah pergi ber-2, sapa lagi yang nak tangkap gambar.


''lagi sekali adik''...ha...cun


banggunan portugis kowt. lalu ja.


nie pun sama.


fana and da meliam


kaw bayagkan minah nie bawak beg macam nak balik kampung.
fana and da kapal.


fana lagi.


sekali lagi fana dengan beg kampungnya.


gua bajet.


gua memang suka bajet.


sekali lagi gua cun.


adik gua. dengan gua kurus cun. lebam dahi bukan dihantuk jerawat.

fana kaw kerus do!!


ok, habis. Actually berlambak lagi gambar. tapi gua tak larat nak letak. gua rindu kenangan lama nie. rindu betul. sebab??

''time nie gua kurus-kurus belaka, gua punya muka tak da jerawat''

Tapi, tak da gua yang dulu, gua sekarang yang menawan nie tak wujud.

Kredit to : camera farhana sakinah.


Wassalam~~







:: omak den nak niago ::


Just dialog, sebab aku malas nak mengolah isi.


Ibu     : Assalammualikum~~ sayang~~ ( bila ibu aku start panggil sayang, bermaksud ada hajat besar la tuh )
Aku   : Waalaikumsalam.. yer ibung. ibung masak per bu hari ni, ayam? ayam sup? kari? sambal? kicap? paprik? ( Gila lapar aku time ni )
Ibu    : Nasi goreng cili api bersama ayam goreng kepci dengan telur.
Aku  : Pekh!! Se... (aku belum habis cakap, ibu potong )
Ibu    : Ni, ibu nak cakap nie, ibu nak meniaga. Start bulan puasa. Ibu jual makanan macam nasi ayam, nasi tomata, macam yang genyah-genyah. ibu tak nak jual lauk ke apa. leceh. Ibu ingat ibu nak buat resepi baru. Itulah, agak-agak nak buat resepi apa.
Aku  : ayam bersama kentang di saluti tepung ranggup, dan sos istimewa dari hacik peah!
Ibu   : Tuh chicken chop!! you think i donno ka?! ( since ibu aku sedang belajar conversation in biyai, so even mesej, she also write in biyai sometimes. katanya berguna untuk bercakap dalam biyai bila dapat projek berjuta )
Aku  : Pa kata, Ibu buat nasi ayam, tapi lain bahannya. Macam chicken rice shop. 1 set lunch, ada berbagai bende alah sampai penuh meja. Ayam kepada nasi ayam tuh, ibu buat la perap pakai apa-apa, pakai resepi baru yang ibu nak tuh. Haaa..... kan senang.
Ibu    : kau cakap senang, yang buat siapa? kau? itulah orang kita nie, idea ada, cakap lebur-lebur, bila nak buat terkulat-kulat, sorok belakang orang!.
Aku   : err.. haa bu. ibu nak beritahu ni ja ker?
Ibu    : ibu malas nak cari pekerja. so both of you (termasuk adik aku) kerja bawah ibu. Kwsp tak da, gaji hari, bergantung ada kerajinan,semakin rajin semkin naik gaji, makanan tempat tinggal di sediakan. kerja dari pagi hingga malam dalam jam 10. transport di sediakan.
Aku  : ...............
Ibu    : ok. tuh ja tujuan ibu call. Assalammualikum.
Aku  : Waalaikumsalam~~ dengan nada sayu~~ 



Aku seriously, sangat tidak meminati bidang niaga-niaga bagai ni. Demi ibu, dah memang WAJIB pun ai kene la tolong beliau berniaga. Before this biasa ja, aku meniaga pasar ramadan kuih-kuih. sedangkan kuih aku dah mengenyah ini kan pula berniaga buka kedai makan, lagi menggedik! 

Ok. end for this entry. Doakan semua nya berjalan dengan lancar.

Wassalam..

Monday, January 7, 2013

:: entry bergambar ja ::

Assalammualaikum.

jawapan : waalaikumsalam

ok. entry laa nie aku nak letak gambar dengan sedikit penerangan di bawahnya. cukup.


