Monday, May 14, 2012

bukan senang nak benci orang~~

assalammualaikum...

~ kalau jawab sayangggg, kalau tak jawab, eh pergi lantak leeee ~ (pantun 2 kelat)

ada seseorang mengatakan :

'' I had to make you hate me, because I do not want you in the hope that is not willing to "  (GOOGLE TRANSLET, AKU MALAS NAK PIKIR AYAT OWANG PUTIH)

Pahe dok? tidak pahe, google translet.

Bukan senang aku hendak suka seseorang, dan dalam masa yang sama bukan sesuke hati gurindam mak ilai, ilai hendak buat aku membenc seseorang. maaf jika kata-kata ku kasar apabila aku mengatakan :

''I hate you!''
aku tidak bermaksud begitu. benci aku datang apabila ada orang yang aku sayang tikam belakang, bukan sahaja tikam belakang, depan pun dia tikam, bawah, sebelah kiri, sebelah kanan, sebelah atas, segala sudut, kalau boleh ditikam, di taram dan di tikam. aku akan benci dengan orang seperti itu. 

TETAPI

aku tidak akan sesekali membenci orang yang ingin membuat dirinya dibenci...anee, itu bukan prinsip aku aneee... kejap. ini ada puisi. tajuk dia :

~~ UNTUK ANEEE ~~

Aneee

jika niat mu hendak membuatku membenci mu

lupakan sahaja anee,

anee,

tiada terlintas di lampu isyarat pun anee di hatiku untuk membenci mu

tiada juga sekelumit zarah perasaan benci itu di hatiku anee,

anee,

tiada apa jika niat mu tidak ingin hati aku terluka

tetapi anee,

anee kene ingat,,

makin anee memaksa aku membenci mu,

makin sakit hatiku anee..

makin parah hatiku anee..

anee

aku sayang kau anee...

sayangku

sebagai seorang sahabat anee...

anee

aku sayang kau anee~~


p/s : untuk dirimu MNS~~ GILA KAU NAK SURUH AKU BENCI KAU! KEJADAH?

Sunday, May 13, 2012

kesal dengan fe'el sendiri

assalammualaikum...

~ rindu seseorang?? segera lah beristighfar... moga allah permudahkan jalan kita, dan moga rindu itu bertaut di atas landasan allah ~

ya. aku merindui seseorang yang bukan hak, dan halal untukku. ( jangan cakap aku tak rindu ibu aku, family aku...rindu aku pada mereka sudah tidak tertanggung menanggung ditanggung dan segala panggung ). apabila rindu aku pada yang belum halal itu timbul, aku segera beristghfar. dan selalu bermonolog dengan diri sendiri...

'' ya allah, jika rindu ku padanya adalah lahir dari perasaan yang kau turunkan untukku dan diredhai olehmu, biarlah rindu itu kusisip kemas sebagai penghalang kepada perbuatan yang tidak mendapat keberkatan mu ''

ok. stop cerita fasal rindu.

aku kesal dengan sikap aku yang sometimes nampak macam ..

~lalala~.. hati riang pergi perpustakaan, bersama kawan, pinjam buku 2, 3 keping, bajet balik rumah baca buku dengan rajin...~lalala~ hati ku riang lagi, sampai rumah, dan kejadah la...buku campak tepi?? what the ?? ~lalala~ hati ku riang lagi dan lagi.. ~
FAHAM TAK SITUASI MACAM NIE??

cakap dekat diri sendiri mahu membantu keluarga, tapi usaha mana?

nasihat dekat kawan, mari belajar rajin-rajin, tapi, cakap tara serupa bikin!

pandai beri motivasi, kegagalan selangkah ke arah kejayaan..

what kind of motivation is that??

kalau dah berlangkah-langkah kau gagal, sampai terjatuh bagai

tapi masih tidak sedar diri

masih malas tahap mengunung everest!

kejadah la kau

usaha tangga kejayaan?

sedangkan tangga kau tak nak cari

macam mana nak jumpa kejayaan??!!

NOr atiQah Binti AbDuLlAH!

BANGUN DARI SELIMUT mu!

tunjukkan pada mereka

kau mampu!!

yeaaaahaaa!!!

p/s : lepas buat entry nie. aku masih tak sedar diri. kejadah.~~ dan ya allah tunjukkan hambaMU ini ke jalan yang benar~~

couple islamic..ada ka???

assalammualaikum...

menyanyah aku jalan-jalan kat you tube. teringat novelis cinta islamic yang terkenal dalam kalangan anak-anak dara pingitan dan juga dalam kalangan ibu-ibu kepada dara-dara tersebut. search nama beliau ''uztazah fatimah syarha''...suka bangat sama beliau.. 

so cer-cer try tengok video bawah ini...praktis kan kalau mampu, dan mari kita menambah ilmu..=)




Friday, May 11, 2012

in reality

assalammualaikum.

~~waalaikumsalam~~

lebih prefer jawabkan salam sendiri daripada paksa-paksa orang bagai supaya jawab salam.

this apternun actually otak baru lepas jam sebab tetibe akademik panggil suruh sign entah kejadah transfer kredit subjek dan whateper la kan. dulik apa aku. sekarang jam 11.58. jam 2 petang nanti aku gerak. aku dah balik rumah, landing baik punya atas katil, tiada maknanya aku akan gerak selagi tak dapat tido-tido ayam.

time aku dapat berita tuh, emosi aku rasa macam nak buat aksi nie dekat ....


~ wacha!!!! jangan memaen ngan aku time aku da landing, kalau tak memang kene la. kalau nak gurau dengan aku bab2 kesat tahi idung, kentut depan aku, maki aku ke apa, aku boleh ''kautim'' punya. tapi kalau  dah babitkan tidok aku. memang tidak boleh bla ~

dan kalau ad certain manusia yang masih tidak tahu apa itu bahasa malaysia punya linguistik... nasib korang macam nie pulak : 





dialog

aku : ko apahal kacau-kacau aku?? aku ada hutang ko ke der?
mangsa kejadian : errr...emmm
aku : ko jangan sampai...haaaa..jangan sampai...ehhh....!!

actually, that's only propaganda semata-mata. apa yang aku nak bagi hint dekat sini. bila orang tengah tido ker, take a nap ke...take a bath, or take a feeling ker.. don't disturb them. let it be..

~ respect the other private time ~ (aku maen nyanyah je ayat nie)

assalammualaikum....

err....~waalaikumsalam~    

bila dah besar nanti punya cerita

assalammualaikum...

ini bila besar punya planing kehidupan punya celita. so jangan nak memandai imagine waktu sekarang. sebab sekarang aku belum besar lagi. nanti 6 tahun akan datang, jengah balik blog ni, nanti aku post yang ''bila dah besar nanti punya cerita'' menjadi kenyataan atau tidak. sekian. wabillahwiltaufikwalhidayah...aku baru mahu mula cerita. jadi tak boleh beri waalaikumsalam.

aku plan, 6 tahun akan datang aku sudah pun mendirikan rumah yang ada tangga. 6 tahun akan datang jugak, dengan ekonomi yang semakin membangun, sambil bawak briefcase kononya padahal dalam briefcase tuh hanya mengandungi 3 helai kertas warna. briefcase tersebut menandakan aku sudah punya kerjaya. sebagai seorang wanita bekerjaya, 6 tahun akan datang juga, aku sudah punya seorang cahaya mata-mata. alhamdulillah. dan at the same time, otw cahaya mata-mata ke2. aku juga planing, sudah punya mata-mata, akan ku didik mata-mata ku dengan ilmu agama, ilmu yang ketika aku time seumur dia, aku tidak miliki. akan ku didik mata-mata ku dengan ilmu yang sudah penuh didada aku penuh kan lagi diotak. suami aku?? biarlah rahsia. kerana ini 6 tahun punya cerita. jodoh itu rahsia allah. sedangkan di waktu aku sedang menulis ini, status masih lagi belum berpunya itu milikku. dan aku bangga. aku mencari seorang imam, ayah, dan suami buat diriku. bukan pikwi, kiwi atau ciwi. 
6 tahun akan datang? siapa tahu. kita merancang. allah yang tentukan. kita memlaning bagai, jika allah sudah tentukan terbaek untuk kita, terima qada' dan qadar tersebut. 6 tahun akan datang punya cerita, hanyalah planning semata-mata. menjadi kenyataan atau sebaliknya...?? kunfayakun..