 KUIM. ZAMAN PURBA KALA



ini gambar depan pintu rumah time dekat KUIM dulu



ini. gambar birthday kami masa KUIM dulu jugak


ini ahlinya. aku yang baju pink tunjuk peace. selendang yang aku pakai tuh la seledang pergi kelas, pekan, dinner, entah apa lagi function. ==''.


nie aku dengan member kamching punya. zaman muda-muda. cun.


nie lagi cun.


ZAMAN MELENIUM ABAD 22 . UPSI.



..........





bbq family day sem 2 psychology students



ai rajin.


ai cun. naza puyun.


ok. dah.

Salam sayang untuk semua.








Sunday, January 6, 2013

:: Anxiety With Math Disorder ::

Assalammualaikum

Before ai continue to da post. Ai would like to share my feeling right now :

Aku sedang berasa macam jelaka. Sedang mengen9 (on9) jarum jam bergerak hebat. Bila sedang membaca, jarum jam bergerak bagai sudah kehabisan nyawanya.

Tadi ai mengusha-usha blog orang. Ya la kan. Exam hari rabu. jangan risau ada dua hari lagi nak baca buku. Jangan ikut sikap aku. Jujur. Ini bukan ciri-ciri pelajar terbaik. '' Sudah berlerai baru bergadah, bila dah kene baru la taw padah''. 

Sedang ber-usha macam biasa aku akan jengah blog acik sampah ni dulu. Bila baca entry acik nie. aku terus teringat zaman sekolah menengah aku dulu. Jangan sangka muka innocent aku yang comey, senyum manis, dan diminati ramai ni tak pernah buat halc( padahal realitinya, tudung senget benget, sebelah lipat sebelah tak. baju dekat bahagian punggung warna coklat, kesan daripada duduk tak reti angkat baju, belakang lapik tudung apatah lagi. Pekh! lagi pekat ceklatnya!). Jangan juga kamu menyangka bahawa '' setenang-tenang air di laut, tiada bah akan menimpa!!''. 

Aku sangat tidak menyukai mata pelajaran math. apatah lagi Add math. Benci-benci aku, time nak pergi sekolah, buku add math aku pegang dekat tangan. lain buku aku letak dalam beg. Motif??

''woi-woi dia pegang buku add math la. mesti pandai math. untung nya dia''

Takbur aku  time hingus-hingus nie dulu. Bajet. Tapi time kelas tambahan add math, aku lari. Aku sejujurnya, punyalah tak minat dengan si Math nie, aku ponteng duduk dalam tandas. Bergosip. Time math, aku pergi luar sekolah, beli keropok lekor acik tuh sambil mencangkung tepi longkang, dan macam biasa bergosip lagi. Dan time math jugak, budak-budak aku yang lain serta aku kene kejar satu sekolah oleh cikgu cina yang sedang sarat mengandung sambil menjerit '' You semua!! mari! Ciku cakap mari!!'' sambil membawa rotan kayu. Yang untung nya aku, walaupun aku juga turut berlari, cikgu cina itu tidak mengesyaki aku juga terlibat dalam kes '' lari di kelas add math''. Sebab??

aku tahu jalan short curt, untuk masuk ke kelas, dengan wajah selumber duduk, tahan nafas ( supaya tak nampak macam baru lepas kene kejar), bukak buku add math, calculator, tarik kerusi budak sebelah.. '' woi, camner nie ek soklan no 2??''

Cikgu cina tak kan syak aku pun turut serta dalam larian tersebut.

Aku nak mintak maaf dekat cikgu cina nie. Serius. Walaupun die mengajar, aku tak paham, aku pandang luar tingkap usha cikgu praktikal encem sedang mengecat sempena hari merdeka,tapi itu la die, baik orangya. Lemah lembut, sopan santun.