waalaikumsalam....

tak suka gilak

assalammualaikum.

aku tiada mood.

just nak cakap.

suami orang jangan kacau.

pergi lantak rumah bertangga mereka nak di tungang atau di tebalikkan.

pergi lantak jugak sama merekak mahu eppy ever apter ker eppy to the penceraian.

dulik ape aku.

tapi.

satu perkara aku dulik.

aku bencik gilak samak olak (orang)

cakap single

tapi dah kahwen.

kejadah

la.

dan kejadah juga

bila si wanita

yang mudah tersuka

sukak samak ituk lakik

~ tolong lelaki diluar sana, jangan perasan single, kalau diri sudah berwife! ~

dan

seriously

~ aku dapat laki tuh, segala jurus-jurus silat gayong aku, aku bagik samak ituk lakik! ~

p/s : hari ni, aku bagi pic kat ibu aku berjubah dan bertudung labuh. ibu cakap ''sweet gilak anak ibuk''

Wednesday, May 9, 2012

Cukup Sudah!

Assalammualaikum....

~ errmmmmm ~

    aku rasa macam munguk-munguk je, tengok cerita ''epy feet 2'', itu pun boleh menangis teresak-esak.

kejadah?

sebenarnya, banyak pengajaran a.k.a nilai moral yang kita dapat dalam happy feet tuh. antaranya ialah :
a. Be Yourself, don't you ever imitate other person. make as role model can, but don't you ever, be the other person. trust your self la!!...you can do it punya... don't believe ka? try first. ''balu you, talu sapa lu senenanya!''
 b. Your Father your helo! your mother your heloin!! 
c. Jangan argue dengan apak, sama amak. jangan nak jadi kurang ajar bagai. Dengar pendapat mereka beri dahulu. kalau tak setuju, berbincang elok-elok. bukan lari umah. Kejadah.
 d. bila ada masalah, hadapi masalah, bukan lari dari masalah. masalah nie macam saka tau. makin di lari, makin dikejar....makin cuba bersembunyi, makin lah masalah nie mendampingi...
ok. lastly...hope you olang-olang enjoy this video. tiada kene mengene dengan entry di atas.


~ kalau aku dapat kucing nie..eh hai!!..chumuwel gilak!~
 

Tuesday, May 8, 2012

' Cinta adalah sebahagian daripada naluri manusia,
maka alangkah baiknya jika tumbuh mengikut kewajarannya.
cinta yang tidak terbatas itu bagaikan layang-layang yang
terputus talinya,
dalam percintaan ada pertemuan dan perpisahan. 
kehidupan ini umpama bunga
maka
cinta
adalah
madunya~~~~''

-HAMKA-


pic bawah nie pulak berkenaan yang wajib dan boleh
dan
~yang mana tak wajib dan enggak buleh sih~


Monday, May 7, 2012

hahaha



INI AKU LUKIS
DAN
KELAKA HABIS
BAIK AKU MENULIS
DARI MELUKIS
SPOIL 
GILAK!

~hahahahah~
gelakkan diri sendiri

aku bukan wanita-wanita itu

jangan sama kan aku dengan wanita-wanita yang pernah mengelingimu,
jangan juga kamu sama kan aku, dengan wanita-wanita yang berharapkan balasan dari cintamu.
pantang sekali juga jikalau kamu sama kan aku dengan wanita-wanita yang teruja apabila melihat mu,
kerana..
aku bukan wanita itu
aku adalah wanita, yang tidak ingin mengelingimu walau sesaat, 
tetapi aku adalah wanita yang berniat mendampingi sepanjang hayat,
aku juga bukan wanita yang berharap cinta nya dibalas,
tetapi aku hanya wanita yang mengharapkan cinta itu di perkenankan oleh Allah 
agar ia menjadi halal untuk dicintai,
dan aku adalah wanita yang pantang sekali menaikkan pandangan apabila bertemu denganmu,
kerana aku adalah wanita
yang menjatuhkan pandangan ku , agar tidak dibawa dek arus nafsu..

lelaki itu, 
jika kamu adalah tulang rusukku,
wanita ini berharap agar di suatu hari nanti,
kamu halal buat ku,
tetapi
wanita ini,
jika dia bukan pemilik tulang rusukmu,
redhala dengan ketentuan ilahi,
kerana jangan dikhuatiri
tulang itu sedang mencari mu,
dan insyallah,
~dia pasti yang halal buat mu~

- wanita-wanita berkhusnuzon dengn allah selalu, nescaya allah akan bagi yang terbaek untuk kita, insyallah -

p/s ; jangan tanya mengapa aku jiwang-jiwang bagai. mungkin kerana dan entah keberapa kalinya kepala aku terhentak di dinding jamban. = ='' ..

Sunday, May 6, 2012

cara wanita dan aku pelik

Assalammualaikum.....

~ ''Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai oarang ; lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal''~
- nasihat luqman kepada anaknya -

- picisan untuk muslimah -

Mari. aku mahu stoly moly sikit tentang wanita.

semalam, 05.05.12, kaum-kaum wanita ini telah pergi ke PWTC sempena dengan karnival buku. kaum-kaum wanita ini adalah aku dan juga member hentak-hentak aku seramai 7 orang. wanita ini bercadang pada mulanya ingin bertolak jam 9 pagi. Kononnya la. wanita-wanita yang lain semua dah siap mahu berangkat tetapi seorang wanita lagi telah membangkitkan semangat amarah di dalam hati kecil ku ini. masakan tidak, sudah di call ''beribu'' kali, tidak di angkatnya. 

'' kalau tak nak guna hand phone kasi humban dalam jamban la gitu!!'' ~marah~
pergi ke hostel wanita itu dan guess what? ~baru lepas gurindam-gurindam hati senang (mandi). ya. wanita. Sukar untukku fahami.

Dalam dekat nak jam 10 macam tu, kitorang bergerak. Menaiki teksi 10 ringgit kene hentak. tiada hal kerana kalau dibahagi 4, seorang 2.5o cen. tidak mengapa. Sudah sampai stesen bus, dalam jam 10.10, tiket sold out. yang ada jam 11. Pergi lantak la. kami bermesyuarat, dan sepakat membawa berkat bercadang berjalan kaki ke KTM yang mengambil masa.....

Sampai KTM, turun tangga, nampak seorang sahabat yang sebelum naik teksi terserempak beliau dan kejap, aku cerita balik sebelum naik teksi punya celita cilakaki ;

~ SEBELUM NAIK TEKSI ~

Ada dua pilihan teksi atau bus UPSI? bus UPSI tidak kene bayar tetapi bertolak lambat. dalam jam 10. sedangkan time itu baru 9.35. kami nak cepat.

Sahabat kami ( yang di KTM ) . muka tenang. tidak mengapalah. saya naik bus je.

kami : naik teksi, cepat sikit sampai.

kesan : hambek kau! dengan bus tak dapat, di tambah dengan jalan kaki dalam setengah jam ke KTM, cukup perisa, kene bayar tambang lagi tuh. tak puas hati lagi?? plus dengan peluh -peluh kedaung mengalahkan orang yang kene tuai padi di panas terik!! and guess what again..sahabat yang naik bus tadi, sedang duduk-duduk goyang kaki 360 darjah, sambil membaca novel tersenyum melihat kami tercungap-cungap turun tangga.

sampai KTM jam 11.?? Masyallah lah kan dan cicak kobeng tol la!!. sedangkan kalau tunggu bus bukan jam 11 jugak ke?

~ DI KTM~

aku tergelak seorang diri.
bukan marah.
apatah lagi terkilan.
cuma
berpesan
seorang wanita itu sifat nya terlalu kompleks
sukar diramal
dan
kadang-kadang
tidak menguntungkan
tetapi
seorang wanita itu
cekal

'' kalau tak, takkan lah kite owang sanggup jalan kaki bagai, dan entah kejadah pergi PWTC cadang nak beli buku ilmiah kononya!! ale-ale berbuku-buku komik aku borong! Wanita! jangan ikut nafsu bagai sangat! kelak akan binasa! ( pesan pada dari sendiri )''
hikmah : allah bagi pengajaran hari itu bahawa, fikir gune hutak yang diberi, bukan guna hati yang lebih kepada nafsu semata-mata. ingatlah...

p/s : balik PWTC, aku terduduk kaku, duit poket habis, habuk pun tada, yang ada resit-resit beli komik yang bile dicombine mencecah ratusan?? KEJADAH kau la ATyqah!!

Friday, May 4, 2012

PENGAJARAN UNTUK DIRI

Assalammualakum...

~pagi-pagi lagi aku dah blog walking~

Hendak cari semangat untuk pergi kelas kononnya..dan seperti biasalah juga lah, blog yang wajib aku jengah. Buddy aku yang Pompuan tuh, impossible mahu update. katanya post beliau sangat mahal. Padahal line wifi tiada. Malu mahu bilang agaknya. And aku akan terus move on ke blog Pal aku. sampainya aku di sana. ketibaan aku di sambut oleh lagu nidji kot, dan aku terus menuju ke post beliau. DAN. muka aku suddenly jadi macam nie :


~ Tak delah macam terlentang bagai macam nie, macam sedih je~

'' Memang betul apa yang beliau sampaikan, apa yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Jangan salahkan Yang Berkuasa apabila takdir tertulis untuk kita itu tidak seperti yang kita harapkan. Maha itu mahu kita belajar dari kesilapan bukan terus dimanjakanikan. Jangan menangis apabila presentation kita spoil gilak! Sedangkan kamu sendiri tidak usaha untuk membantu diri kamu sendiri. Sapa suruh hang pa buat kerja last minit. Jangan merungut apabila keluar dari dewan peperiksaan ''SIOL LA AKU TAK DAPAT JAWAB SOALAN TUH!'' tetapi muhasabah diri. dan, apahal hang tak baca buku betui-betui sedangkan hint sudah diberi??''

Bila di fikirkan balik, memang kita sering seperti ''menyalahkan'' apa yang Maha itu beri dekat kita. Sedangkan, kita yang 'rancang' bende tuh terjadi. Seperti kata olang. ''jangan salahkan ibu yang mengandung, Tetapi tangung la salah kau sendiri!! apahal nak salahkan ibu mengandung lak??!! Ibu-Ibu jangan main ar!!''
Assalammualaikum......


Thursday, May 3, 2012

Cerita Dulu

Asslammualaikum

''aku dah tukar layout baru, dan aku rasa semak. seriuosly''

itu hari ada member aku cakap :
'dulu masa kat kolej, aku tengok kau pasif je tiqah. Nampak macam pemalu.'
ayat nie, macam some kind of :

'KATAK BUWAH TUMPULUNG KILAPAK'

Honestly dulu dekat kolej, habis kelas, beli lauk, makan kat hostel, dah settle semua, masuk bilik, selubung dalam selimut, tengok cerita. Ada kerja group, panggil, buat kije, dah settle, masuk bilik, selubung dalam selimut, felling seorang diri. Aku tidak cumbung! dan imposible aku mahu menyombongkan diri, macam pepatah melayu (reka sendiri) : 
''Muka tara chantek, tak pa jugak, janji hati kasi baik. Ada tapi, Kalau muka tara chantek, hati kasi macam itu bangkai busuk gilak, ITS EXTRA UGLY!!''
Seperti kata olang-olang dari zaman dahulu kala ''don't ever you judge a book by its cover'' . Selepas masuk UPSI, beliau-beliau mula kenal aku dengan lebih rapat. Beliau-beliau juga agak terkesima sebab tidak menyangka bahawa aku sebigini ''GILA''. Actually macam peramah, macam :

''EH. ATIQAH NIE NICE BETUL!!''
Jangan cakap apa-apa. Ya. Aku mengaku aku adalah seorang yang suka memerasankan diri. Apa yang aku cuba nak amik main point dekat sini ialah :

'' Tidak semestinya seorang itu, apabila dia tidak membalas senyuman kita, dia sombong. Kerana mungkin sebaliknya, dia tidak nampak sebab rabun. Tidak semestinya juga, apabila seseorang itu pendiam, dia menyombong, tetapi mungkin sebaliknya, dia adalah seorang pemalu dan tidak tahu memulakan bual bicara. Dan tidak semestinya muka tak lawa tuh jahat...'' Dei!!..aku baik ok!!''



Wednesday, May 2, 2012

macam menarik.aku masuk. mungkin berguna. terpulang.

assalammualaikum

aku tak tahu la.. tapi yang aku tahu, video ini untuk para wanita atau gadis-gadis agaknye. its some kind macam spirit for women. macam..

'lemah lembut bukan bererti kelemahan, tetapi menunjukkan kekuatan di sebalik kejadian yang allah beri'
yaaa...mybe la...but enjoy it!!


=)

~hayati~

Bukan Mengampu laa....

assalammualaikum

tidak kira samaada yang jawab atau tidak, moga-moga happy sentiasa =)

Lepas terjatuh dari bilik air buat kali entah keberapa, anee tidak kira.
( dan takkan la setiap kali jatuh nak kena buat jurnal : hari ini 02/may tepat jam 6 petang sekali lagi aku jatuh bilik air..==..gila ka?) 

aku mula tersedar, kemungkinan besar daripada hentakan yang malu-malu kucing didinding, yang aku sangat meminati beberapa blog tempatan.

a. Peliks.blogspot.com
b. Hannamaruku.blogspot.com
c. kupukupukecik.logspot.com

sure lepas notebook aku da setting aku akan cari mereka-mereka ini.

TETAPI, sebelum aku dahulukan mereka, ada mereka-mereka yang aku dahulukan.

a. fanaluforenge.blogspot.com
b. lifeismostwonderfull.blogspot.com

yeah!mereka berdua termasuk didalam carta 'ketagih' aku. mereka berdua tak update, aku paksa mereka update. pergi le lantak kalau dowang rasa semak, janji aku baca.

Niat buat post nie bukan hendak memuji malahan bukan sama sekali untuk 'belikan bakul, masuk, dan kasi angkat' bukan sama sekali. tetapi niat di hati ini adalah untuk menunjukkan bahawa...

assalammualaikum....



'untuk budak-budak psikologi, sahabat-sahabat handai, bestfwenncess hentak-hentak kepala and to those yang ade member......'


Tuesday, May 1, 2012

karakter aku adalah di celah-celah

asslammualaikum......

nice...walaupun celah-celah




~nampak aku tak?? hot sei gambar nei~


~muka depan ada chantek..kasi belakang jugak ambil~


~yaaaaaa~


~mula-mula ada juga sikit kepala timbul~


~suddenly kaki saja ada~


~ no matter what, i'll still love them all..muah.~


~suka gambar ini, kerana bajet cun habis!!~

''sebenarnya gambar-gambar ini sangat bermakna bagi aku, selain mencipta kenangan manis, ia sebenarnya tersurat sebuah kisah...iaitu.."

~...dei camera gurl, after this if you take my picture like that, i'll cut your salary. ~

Terima Kasih Fana Farhana. awak memang pandai ambil gambar saya



Monday, April 30, 2012

tak mahu celita apa pun..

assalammualaikum...

semoga Dipermudahkan dalam segala urusan kepada sesiapa yang jawab salam..=)

Baru sekejap tadi, selepas solat maghrib buka What The Facebook. bukak-buka dah terpampang status beliau...
''happy nye hari ini....=)..''
ok. aku pun tumpang gembira. kasi like la kan.

lepas tuh aku kebawah kan sikit mouse...sekali lagi Beliau mengupdate status.
''oh. apa la dugaan hari nie..''..
owh..ok. tidak mengapa la begitu. mungkin beliau mahu meluahkan perasaan. kasi like. tanda

''eh!! budak nie asyik like aku la!!baeknyee!!like la status die balik!!"   ==''

dah like. aku kebawah lagi. selang status dari yang atas tadi, post beliau sekali lagi terpampang.
"teringin nak makan ais krim coklat..^^''
urmm.. harap-harap dia dah makan la ais krim coklat tuh. ( seriously..aku nak die dapat makan ais krim tuh, agar selepas nie aku tak jumpa lagi status beliau di HOME aku)..mari kasi like!! bagi semangat pada beliau.

aku move on ke bawah lagi..yaaaa...
 ''wuaaa...tak dapat makan ais krim coklat. nak ais krim coklat..=(''

aku log out terus from the WHAT THE FACE BOOK.