Nak di jadikan cerita. SPM bakal menimpa dalam dua minggu. Time tuh aku macam insaf,  ibarat ''tepuk-tepuk dinding sambil meraung-raung''. Sebab??

Betul cakap orang. 

whats goes around come to you back?

Betul ke peribahasa nie? ok aku translet maksud.

Apa yang kaw buat dulu, akan kene dekat kaw balik. ingat '' sepandai-pandai tupai melompat, kaw ingat dia tahu terbang ke??''. tak mungkin.

Kesan daripada kejadian waktu itu, sampai sekarang kalaw sebut '' math, statistik, even korang keluarkan simbol darab tu pun, aku dah migrain. Dah boleh jadi anxiety disorder. 

Moral from my stoly. hormat cikgu anda. Tanpa cikgu kaw tak kenal sejarah dunia. Kaw tak tahu eja membangun sebenarnya ada dua ''g'' atau satu. (aku tak taw ), kaw tak kan tahu sebenarnya ''pijak'' bukan ''tijak''. ==''

Pengetahuan :: next sem aku kene amik statistik 1. bagi mereka itu '' basic'' bagi aku itu ''bala''.



Sampai sini. dan sayang semua.

Saturday, January 5, 2013

Backbiting woi!!!


Assalammualaikum~~


Kalau tak jawab dosa. Kalau jawab cinta~~ XOXO ( aku tak taw pebenda maksud simbol nie, yang pasti adik aku selalu send mesej dengan '' angah buat elok-elok ye exam ~ xoxo ~'' kebenda nie?)



:: Sometimes people hear lectures, reminders, and warnings regarding the sin of backbiting, and think to themselves, '' yeah, that's so bad, people shouldn't do that. '' The whole time what they don't realize is that a lot of what they say themselves regarding '' what's new with so-and-so,'' or '' did you hear what happened with so-and-so,'' (i.e gossip ) IS actually backbiting.'' :: SUBHAN ALLAH!

** Shaykh Saad Tasleem 

sources : Muslim Speaker Facebook



ok. back to da topic. BACKBITING atau lebih dekenali sebagai Cakap Belakang @ Sembang Belakang @ Gozzip @ Mengumpat ) sangat lumrah dan sebati dalam kehidupan seharian kita terutama Gurly gurl ye nyah! Mengapa kita cakap belakang? sebab? Tidak kepuasan hati, sakit di mata terasa di hati atau sakit di hati, jiwa dan raga sampai terlupa yang di umpatnya rakan sendiri?? Maaf ayat ini saya menyindirkan diri saya sendiri. 

Kita sering alpa. Apabila berkatanya kita tentang si Pulun dan si Polon kita sudah jatuh talak sebagai BACKBITTING!! 

 Yu Ri   : Tadi, ai terserempak dengan Yoona dengan Taeyang. mesra lagi tuh! cakap tak    couple! Ceh.
Sunny   : yeker?? eley both of them terang-terang cakap tak couple..haleee-halee...haaa... 

Haa kaw... kan dah mengumpat. Yang ini pun. aku. ya aku yang bernama NOR ATIQAH sering melakukan seperti orang yang tak sedar diri bahawa itu merupakan dosa. Masyallah. ='(

Kalau di izinkan aku mempunyai kekuatan. aku nak mintak maaf pada semua orang yang aku umpat. Aku nak cakap kat depa '' maafkan aku, kerana berkata belakang di belakang kamu tadi''
            
Andai aku punya kekuatan,
Izinkan aku meluahkan penyesalan,
Andai aku punya kekuatan,
Izinkan aku menggenggam tangan,
Benarkan aku meluahkan perasaan,

Ya.
Itu andai aku punya kekuatan.

Realitinya.

Aku insan penuh kelemahan.
maaf,
apa yang aku mampu lakukan,

Maaf,
Hanya ini yang mampu ku pohon,

Ku memohon sekali lagi.

Maafkan aku.



Sekian sini : Untuk sana ~ wassalam ~