~..member FB ada 4 ratus. yang keluar post. status beliau. cekodok basi tol la! yang lain dah remove aku ke hape!!~


Thursday, April 26, 2012

ego giler apak nye besar aku nieh!!

assalammualaikum...

lai!lai!lai ci kang! lai ci kang jawab le salam!!
'aku ego dengan perasaan aku sendiri..'

a. aku ego nak cakap kat kawan aku yang tudung die time tuh chantek terletak. sebab aku nye tudung senget benget.
b. aku ego cakap sayang, rindu kat ibu aku sedang kan, bile ibu aku call, air mata ku berlinang dan lepas tamat call aku nangis teresak-esak. =(.
c. aku ego nak cakap kat atok aku yang beliau masak asam pedas ikan duri sedap giler kebabom, sedangkan aku melantak 2, 3 pinggan tanpa tahu atok aku tesenyum puas tengok aku makan. wuaaaa =(
d. dan aku ego menafikan yang sampai sekarang aku masih suka justin keding, pesan dalam hati 'member jer ok!!'...tapi perasaan tara serupa bikin jugak.
tetiba???

aku juga ego untuk mengatakan dekat orang sekeliling aku yang tanpa mereka semua aku tak sampai di sini, tanpa mereka semua...aku terkapai-kapai seorang diri.

tapi aku tak pernah ego untuk ucap syukur alhamdulillah dekat allah yang aku sayang sangat-sangat sebab melahirkan dan menciptakan mereka-mereka di sekeliling aku untuk melindungi diri ini..
TERIMA KASIH.....

p/s : biarlah cinta ku yang bertaut pada justin keding ialah cinta yang di turunkan oleh allah.. 

Sunday, April 22, 2012

meraban+merapu = kejadah

assalammualaikum...

macam nie la jadinya kalau What The Facebook aku malas nak bukak. Sampai 3 entry sehari. cilakaki!
bukak note book.
muka ketat,
compident kepala otak ada bahan untuk post.
tersenyum-senyum jap.
hahaha,,
secara tiba-tiba tergelak.
focus balik
garu-garu kepala..
pergi buang air liur
bajet lepas buang dapat idea
masuk bilik.
bukak tingkap.
pandang bulan
....spoil, tak der bulan...
focus pada skrin note book balik..
nak dapat dah..
hampir...
ya!!ya!!
eh dah jam 12.
anak dara tak baek tido malam..
nanti kulit tak chantek.
assalammualaikum..
p/s : memang aku hilang ingatan time nieh. munguk. ==''

Saturday, April 21, 2012

saudala saudali cikebum cikebum!!

assalammualaikum..... (mali-mali si ikan milay, jawabla salam nie ye)
Maaf. 
aku menyampah gilak perasaan nieh. perasaan yang macam.
'macha!! sini kejap!!..aku menyampah tengok muka ko!! meh sini aku nak hentak sikit!"
 lepas nieh aku malas nak buat benda kejadah nie. meluat aku.
 burn topik.
tadi ibu call, tanya khabar. perbualan nya macam nie..
ibu : assalammualaikum sayanggggg......what are you doing??
aku : waalaikumsalam..errr..apakah??
ibu : i'm asking you. what are you doing now honey??
aku : ...................ibu?..................
agak kejutan tahap tiang elektrik tumbang hempap kepala aku time nie. rupa-rupanya, ibu aku nak belajar bahasa owang phutih!!
ok. sebagai anaknda yang molek-molek bistari. kene sokong!! "go ibu!go!go!go!"
kesimpulannya, perbualan antara ibu aku berbahasa owang phutih tak berpanjangan sampai kepetang rupanya berhenti sekerat jalan apabila ibu aku mengutarakan topik..
" dah jumpa jodoh??"
aku : (mata kasi kechik..mulut kasi muncung sampai 2, 3 baris baju boleh di hengger.)....err..bu, adik ada keje sikit nie, nanti ibu top pap kan adik. adik call ibu balik.
p/s : tetiba teringat time aku usha budak junior aku form 1, aku form 3..ngan tudung senget benget, sebelah tudung lipat sebelah tak, di tambah dengan muka berminyak, kalau kumpul dah boleh buat goreng telur sambil cakap ayat usha hensem : "nama saya atiqah. depan kelas awak. agak-agak boleh tak kita kawan?"..jawapan budak tuh : 'akak jadi akak angkat saya nak?..'...

= =''........."WHAT THE AKAK ANGKAT! AKU NAK USHA KO JADI PAKWE AKU BUKAN ANGKAT-ANGKAT BAGAI.."
Bila di imbau semula kenangan dulu....kalau di beri pilihan, dan poket doremon betul-betul wujud, aku nak kembali ke zaman itu. zaman di mana bila time kelas add maths aku ponteng lepak tandas. cikgu kejar satu banggunan. zaman di mana, aku kenyit-kenyit mata dekat budak junior tadi, zaman dimana, bila tamat form 5, aku toleh kebelakang sebelum keluar dari sekolah, 'inilah sekolah yang menjadikan aku manusia yang hot! fantastik! bombastik!" ~ooohhhhh...indaaahhhnyaaaaa~



 * tidak ada motif. just aku tak suka post aku tidak ada gambar.


for someone justin keding.


to all my fwen friecesss muahamuahihihi..

ok la. makin di biarkan makin mengebang, meraban, merepek pula nanti. assalammualaikum.
 

 






 


 
 
 

Drastik punya perubahan!!

assalammualaikum...

Dua entry aku buat pasal jatuh chinta. tetiba naik genyah aku tengok. ==''
 ok. marilah kita bertakafur sekejap, muhasabah diri pagi-pagi yang best sokmo nie.

...............................
ok. settle.
pagi-pagi aku on9. bukak what the facebook. aku tengok wall aku. serious. simptom tu datang balik. aku menchik bila bende tuh datang balik. ingat senang ke nak sembuhkan simptom tuh!!
and then suddenly aku hang sekejap.
ya allah. baru lah aku perasan. taksubnya aku terhadap 'jatuh chinta' punya pasal sampai aku lupa bahawa yang memberi chinta tuh allah. yang melahirkan chinta tuh allah. dan memadam kan chinta tuh jugak allah.


aku pejam mata. tarik nafas.
Finally, simptom jatuh chinta itu hilang. yeah baby!yeeahhh!!

p/s : =)

 

Friday, April 20, 2012

as long Allah dengan aku..i'll be fine..=)

assalammualaikum.....
senyum la seindah suria, yang membawa cahya..senyum la dari hati, dunia mu kan berseri...=)
dalam minggu ni allah bagi aku sedikit ujian yang pada mulanya aku agak canggung untuk menyetelkan nya. dalam minggu ni jugak, entah berapa kali aku menitis kan air mata. "tapi bukan macam drama-drama petang menangis teresak-esak macam baru mati laki. bukan"
but. ada perkara yang buat kembali tersenyum
dalam dunia kampus ni, sokongan and semangat dari member-member sangat di perlukan. jadi di sebabkan semangat diowang kat aku..aku tersengih semula. apa ujian yang allah bagi dekat kita ada hikmahnya, ada maksudnya...mcam ada sowang kawan tenet aku cakap..
'allah tengah plan sesuatu yang power untuk kita!!"
aku percaya tuh. as long allah dengan aku. aku bahagia. dan aku pasti akan ok.=)
Lega, aku dah luahkan perasaan.
actually bukan melamar!! tetapi aku just beritahu dia.
wei, serious! aku suka ko wei!!
reaksi dia, mula-mula macam blur..terkejut agaknya. but jangan salah anggap. aku tak pernah letakkan harapan. i'm just wanna he know..YANG AKU SUKA DIA...itu sahaja meiii....
reaksi dia, agak kelaka. and buat aku selesa...
'memang aku nak hempok die!!..memaen bila aku cakap. sampai aku rase.' eh budak nie, aku jumpa, hentak betul-betul baru tau!!"
dia adalah buddy aku...just buddy. and always be.
serious aku lega bile dah luahkan perasaan. =)......
aku suka lagu nie...tidak ada kene mengene dengan diatas. 
=)
p/s : time aku luah perasaan, kalau boleh aku nak buat pembedahan plastik time tuh jugak.siyes gileee =='' 

Thursday, April 19, 2012

Perubahan dan fall in love its hurt..=(

assalammualaikum.... takkan aku nak buat soalan objektif untuk jawab salam aku baru korang nak jawab
adakah anda akan jawab salam atiqah?
a. mungkin
b. ya. of course!!
c. kejadah!! bukan ko tau aku jawab salam ko ke tak!! kalau aku cakap da jawab bukan ko nampak!!
lupakan
hari ni 19.04.2012, aku di beri pengajaran yang buat aku layan diri duk tepi tingkap, sambil menguis rambut ketepi telinga, air mata berlinangan, yang cuaca pada ketika itu hujan. bagai mengerti perasaan aku yang berkecamuk ketika itu.
jam 12 tengah hari aku pergi buat asigment dekat rumah akak sekelas aku, masuk bilik die je..aku cakap kat beliau
'akak, nak tengok almari boleh?'
bukak je almari beliau..aku terkesima!! jujur!!
chantek
meletop
kemas gila!!
aku termenung jap....dalam kepala otak aku macam ada berjuta-juta cable rosak. like kejutan budaya.
balik rumah aku jer, aku keluarkan baju dalam almari aku, aku try lipat. macam akak tadi buat. menggigil jugak lah badan. berpeluh-peluh aku nak lipat. tak kemas aku bukak, lipat balik. bukak, aku lipat balik...sampai habis...dan akhirnya!!
AKU BERJAYA MELIPAT KAIN, WALAUPUN SENGET BENGET!! TAHNIAH ATIQAH!!
Fall In Love
jujurnya..aku jatuh cinta. tapi aku menafikannya. aku cakap kat hati aku.
member je dow! member!!
bile berbual dengan dia. aku layan macam member. panggil kau, aku. member kan. tapi dalam sudut hati aku, aku berdoa..
'ya, allah...jangan benarkan aku jatuh chinta pada dia ya allah...'
memang. aku suka dia. cara dia. kongsi cerita. aku senang dengan dia.
tetapi aku menafikan cinta tersebut
dan akhirnya.....
hujan renyai-renyai membasahi bumi kolej za'ba UPSI. begitu jugalah di dalam hati aku.
bagaikan melukut di tepi gantang, begitulah aku...di dalam hidup mu.. dei!dei! dei!!..........sudah la dei!!...jiwang siol!!
chinta tidak semestinya memiliki

Monday, April 16, 2012

Tolong jangan gelak time aku tak buat lawak

Asslammualaikum....
‘jawabla!! Tak nak pahala ker?!”
Ceritanye
aku : aku bengang betul!
Adik : apahal??
Aku : cilakak. masyallah! aku duduk kat kerusi surau tadi, tengah duduk-duduk. Tangan aku rasa belendir je..siol la!
Adik : apakah?
Aku : tahi idung yang aku agak-agak dia baru korek. Belendir derrr!!kalau tahi idung yang kering aku boley tahan!!nie berlendir! (bengang abis!!memang!)
Adik : hahahahaha.....
Aku :....................
Adik : hahaha.....
Aku : (hempuk kepala dia!) jangan gelak time aku tak buat lawak!!
p/s : jangan cari pasal dengan owang yang terkene macam aku nieh..’seyesslyyy’..==’’

Friday, April 13, 2012

cuti mid sem

assalammualaikum...(lai, lai...sayang sama saya)
kawan aku tanya kalau jodoh kau dengan orang gemok, tak encem ko nak buat aper?
aku : kalau jodoh tuh dah tertulis untuk aku. reda la.takkan ko nak aku cabut tulang rusuk aku, kasi pulang kat die balik?
'boleh ker? ==''
uh! di kesempatan tumpang line wifi di rumah orang nie, aku kene taip cepat-cepat sebelum bapak dia balik.
ok2.mari start celita sikalang..
cuti-cuti ini banyak pengalaman menarik aku dapat dan cuti kali ni memang bermakna bagi aku. antara pengalaman yang aku dapat ialah :
a. tangkap lipas guna tangan
b. masak ikan goreng masuk dengan jari-jari sekali ke dalam minyak panas
c. bertengkar dengan abang aku tentang 'isu kepak ayam'.
d. pergi kedai runcit confident tegur member. padahal bukan.
e. aku suka jacob.
aku bajet sebelum cuti aku nak pergi berkelah bersama family...tetapi yang terjadi ialah ini :
ibu : angah duk umah belender cili ye. balik keje ibu nak masak.
along : dik. sapu sampah depan umah.
ngan asigment pending semuanya.... ==''.
seriously percutian ini sangat menarik.
nie jacob.hahahaha.
~psiko~
p/s : bapak kawan aku dah balik. jadi nie jela citernye.

Monday, April 2, 2012

( 4remind myself) ==''



video dari blogger kupukupu kechil.

hayati video nie elok-elok. best and banyak pengajaran and tips for you allsssszeezz yang suka "membazir ke jalan yang tidak besh!!"==''

Sunday, April 1, 2012

costumer always right! kejadah la!!

asslammualaikum. sukati nak jawab tak nak. aku tak der mood nieh. jangan cari pasal ngan aku.==''.
aku dapat inspirasi tulis tentang nie dari blogger terkenal yang aku suker dengan ayat beliau iaitu HANAMARUKU. beliau memperjuangkan apa yang aku nak perjuangkan sejak sekian lama suatu ketika dulu aku jadik part time fast food.
aku paling menyampah bila bos besar aku cakap ' costumer always right'. pengalaman aku sendiri as a service memang macam kejadah!
boleh bayangkan tak. ko dah oder lambat lepas tuh nak gebang lebih. tak sampai 5 minit ko oder dah tunjuk muker mintak kene penyepak ko kat akuh.
costumer always berlagak ! g lantak says: hei you. ( tangan melambai-lambai, aku dapat tangan tuh kasi ketuk baru tahu)
aku : yes sir. anything that you want to complaint sir. (strait to the ponit aku cakap) sambil tersenyum.
costumer mintak penyepak : where is my meal! i have been waiting almost 15 minit! (muker beliau bengang. eh ringan tangan aku lah)
aku : sorry sir. sir baru oder set tadi. belum sampai 5 minit. (aku senyum sabar)
costumer cover malu: nonsense!! i want my meal now!
boleh letak tempat korang kat tempat aku?? time tuh, aku still senyum der. aku cakap kat die. tunggu sekejap. aku pergi dapur. aku menangis. depan owang ramai dia malukan kan aku. budak-budak kitchen pujuk aku. lagi-lagi nepal. dowang baik. " orang itu macam kasi makanan tara sedap ada bagus!!".
yo! pergi lantak la dengan costumer always right!. kalau dah macam nie punyer perangai yang macam mintak kene hentak. buat aku benci je, kejadah!
for remind kat yang pernah jadi costumer or whatever.. budak service, budak cashier, pembantu kedai, dan siapa-siapa yang serve korang tuh, manusia gak wei!! agak-agak la layan dowang. dowang nak cari rezeki. bukan cari hal. budi bahasa budaya kita. korang layan diowang tak baik. dapat maki. sendiri pikir. tepuk sebelah tangan takkan berbunyik.
p/s : kata satu malaysia, berbudi bahasa. budaya kita maaa...==''

INI AKU. SI PEMALAS ==''

tulung perhati tajuk aku kat atas tuh dengan gambar atas nie. sejujurnya, nampak je lemah lembut, macam wanita melayu tempat terakhir.. tetapi ya rabbi... jangan tertipu dengan gambar diatas. malahan ia adalah sebaliknya.
aku bukan pemalas sebenarnya derr. cuma kurang cekap. ibu aku puas membebel ngan aku. tak tahu nak berubah. dah umur 22 tahun still tak tahu nak mengemas. adik aku yang last lagi expert dari aku. lemah lembut, sopan santun, pandai mengemas, memang ciri-ciri wanita melayu pertama la. kalau pergi mana mesti orang akan cakap..
makcik rewang kenduri kawen : nie mesti akak kan. (pisau potong bawang ditangan beliau, ditujukan ke arah adik aku )
aku gelak. haha. padan muke si tue. aku gak nampak muder. hahaha.
adik aku : tersenyum. saya adik makcik. akak saya nie gamai cakap die adik kepada saya sebab die nie tak tahu buat kerja. cuber makcik tengok. kopek bawang pun berlama-lama. dia ingat esok baru nak masak. ( sidir habis)
ketawa aku terhenti. pisau bawang aku letak tepi. perlahan-lahan aku mengesot ke hujung dapur. berhampiran celah-celah almari. sendirian.
sob3, hinakah aku ya allah. hinakah aku pada pandangan mereka ya allah. aku insan tidak berdaya ya allah. lahir dalam seribu kekurangan dalam satu kelebihan. sob3... (over acting)
terima kasih adik ku nur fatyhah anak angkat mamak kedai atas. ( seriously biler adik aku pergi kedai mamak atas. mamak tuh akan cakap. "siti. siti. mari-mari. uncle bagi gula. mahu)
p/s : janji aku nampak muda. ko ader. hahaha. dulik haper aku!

kasi bakar la!!

assalammualaikum.
lantak korang nak jawab ke tak. dah penat aku nak asyik tulis 'kalau jawab dapat pahala, tak jawab dapat dosa). dulik la.
aku balik dari hari terbuka, bukak pintu akan strait nampak meje belajar aku. aku pandang meja aku lama- lama. SAKIT KEPALA AKU SIOL!!. kaki ku melangkah perlahan-lahan kearah meje belajar akuh. kening aku berkerut sejuta. atas meje aku penuh ngan baju yang tidak dilipat. buku belajar aku pula tersembunyik di celahan baju-baju tersebut. cilakak! pemalas gaban aku neih!! aku angkat baju aku tuh letak atas katil. kasi nampak sikit buku atas meja. walaupun atas meje tuh yang lebih banyak ialah buku komik. dulik haper! yang penting aku kusut dengan diri aku sendiri. settle kemas meja. pandangan aku beralih ke atas katil.
BALA. BALA. BALA.
kusut balik kepala aku. kejadah baju pulak banyak atas katil aku nieh!! aku tolak tepi baju-baju tersebut. tangan ku mula menari untuk melipat . (penipu lebih!! ko tahu gulung baju ko kasi sumbat!) dalam masa tak sampai 5 minit bender tuh setel. senang je 'lipat' baju. ceh.
aku tersenyum sendiri. ala-ala orang yang dalam drama rasuk tuh kene rasuk. sinis giler. dah setel sumer bende. katil dah chantek untuk beradu, aku berlalu ke almari pakaian nak gantung tudung (anyway aku tak pernah gantung tudung, tapi campak tudung.==''). alamari di buka. aku terpinga sebentar.
Kasi bakar jela almari nieh! menyusahkan hidup aku!! ader aku campak almari nie ikut tingkap bilik gak kang!!
aku hempas pintu almari. baran derrr.... aku baling badan atas katil. dulik aper aku ngan ko almari. nak kecik aty ker aper lantak!! kejadah ko kusutkan kepala aku yang memang dah semak ngan baju berlambak!! slah ko gak! siol!!

sopan sikit derrrr

assalammualaikum..
tak jawab dosa.. kalau jawab..(sukati korang la nak suker kat aku ker aper)
post kali ini adalah 'for remind myself to behave!!'
sejujurnya aku nur atyqah mengaku kadang-kadang ciri kewatinaan aku hilang. masakan tidak. gelak bukak mulut besar-besar kuat-kuat (macam saja nak huha kat orang awam aku sedang gembira sebenarnya). kalau makan pulak, mata meliar macam cari harta karun tersembunyik. makan agak gelojoh (niat aku sebenarnya nak cepat..takut pergi kelas lambat.==''). jalan pula, macam ketua gengster. memang gamai cakap aku macam gengster. (aku perempuan wei. agak-agak la. aku ader perasaan gak. sob3. =='').
ok. mula semula. seorang wanita islam atau melayu harulah menjaga adab, tingkah laku, cara percakapan, cara mengayakan kehidupan sendirian. semua itu penting bagi kaum-kaum hawa sekalian ya. jangan jadikkan aku sebgai cuntuh. aku sering di tomah oleh orang awam sekeliling yang mengatakan bahawa.
ko nie perempuan ker haper?
sedey wei..sebak dada aku....
over acting
untuk menjalankan misi 'wanita yang lemah lembut'. aku telah membeli baju muslimah. aku mula jalan gaya ala-ala model. aku mula makan macam sedang makan beradab di atas meja pengantin. aku mula berlatih gelak olok-olok..(ceh). aku mula bercakap dengan nada yang lembut sehingga kan orang yang bercakap dengan aku rase macam nak naik tangan dan kaki beliau. (kerana meluat). ya. aku mula berubah.
satu jer tak berubah. dan takkan.
*lepas basuh baju. aku gulung-gulung baju masuk dalam beg. almari aku. kosong. berhabuk. seriously 'aku tak tahu lipat baju'.
p/s : aku masih lagi anak dara tulen yang sejati dan lemah lembut...cume. tuh la. ermm..tuh la kan..aku tak tahu lipat baju. chet!!'

Saturday, March 31, 2012

war of the 'TITLE'

assalammualaikum... tak jawab dosa kalau jawab..=) first off all..sound like 'gah' = war of the title. actually this post is about when my project work lets say...(terkial-kial aku nak menulis dalam bahasa owang phutih) sebenarnya petang tadi tajuk TITAS- = TAMADUN ISLAM aku di tolak mentah-mentah dan masih berdarah.(ignore it).time tuh aku sedih giler kepalang. mana tak, dah separuh jalan kerja aku tuh, dah nak sampai 'the end'..ale-ale berita tersebut mencengkam sanubari akuh..dunia aku berpinar-pinar dan aku rasa kesunyian.( seriously over acting derrr..=='') di pendek kan cerita.
TERJADI LAH PERANG SAUDARA SESAMA RAKAN SENDIRI
. masing-masing berebut tajuk..aku dah meraban cari tajuk aku.
cikgu..ini boley?sumbangan tamadun islam di era kini
encik ini boley? tamadun islam : sumbangan kepada akidah islamiyah
SEMUA DITOLAK!! aku terduduk di kerusi. menandakan kekecewaan aku.selak-selak buku, and thank to my those best fwencess tulung aku cari tajuk.. akhirnya aku tersenyum gumbira.
simple : khurafat di kalangan masyarakat melayu.
simple and 'mengusutkan kepala hutak' nak cari bahan kat mana. actually aku dok tahu nak tulis gapo dah.
* terjadilah perang saudara sesama rakan sendiri telah di potong babaknya. coz ia akan menyentuh isu politik kelas psikologi kami.==''
asslammualaikum...

Wednesday, March 28, 2012

kenangan kami bersama

asslammualaikum.. tak jawab dosa.jawab dapat pahala.=) last week ada program hubungan sahsiah dari jam 7 pg sampai 7 malam.gaban penat!but!its really awesome!! dapat kawan baru.even kiter owang baru kenal, namun mebangkit semangat yang superb di kalangan kami!!i enjoyed the moment with my best fwencch fana ...memangbest!!di bawah nie antara moment yang kiteowang treasure bersama!!><
aku tak edit or touch up pun pic2 nie.malas.so hadap la gambar nie dengan kenaturalannya.. ~bila baru berkenalan.banyak kenangan yang dicipta.kenagan yang sukar untuk dilupa.untuk hari ini, esok, dan untuk selamanya~

HOBI

asslammualaikum.. tak jawab dosa,kalau jawab suka la tuh.. hobi.tidak dinafikan hobi aku ni ditentang keras oleh ibu aku.bagi beliau yang diberi nama Rofeah binti mohd Lam (kesayangan aku hingga ke syurga) hobi yang aku miliki ini adalah sesuatu pembaziran.banyak tragedi yang berlaku sepanjang aku bersikap memilih amik tidak peduli dengan kata beliau antaranya: a. buku komik aku kene bakaw b. komik disedekahkan kat kampung. ibu aku cakap senang nanti atok nak balut pinggan dia. c. kene buang d. jual kat apek.(dapat 1.50 beliau) e. ......saya sayang ibu saya.saya tahu dia nak yang terbaik untuk anaknya yang chumel ini disebabkan hal tersebut ada segelintir komik (banyak) aku beli 2 kali, ader sampai 3 kali (tegar punya) lepas tuh aku simpan dalam almari yang ader pasword kalau nak bukak nyer. (padahal isi dalam kotak.sorok bawah katil.siap selimutkan dengan kain hitam.bajet ibu aku tak kan perasan). dalam banyak2 komik aku beli aku adalah 'peminat zint' untuk kini eok dan sampai ke anak cucu. ya. karya zint memang superb!!! selain jalan cerita yang menarik dan memberi banyak moral di dalam nya lukisan nya buat aku sampai meleleh air liuk!!!(ketagih). hampir sumer karya zint aku ader!!yeahaaaa!!tapi kebanyakan nya kene baka..yuhoooooo!!ZINT TERBAIK!!! ada sekali tuh aku ajak ibu aku baca komik.tapi aku tak beri komik zint la.komik yang biasa2 jer. time tuh kiteowng berdebat hebat!!2, 3 kali cawan susu aku minum bender tuh tak settel gak. memang tidak dinafikan hujah yang diberi oleh puan Rofeah membuat pendirian ku sedikit goyah.==''. suddenly. abang aku balik keje. 'bu lain oarang lain hobi bu.jangan di tentang. tuh hobi adik.biarkan.selagi dia tak melanggar batas agama.let it be'' (dialog nie telah diubah suai). and after that day.ibu aku mula menerima hobi aku. sebab suara majoriti meminati komik. (3,3 adik beradik aku sekepala.jadi ibu aku pasrah la)
niey yang latest aku beli. nie pun berebut. cicak mamat tuh!dah bukak plastik, baca sampai setengah muka. lepas tuh bla. aku bukak plastik komik lain aku pasang kat komik nie baek2.hahaha
the most kepayahan aku. banyak episode. bersengkang duit aku keluarkan demi die. anyway.aku da malas nak taip.penat.kalau nak citer pasal komik kene dua tiga kali entry baru syokkk!!! kesimpulannya..maju la komik untuk anak bangsa!!

Tuesday, March 27, 2012

Fantasi VS Realiti

Baru tadi aku tengok slot samarinda dekat salah satu channel tempatan.baru episode permulaan, aku dah tahu jalan ceritanyer. maksud aku disini, aku dah tahu dah aper bender jalan cerite yang nak disampaikan.kalau bukan cinta dihalang cinta tiga segi, tak tige segi, (kalau boleh diowang nak buat ceriter 4,5,6 segi.tapi macam tak logik dek akal and takut tak dapat sambutan) sikacak dan si jelita, sikaya dan si papa kedana fakir dan kurang upaya. jalan pusingan cerita seakan sama dengan drama sebelumnya. bukan la nak 'mengenyeh' lebih, tapi tuh la realiti drama tv yanag dipertontonkan. kalau drama, mesti si kacak tuh jatuh chinta dengan si cantik yang baik budi bahasa nya, lemah lembut,sopan santun dan menjadi rebutan.da la chantik, pandai lak tuh.kira perfect package kata orang. tetapi di dunia realiti nya, senang amik contoh.'aku', seorang gadis biasa yang muka berminyak bila kena cahaya matahri berlebihan dan tak de peminat langsung!apatah lagi nak ader boyfieee!==''.but aku percaya 'jodoh kita dah ditentukan Allah sejak azali.kalau jodoh kita dengan dia, sepayah mana pasti bersama . ok.lupakan. kalau ada pengarah filem ker terbaca entry aku nieh (tak mengharap sangat,follower aku 4 daripada 10 tuh aku yang follow diri aku sendiri,soooo), aku harap dia buat lah cerita macam nie... si penjual karipap dan si mekanik jalanan. aminah seorang gadis biasa, ali pun sama,diowang berdua hidup biasa-biasa, cinta biasa-biasa...kahwing biasa-biasa.dah ada anak,pun biasa-biasa jer anak dia..dan sehingga akhir biginlah jalan cerita chinta mereka..."BIASA-BIASA SAJA MBAK..' korang nak ker tengok citer camnie??=='' seriously.aku kesal dengan perangai aku yang terlalu mengkritik. support la industri tempatan walaupun kebanyakan cerita hampir sama.bayangkan kalau cerita yang diowang buat tuh 'biasa-biasa aja'..korang gak cakap.'aper la tak der adventure langsung...bayangkan kalau dalam cerita si penjual karipap dan si mekanik jalanan jalan cerita nya asyik cerita pasal macam mana nak jual kuih, macam mana nak baiki motorsikal.korang gak cakap.bosanla... actually this post for remind me that what our local film do is trying something new that can make you all feel what life really are. ~aku sendiri tak paham aper yang aku cuba sampaikan dekat sentences atas nie~ jadi -MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!-

Saturday, March 3, 2012

STICKER

Assalammualaikum.

entry untuk malam nie ialah tentang perebutan budak kolej ZB untuk menetap sebagai penghuni tetap.sejujurnya.nie macam persaingan.persaingan dimana.

"ko bungkuih kain baju ko sekarang!aku dah tak nak tengok muka ko dekat area2 nie...sapa suruh hangpa tak aktif!"

maksud ayat di atas ialah seorang siswa atau student atau penghuni kolej (asrama yang disediakan oleh pihak U) tidak aktif maka dengan rasminya di halau keluar a.k.a BERAMBUS KAU DARI SINI.

Aktiviti nie menarik bagi budak hyper ektif macam aku.yela,bersengkang mata bangun pepagi buhte, kepala tengah sakit2 kejadah sanggup seret kaki pergi turun dengar ceramah jam 9 malam, hutak tengah jem tapi still tersenyum dengan gumbira hatinya melakukan aktiviti senam robik SEMATA-MATA KERANA STICKER.





Nieh buku aktiviti pelajar yang harus dimiliki semua.





Nie pulak sticker aktiviti.aku tergelak-gelak time nak amik sticker nie.sambil menaip nie pun aku still lagi tergelak-gelak.mana tak,masa nak kutip a.k.a tuntut hak nie aku beratur bukan main panjang.budak belakang aku tertolak-tolak.bimbang agaknya sticker habis.sampai turn aku. "kakak nie nama saya.bawah tuh nama kawan saya.nak amikkan untuk dia boleh?"..siap tunjuk buku aktiviti kolej.(time tuh aku dah gase macam.."cikgu2 nak pelekat hello kitty oley cikgu..sebab aye da iyap kan eje uma.boley ea"..-siap satu set dengan mata blink2).akak tuh tanya aku."nak berapa dik?"...akak tu tersenyum.dengan muka excitednye aku cakap."nak dua.nak dua!"sambil tunjuk isyarat tangan peace yang menandakan dua.(time nie pulak aku bayangkan masa kechik2 aku kesat hingus meleleh kat hidung.acik aiskrim tanya aku "nak belapa adik kecik?".."nak dua!nak dua!"..terjerit2 macam owang jakun.dah dapat aiskrim "yeah!yeah!dapat ic kim!). Situasinya lebih kurang sama ngan masa aku dapat first sticker nieh.bukan main kepalang hepy nyer sampai fell nak golek2 kat jalan tar tuh je.rase macam nak buat pengunguman yang aku dah dapat sticker.Dulik aper aku korang nak cakap aku jakun.yang penting aku ada.ko ader??!!

lastly..time tulis entry nie aku rase nak demam.kat tanjung malim nie pengkaji cuaca makan gaji rabun jela coz aku sendiri pun boleh jadi peramal cuaca.pagi tengah hari panas terik.kalau aku pakai baju yang baru basuh a.k.a yang masih menjejes airnya tak sampai 10 minit sure akan kering.sebelah petang pulak "hujan mencurah2 ke ladang mak limah daannn pups jadilah BANJIR"...


ps:aku tak tahu macam mana nak justify kan penulisan aku nieh.==Ngoi

JATUH CHINTA

Asslammualaikum...

Isu yang akan dibincangkan kali nie ialah.

'kenapa saya mudah jatuh hati'

Pantang nampak balak kacak sikit hati aku dah cair.dah mula bayangkan kehidupan kami berdua melayari saat-saat terindah bersama anak-anak hingga ke akhir usia.dah mula plan lepas nie nak date kat mana.padahal tegur pun tak lagi...bukan takat tuh jer.mamat tuh nak pandang aku pun tak apatah lagi nak perasan kan kehadiran aku kat situ..siol.bajet kau hensem sangat la.eh!pergi jalan la!!...(abaikan)

sebab seseorang mudah jatuh hati a.k.a jatuh cinta atau tersuke ialah :

a. Tertarik dengan ketampanannya atau kechantekannya

Lumrah semulajadi manusia mudah tertarik dengan sesuatu yang indah berlaka.begitu juga diri ini.tak kira lah lelaki ke perempuan sama je.contoh terdekat AKU.


saat mata kami terpaut hati aku berdegup laju.nafasku seakan tersekat-tersekat di kerongkong..(memanglah dah mamat tuh hisap rokok!ngoi!)..anyway aku tak kisahlah dia hisap rokok ke aper.dulik aper aku.kalau aku cakap aku suke,aku suke la!!and then suddenly....aku malas nak citer lebey.DIA DAH ADA MAKWE.the end.

"orang yang hensem selalu dapat makwe yang kurang chantek tau.ko jangan risau lah tiqah.."...nie adalah ayat member aku yang mintak kene hempuk.aku tak chantek pun ko kene sara aku ke!!!

LUPAKAN PERENGGAN DI ATAS




b. terlampau ikut desakan nafsu/terdesak

yang nie paling aku rasa macam ngek coz nie pendapat aku sendiri.agak merepek bagi aku.seseorang akan mudah jatuh cinta bila mana diri dia masih single, dah la single makin meningkat usia...malahan kesunyian.so biler dia dah ada tanda-tanda tuh dia mula la meraban mencari asalkan boley.aku tulis nie ats pengalaman aku sendiri.tak der nak touch2 mana2 pihak sebenarnya.kalau terasa.saya mintak maaf.

*********************************************

dan seterusnya aku dah buntu nak tulis apa.kepala otak aku nie sekarang tengah pikir and terbeban macam mana nak buat asigment dalam bahasa owang phutih nie!maaf kalian.ada masa aku continue lagi.

ps : semua di atas adalah aku sendiri =)

Sedar Diri

Assalammualaikum..

Chet!baru aku perasan tulisan blog aku kekechik!sampai aku sendiri yang bacer muka aku hampir lekap kat screen net book...maaf la pembaca.kesilapan yang saya lakukan adalah tidak disengajakan.

Dalam tajuk kali ini iaitu sedar diri..mengisah kan tentang seseorang yang bernama nur atyqah.a.k.a.aku lah!ngek!

Aku nak story "Baru Aku Sedar Diri" yang aku sebenarnya

a. bodoh sombong
dah tahu tak pandai masih lagi memaen banyak.ibu antar pergi U suh belajar bukan
suruh maen lechak!
b. suka membazir
sehari boley dikatakan 4 kali kali aku makan luar.makan makanan yang 'susah buat
lah cara susah!ibu ko antar ko duit untuk belajar,bukan melantak!'
c. perasan
aku memang pantang kalau ader owng jeling aku or pandang aku.sure aku akan cakap
;chantek sangat ker aku hari nie?(yek!)
;suka cakapla suka bang..jangan pandang-pandang malu adik.(chet!)
(padahal owng tuh nak tegur kain aku senteng sebelah(.NGOI!)
d.bajet diri baek
sejujurnya.aku memang suker bajet baik.biler ader owng mintak bantuan aku hulurkan walaupun tang tuh duit poket aku tinggal habuk.(diri sendiri pun perlukan bantuan)

e. pemurah dengan senyuman (pemurah betul!)
terserempak ngan entah saper2 aku sapu semua dengan senyuman.tapi time kawan sendiri senyum depan mata.KEJADAH.

ps : yo!aku tak tahu macam mana nak besarkan tulisan nie yo....hampeh.

Hambek!!

assalammualaikum....

Sudah lama nyepi2 kan diri ini i kembali...sebab thethibe aku posting blog ialah
a. wifi 24hours at upsi
b. tak yah dah den nak turun naek tangga cari port line yang ader "umph!".golek2 atas katil pun full bar seiiii....
c.menjimatkan duit gua..coz biler den da kemaruk ngan bende2 half berfaedah ni, den akan luper nak mandi,makan...kemas bilik...bla,bla...(bala)

ok,,for the first time dalam bulan march gua nak citer pengalaman gua jadi budak yang kononnya gah sangat masuk U..."chet!"..honestly gua tak sangka gua akan dapat masuk U..coz gua..(wait!atyqah!gua!gua!aku antuk kepala ko kat dinding kang!tak der adab ker!ibu ko didik ko dengan peradaban tahap orang istana ko gune 'gua2" lak!)
errrrrrr...maaf.ok..sambung citer.

aq tak sangka aku akan dapat masuk U..sejujurnya aq bukan di dalam golongan bijak pandai yang bawa buku kehulu-kehilir time exam..or di kalangan golongan yang cendiakawan yang time ezam nak score.HONESTLY.

pendek2 kan citer.aku masuk UPSI but not as a future cikgu.hambek bidang psikologi (bajet).first masuk kampus upsi mulut aku terngangaaa (bagak besar!)...itu mengambarkan satu perasaan aku pada UPSI...sambil round2 sekitar U tuh mulut aku tak ley nak tutup.bukan disebabkan kagum.tetapi kebimbangan.aku mulai risau.lepas nieh aku dah tak boleh main2 lecak biler time ujan.dah tak boleh lepak2 kedai2 mapley minum2 sampai 9 malam.derrr....aku dah tak boley survey komik2 kat pekan derrrr.....
-lupekan pasal emosi aku-

first kuliah.aku bajet nak jimatkan duit.note2 lecture nanti aku photostet, aper lecture ajar nanti aku nak salin bethul2 supaya tak miss note..yeah!!

"Dr.chee : you all must buy life span development book for my class.the price is 62.00 ringgit.(dr.chee pemurah dengan senyuman)

HAMBEK!!!

lupakan situasi seterusnya.coz babak yang aku tak tulis untuk adegan seterusnya seumpama cerekarama tv3 yang jam 10 malam setiap sabtu.

almost my lect mintak duit bhuku yang berharga 20 keatas.untuk ilmu.aku TAKDEHAL LA!

and first day class

semua pensyarah aku berkomunikasi dalam pembelajaran dalam bahasa owang phutih.SEMUA.
meleley air liuq aku nak mentransletkannya dalam bahasa ibunda.(otak aku bukan vocab.ayat yang aku tak paham aku abaikan....lantak)

aku balik kolej.aku loya.nak termuntah.kejutan budaya.

ps: aku tak suka situasi bila mana otak aku terpaksa rush cari maksud yang kejadah...